"Terdapat cubaan beberapa exco dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang cuba menyingkir saya daripada jawatan presiden FAM." Memetik laporan Free Malaysia Today, pendedahan itu dinyatakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam selepas merasmikan Kongres Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). “Sebagai presiden, saya tahu benda ini tengah berlaku tetapi selagi saya berada dalam FAM, jangan haraplah.” TMJ menegaskan usaha-usaha itu dilakukan beberapa anggota exco FAM yang seringkali tidak sependapat dengannya dalam soal menguruskan hal bola sepak negara. Tunku Ismail menegaskan usaha menyingkirkan beberapa individu dalam pucuk kepimpinan tertinggi bola sepak Malaysia itu, tidak hanya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) Kevin Ramalingam, malah turut dihadapinya sendiri.
TMJ berkata demikian ketika diminta mengulas kononnya terdapat cubaan untuk menyingkirkan Kevin Ramalingam daripada FMLLP, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam. Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail bertitah beberapa penstrukturan akan dilakukan dalam kelab JDT tahun depan.- CARI
|
19
Bagus |
23
Marah |
18
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
beloomberk replied at 5-10-2017 06:47 PM
jadilah neutral, xpyah bias kepada mna2 kelab or negeri tertentu. u r FAM presiden which is team mal ...
ADVERTISEMENT