CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kwsp: Min Simpanan Rm196k Sebelum Korang Pencen

23-8-2013 04:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13873| Komen: 76


Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meningkatkan kadar jumlah simpanan asas ke tahap lebih tinggi bermula tahun depan, selaras dengan peningkatan kos sara hidup serta jangka hayat rakyat Malaysia.

Keputusan untuk meningkatkan jumlah itu adalah bertujuan untuk membolehkan kira-kira enam juta ahli KWSP yang aktif mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM196,000 menjelang umur 55 tahun.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib, berkata berikutan semakan kadar terbabit, ahli perlu mempunyai simpanan lebih tinggi bagi membolehkan mereka menyertai Skim Pelaburan KWSP.

Beliau berkata, 71.51 peratus daripada 225,576 ahli yang berusia 54 tahun pada 2012 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan ia dilihat tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas persaraan.


“Rasional peningkatan ini adalah bertujuan untuk memastikan ahli mempunyai simpanan mencukupi bagi membiayai keperluan asas apabila bersara seperti penjagaan kesihatan.
“Ia juga selaras dengan purata jangka hayat rakyat negara ini mencapai 75 tahun serta selaras dengan kadar pencen minimum sektor awam iaitu RM820 dan melepasi paras garis kemiskinan iaitu RM800.

“Bagaimanapun, ahli masih lagi dibenarkan untuk melabur 20 peratus daripada jumlah yang melebihi simpanan asas mengikut umur di institusi pelaburan dana diluluskan Kementerian Kewangan,” katanya ketika sesi taklimat media di sini, semalam.

Ibrahim berkata, kadar simpanan asas baru itu sudah ditanda aras dengan pencen minimum semasa pekerja sektor awam agar pendapatan bulan ahli tidak jatuh di bawah garis kemiskinan.

Berkuat kuasa awal bulan ini juga, pekerja yang berumur sehingga 60 tahun akan menerima caruman KWSP 12 peratus daripada majikan atau 13 peratus bagi pekerja yang bergaji bulanan RM5,000 ke bawah dan caruman pekerja kekal sebanyak 11 peratus.

2

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 23-8-2013 04:22 PM
nk byr utang2 sblm pencen, mcm utang umah, keta.. utang2 lain... rasanya cam perlu lbh byk dr tu...  
Quote poyohabis 23-8-2013 04:31 PM
Skrg brg dh mhl... Kurang2 pon setengah juta paling sikit... Nak selesa 1-2 juta Br pesara pencen hidup sll
Quote zamnie 23-8-2013 04:37 PM
melampau sgt dorang nih.. duit kita pun dorang nak control lak!!
Quote mycute 23-8-2013 05:05 PM
boleh dijamkin ke kalau kita control duit dpt simpan 196k sebelum pencen..
Quote baby_pingu 23-8-2013 05:09 PM
errr..sekarang kadar simpanan asas berapa?
Quote shamsadis 23-8-2013 05:12 PM
aku jadi ahli KWSP masa umur aku 18 tahun lagi.....ermmmm bangga siot
Quote R2D2 23-8-2013 05:13 PM
yg jual unit trust kata mesti ada busuk2 RM1 juta kalau nk selesa pencen
Quote nw111 23-8-2013 05:20 PM
Sikitnya..mcm x cukup je
Quote lizaliza 23-8-2013 06:05 PM
Perlu tingkatkan lagi simpanan...bolehla bagi staff kwsp gaji melambung bonus 5-6 bulan, rawatan special,pencen lagi ada...kerani kwsp dah sama gaji dgn pegawai gred 44 sektor awam dah pun.
Quote lizaliza 23-8-2013 06:06 PM
Unit trust mana yg lebih untung...cimb ni mcm tak best pon
Quote mysara 23-8-2013 06:24 PM
mycute posted on 23-8-2013 05:05 PM
boleh dijamkin ke kalau kita control duit dpt simpan 196k sebelum pencen..

hang mati sebelum umor 55, duit tuh waris hang le dapat
Quote alepmama 23-8-2013 07:41 PM
simpanan asas tu maksud nya apa?
Kalau skrg potong gaji sendiri 11% derang nak tambah percentage tu ke??
Waduhh
Quote kakiputaralam 23-8-2013 08:00 PM
Buleh belanja apalah sangat 200k dalam 30 taun ke depan


Quote Acong 23-8-2013 08:03 PM
drpd simpan kat kwsp, baik beli rumah utk kutip sewa lepas pencen....... bodoh nak mampus....! ingat RM200k tu byk ke?
Quote AdamBillionaire 23-8-2013 08:34 PM
hurm, entahlah. pada pandangan adam, kwsp tu simpanan kecemasan sahaja. kalau boleh jgn usik waima dh pencen. sementara sebelum pencen ni buatlah perniagaan sedikit. target rm 4k sebulan pun dh ok..

kalau rm 4k sebulan hihi,,dalam property boleh jd dpt..

kalau dalam trading boleh je dpt ( high risk high return, so MM sgt penting)

dalam biz online mudah je dpt tapi kena ada kredibiliti

dalam biz retail boleh je dpt tp perlukan masa untuk customer know u..
Quote phongsakorn 23-8-2013 08:42 PM
kalau dah bersara umur 55 rumah belum habis bayar lagi.. duit persaraan ni pun tak cukup tampung keperluan.. nak labur unit amanah ?
Quote Omong 23-8-2013 08:55 PM
kalau tak silap sis @kabukiman dah ckp KWSP ni pun dah tak tau nak meelabur kat mana lagi, sbb duit tabungan dah belambak lambak
Quote faraway1 23-8-2013 09:15 PM
me sempat keja 4 tahun aje di malaysia sebelum pindah negara...
so duit kat kswp verylah ciput
Quote AdamBillionaire 23-8-2013 09:33 PM
faraway1 posted on 23-8-2013 09:15 PM
me sempat keja 4 tahun aje di malaysia sebelum pindah negara...
so duit kat kswp verylah ciput :swe ...

duit kwsp mu tak boleh keluar ke? cuba cari alternatif compounding interest peramkan. nnti dh tua baru keluarkan..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.243784 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top