CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Sekeluarga Ditemui Maut Dalam Rumah Bersama Nota Wasiat

7-10-2017 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12632| Komen: 77

Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka ditemui mati di kediaman mereka berserta satu nota wasiat, lapor BH Online.


Foto: BH Online

Kejadian berlaku di Rini Residence, Mutiara Rini, Johor Bahru, pada jam 2.30 petang semalam.

Menurut, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, P Pubalan, 53, ditemui mati tergantung, manakala isterinya iaitu P Jeya, 46, ditemui di atas katil berhampiran ruang tamu di tingkat bawah rumah.

Sementara itu, dua anak mereka, P Sharveen, 14, dan P Krishna, 9, ditemui dengan kesan jerutan di leher di dalam sebuah bilik lain.

"Polis menerima panggilan dari orang awam pada jam kira-kira 2.30 petang tadi mengenai penemuan empat mayat di sebuah rumah di Mutiara Rini.

"Lelaki itu yang bekerja sebagai pemborong minuman keras ditemui bersama satu nota wasiat yang ditinggalkan di atas meja solek," katanya pada sidang media.


Foto: Bernama

Tambah Noor Hashim, kejadian disedari rakan suspek yang datang ke rumah untuk menemuinya.

"Ketika sampai, lelaki itu menemui sekeping nota pada cermin kereta mengatakan pintu rumah tidak dikunci. Dia masuk ke dalam rumah yang tidak dikunci dan menemui satu mayat di atas katil sebelum menghubungi polis," katanya.

Hasil siasatan awal mendapati tiada kesan perbuatan dari luar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut.

"Kita siasat sama ada perbuatan jenayah ini daripada pelbagai kemungkinan sama ada dia bunuh dulu, atau mati dulu," katanya. - CARI

6

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
15

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 7-10-2017 03:36 AM
Aduih anak2 pun terlibat dlm permasalahan ni.. Takziah la kepada keluarga..
Quote duri_durians 7-10-2017 04:27 AM
"Kita siasat sama ada perbuatan jenayah ini daripada pelbagai kemungkinan sama ada dia bunuh dulu, atau mati dulu," katanya.



Apa maksud ni  
Quote lasagnaklcc 7-10-2017 05:10 AM
Diorg punya style mmg bawak satu family bersama2... Bkn financial problem kot, rumah mutiara rini mcm blh tahan jgk harga.
Quote EvieWanKenobi 7-10-2017 06:23 AM
hutang banyak sangat ke?

Quote sukacactus 7-10-2017 06:41 AM
Tgk umah dah cantik tp hati xtenang juga
Kesian kat budak2 tu sj
Lain2 tunggu maklumat terkini..malas nak speku
Quote seeriesagain 7-10-2017 07:01 AM
Kwsn rumah org kaya ni... nape la agaknya. Sian anak2 tu dijerut sampai mati
Quote trakea 7-10-2017 07:15 AM
seeriesagain replied at 7-10-2017 07:01 AM
Kwsn rumah org kaya ni... nape la agaknya. Sian anak2 tu dijerut sampai mati

Rumah dia akan dilelong oleh bank kot
Quote asfaz 7-10-2017 07:18 AM
Adoii.. Kesian kt anak-anak.
kecik lagi
Quote felinecat 7-10-2017 07:19 AM
ade kaitan dgn larangan jualan minuman keras kt johor ke
Quote Nenasketum 7-10-2017 08:23 AM
Edited by Nenasketum at 7-10-2017 08:24 AM

Kesiannya dekat anak anak. Sampai hati
Quote imthegirl 7-10-2017 08:54 AM
duri_durians replied at 7-10-2017 04:27 AM
Apa maksud ni

Sebab disiasat under 302 dan mati mengejut rasa polis merujuk bapak dia kot. Maybe bunuh anak anak dan isteri lepas tu dia bunuh diri
Quote akusukaq 7-10-2017 09:05 AM
mereke percaya ada nya alam nirwana .
Quote MissNigga 7-10-2017 09:41 AM
sehidup semati katanya
Quote paz 7-10-2017 09:55 AM
Orang kaya ni. Pengakhiran yang tragis.
Quote Vokuro 7-10-2017 09:59 AM
Motif nak mati kau heret satu family sekali? Merepot la ki dek
Quote JDT 7-10-2017 10:04 AM
Lagi beberapa hari nak sambut perayaan Deepavali. Apalah yang menyebabkan kebuntuan sampai nekad buat macam tu sekali?.
Quote -electrifying- 7-10-2017 10:41 AM
rumah bsau...
pemborong arak lgi... masyuk tuuu
Quote putehkundor 7-10-2017 10:51 AM
Ada ke yg berani beli/sewa lepas ni? Cantik juga rumahnya
Quote TuntungReturn 7-10-2017 10:54 AM
bedah siasat nnti dapat taw sapa mati dlu.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.182760 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top