Kemas kini: 9.45 pm Sekurang-kurangnya 50 terbunuh, manakala lebih kurang 400 lagi terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dalam kejadian tembakan di sebuah konsert di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas di Nevada, lapor CNN.
Suspek, Stephen Paddock, 64, melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan, namun kemudiannya ditembak polis sehingga mati. - CARI ___________________________________________________________________________________ Lebih 20 terbunuh, manakala sekurang-kurangnya 100 cedera dalam satu insiden tembakan di festival muzik country di Mandalay Bay Casino di Las Vegas, hari ini, lapor Mirror. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan seorang suspek yang dipercayai warga tempatan mati ditembak anggota polis. Salah seorang saksi, Mike Thompson dari London memberitahu BBC, dia melihat orang ramai lari bertempiaran kerana panik. "Saya nampak ada seorang lelaki berlumuran darah dan pada masa itulah saya sedar ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku. "Keadaan menjadi huru-hara dengan orang ramai lari bertempiaran," katanya. Kes masih dalam siasatan. - CARI
|
17
Bagus |
10
Marah |
15
Terkejut |
8
Sedih |
13
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 2-10-2017 07:49 PM
Negara 1st world pon bersepah je sampah lps konsert.. {:nose
devilito2 replied at 3-10-2017 07:12 AM
ak 47 dia guna...
ADVERTISEMENT