CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Aplikasi Cari Madu 'AyoPoligami', Apa Kata Wanita?

3-10-2017 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2721| Komen: 3|Original author: Oleh: Maly Rosli

Anda pernah dengar aplikasi 'AyoPoligami' tak? Kalau tak tahu, ia adalah sebuah aplikasi mencari jodoh dilancarkan di Indonesia pada April lalu.


Foto: Google Play

Memetik portal Independent, pengasas aplikasi berkenaan iaitu Lindu Cipta Pranayama berkata, AyoPoligami dibangunkan bagi tujuan menemukan lelaki dengan wanita yang rela berpoligami.

Kaedahnya agak sama dengan aplikasi mencari jodoh Tinder di mana pengguna boleh melihat profil pengguna yang lain sebelum berhubung atau berjumpa.

Aplikasi ini menawarkan ciri di mana pengguna boleh mencari calon isteri kedua, ketiga atau keempat dengan menyertakan kad pengenalan diri selain mendedahkan status perkahwinan berserta surat keizinan isteri untuk berpoligami.



Foto: Straits Times

Bagaimanapun, menurut pakar undang-undang Indonesia, ramai lelaki cuba mengelak proses berkenaan.

Selepas lebih 10 ribu kali dimuat turun, aplikasi itu kini menyekat pendaftaran ahli baru kerana berlaku banyak pendaftaran akaun palsu. Malah, ramai lelaki menggunakan aplikasi terbabit tanpa pengetahuan isteri mereka.

AyoPoligami mendapat kritikan daripada golongan wanita dan tak kurang juga yang menentang kewujudan aplikasi itu.





Foto: Twitter

Aplikasi sebegini sepatutnya memudahkan pengguna mencari jodoh memandangkan generasi kini lebih selesa hidup di alam maya berbanding bersosial cara sihat. 

Bagaimanapun, kebaikan sesuatu kemudahan itu juga bergantung pada cara mana seseorang individu itu memanfaatkannya. Tak begitu? - CARI
19

Bagus
27

Marah
26

Terkejut
26

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (121 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 2-10-2017 11:02 PM
Aplikasi ‘AyoPoligami’ di Indonesia cetus debat
| October 2, 2017

Aplikasi 'AyoPoligami' dimuat turun sebanyak 10,000 kali dikuasai pengguna lelaki, bagaimanapun mencatat kira-kira 4,000 pengguna wanita.

Iyus Yusuf Fasyiya, seorang pekerja kilang yang mempunyai 2 isteri menggunakan aplikasi telefon, “AyoPoligami” untuk berkongsi tips dengan pengguna lain mengenai cara mengekalkan keluarga bahagia dalam perkahwinan poligami.

“Ramai yang mahu berpoligami, mencari calon isteri. Mereka tanya di mana untuk bermula dan bagaimana mengekalkan kebahagiaan berpoligami serta undang-undangnya,” kata Iyus yang ditemui di kampungnya di Bogor, kira-kira 90 minit jauh perjalanan dari bandar raya Jakarta.

Iyus yang berusia 37 tahun bertemu isteri keduanya 6 tahun selepas perkahwinan pertama pada tahun 2000. “Ia berlaku atas perancangan Ilahi,” katanya yang mengambil giliran menjaga kedua-dua isteri dan 5 anak yang tinggal di kampung berdekatan.

Ternyata Iyus belum sempat menggunakan aplikasi “AyoPoligami” untuk mencari calon isteri, cuma sekadar berhubung dan memberi nasihat sahaja.

Aplikasi yang dimuat turun sebanyak 10,000 kali itu dikuasai pengguna lelaki, bagaimanapun mencatat kira-kira 4,000 pengguna wanita.

Awalnya, ia diwujudkan oleh Lindu Pranayama yang sedar kepentingan platform untuk lelaki yang mahu mencari calon isteri kedua, ketiga atau keempat atas talian.

“Kita ada talian untuk menemukan dengan calon isteri tetapi bukan untuk poligami. Tiada pilihan untuk itu,” katanya.

“AyoPoligami” adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Pranayama dengan harapan menemukan lelaki dan wanita yang secara rela dan sanggup berpoligami.

Bagaimanapun, aplikasi itu kini dalam kontroversi sejak dilancarkan di negara majoriti Islam dan poligami adalah sah di Indonesia pada April lalu.

Islam membenarkan lelaki berkahwin 4 dengan syarat dibenarkan oleh mahkamah dan isteri pertama dan terdahulu.

Biarpun begitu, masih ramai mengamalkan poligami dikatakan memberi maklumat palsu dan dipercayai memanipulasi hak wanita.

Lelaki-lelaki ini dikatakan mendaftar aplikasi ini sebagai ahli baharu menggunakan identiti palsu tanpa diketahui isteri mereka.

Justeru, versi baharu aplikasi “AyoPoligami” yang dijangka dilancar pada 5 Oktober bakal mengambil kira syarat pendaftaran yang ketat. Pendaftar wajib muat turun kad pengenalan, status perkahwinan dan surat kebenaran isteri.

Peguam, Rachmat Dwi Putranto berkata, poligami bukan semudah yang disangka. Mahkamah Indonesia hanya memberi kebenaran jika isteri pertama kurang upaya, sakit atau tidak berkemampuan melahirkan anak.

Manakala Indriyati Suparno, dari Pesuruhjaya Kebangsaan Keganasan Terhadap Wanita pula berkata aplikasi itu cuba menjadikan poligami sesuatu yang diterima umum tanpa sebarang masalah atau isu. Sedangkan, dalam realiti sebenar, poligami juga satu bentuk keganasan terhadap wanita.

Dalam pada itu, Kementerian Perkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak Indonesia pula menyifatkan penggunaan aplikasi “AyoPoligami” sebagai pilihan peribadi selagi dilakukan secara sah dan adil.

“Bagi kami, apa yang penting ialah wanita dan anak mereka dilindungi dalam poligami,” kata jurucakap kementerian itu, Hasan, kepada Thomson Reuters Foundation.
Quote AyaqMeloSuam 3-10-2017 01:26 PM
Oke...ayuhhh BANGSA INDON..
Claim perkataan POLIGAMI... {:nose
Quote Lilly.june 27-10-2017 10:11 AM
Perlu ke apps ni???? Ramai fakers je

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.158303 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top