Assalamualaikum, Masih adakah Hero di Malaysia ini? Kita tidak perlukan Hero seperti Spiderman, Superman Batman ataupun sekumpulan geng-geng Avengers, tetapi cukuplah Hero yang saya maksudkan ini di kalangan masyarakat kita iaitu mereka yang mudah membantu.
Bicara sesuatu perbuatan baik itu mudah namun untuk mengadaptasikan bicara itu menjadi satu perbuatan apabila sesuatu keadaan itu memerlukan, adalah sukar buat sesetengah orang. Di sini saya tidak mahu membincangkan perbuatan membantu yang besar nilainya seperti membantu orang miskin dengan sedekah, membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan kewangan misalnya, bersama dalam misi bantuan kemanusiaan dan sebagainya. Namun, cukuplah kita membicarakan tentang bantuan-bantuan sosial yang nampak kecil namun besar ertinya buat mereka yang dibantu. Untuk memudahkan perkongsian ini, lebih mudah untuk saya senaraikan antara perbuatan-perbuatan kecil tersebut.: (1) Bantu mengangkat barang Pernah tak kita berselisih dengan warga tua atau golongan wanita yang sedang bersungguh-sungguh memerah keringat mengangkat barang yang mungkin baru di beli di pasar atau sebagainya? Persoalannya, adakah kita hanya melihat? Berbisik di dalam hati betapa simpatinya anda? Atau mungkin serta merta menghulurkan bantuan dengan keringat anda? Jika anda memilih untuk terus menghulurkn bantuan tanpa banyak fikir dan tanpa ada perasaan riak dan menunjuk-nunjuk, maka andalah Hero Malaysia. (2) Bangun dan memberikan tempat kepada mereka yang memerlukan. Kepada mereka yang menaiki kenderaan awam seperti bas atau LRT, anda mungkin sering berhadapan dengan golongan warga tua atau wanita mengandung atau mungkin wanita bersama anak-anak sedang berdiri kerana tiada kekosongan tempat duduk. Anda pula selesa duduk menunggu destinasi. Adakah anda buat-buat tak sedar? Adakah anda mengharapkan orang lain bangun memberikan tempatnya? Atau mungin anda bersedia untuk terus bangun dan memberikan tempat anda kepada mereka? Jika, anda memilih untuk tidak mementingkan diri, andalah Hero yang saya maksudkan. (3) Pimpin mereka yang tidak berdaya melintas jalan. Mungkin anda pernah melalui atau melihat keadaan ini. Sedang anda memandu, seorang warga tua, atau mungkin orang kurang upaya (OKU) ingin melintas jalan dan agak teragak-agak untuk melintas. Apakah agaknya tindakan anda ketika itu? Adakah anda akan berbisik simpati kepada mereka? Atau mungkin anda berbisik dan berdoa semoga ada orang lain akan membantunya? Atau mungkin, anda tanpa berfikir panjang akan terus menghentikan kereta dan terus memimpinnya melintas jalan dengan selamat? Pandangan ikhlas saya, jika anda sekadar hanya berbisik di dalam hati tanpa membuat apa-apa tindakan, maka, anda tidak cukup lagi untuk menjadi Hero Malaysia. (4) Mengalihkan benda asing yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya. Ada ketika anda berada dalam keadaan yang selamat dan terbaik untuk bertindak menjadi Hero. Contohnya, ketika anda sedang berjalan-jalan, terlihat di tengah jalan raya, terdapat benda asing yang berbahaya kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal. Apakah yang akan anda lakukan? Adakah sekadar menjadi saksi kepada kemalangan yang mungkin boleh berlaku? Atau mungkin anda hanya berbisik di dalam hati “siapalah yang buang benda-benda ni kat tengah jalan raya” tanpa melakukan apa-apa tindakan? Atau mungkin, anda mengambil tindakan untuk mengalihkan benda asing tersebut. Tiada keraguan lagi untuk mengesahkan anda Hero kami jika anda berani mengalihkan benda asing tersebut agar pengguna jalan raya terselamat. (5) Mengutip sampah yang bersepah Anda mungkin sedang berada di dalam Shopping Mall sebagai contoh. Sedang asyik berjalan-jalan dan memerhatikan lot-lot kedai di sekitar, anda terlanggar botol kosong yang mungkin telah dibuang merata. Apakah tindakan anda ketika itu? Adakah anda akan terus menyumpah seranah mereka yang membuangnya sambil kaki terus menyepak botol tersebut? Atau anda hanya melihat sahaja tanpa ada sedikit pun rasa tanggungjawab? Atau mungkin tanpa banyak cerita anda terus mengutip dan membuang botol tersebut di dalam tong sampah. Jika anda yakin anda adalah golongan yang akan mengutip dan membuangnya di dalam tong sampah, maka, tidak syak lagi, andalah Heronya. Banyak lagi situasi dan keadaan yang boleh saya berikan sebagai contoh perlakuan spontan yang menunjukkan ciri Hero itu ada dalam diri kita. Namun, cukup setakat ini, biar penulisan pendek namun sekurang-kurangnya dapat kita bersama bermuhasabah diri. Mungkin, segmen seterusnya saya boleh tambahkan lagi jika ada yang mahu. Kesimpulannya, latihlah diri anda untuk menjadi Hero Masyarakat kerana percayalah, ia bukan sahaja meringatkan sedikit beban orang lain, tetapi juga memberikan ketenangan dan keindahan buat diri anda sepanjang hari. InsyaAllah. Salam Ikhlas, ----Airol Irwan Limin----
|
8
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
9
Sedih |
13
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kroit92 replied at 5-10-2017 07:42 PM
brader spek yang tersengih pegang kek tu, yang selalu aktif buat soup kitchen merata dunia tu kan?
...
jazaa100 replied at 5-10-2017 10:55 PM
Kau masak nasi lemak pastu agihkn kat org nk gi kerja....
Cepat je nanti kau famous....tak yah ...
ADVERTISEMENT