"Kalau seseorang buka 'food truck', dia lakukannya kerana makanan itu istimewa dan dia boleh jual dengan harga RM50. Biarlah dia nak jual RM50.
Apa yang penting kita sebagai pengguna, hak kita ialah jangan beli dari dia." Itu adalah kata-kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipetik dari BH Online, baru-baru ini. Tak dapat dinafikan lagi, sesetengah peniaga dengan konsep perniagaan menggunakan trak atau 'food truck' meletakkan harga terlalu mahal sehingga ada di kalangan pengguna membuat perbandingan harga food truck di Malaysia dengan negara luar. Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai harga makanan tersebut menerusi laman mikro Twitter. "Dekat negara kita, food truck jual makanan harga Firaun," tulisnya. Menurutnya, dia masih boleh menerima harga yang mahal selagi ia berbaloi dengan kualiti dan kuantiti ditawarkan. Posting itu menerima sokongan daripada netizen lain yang rata-rata bersetuju dengan pendapat lelaki berkenaan. "Perkhidmatan food truck di luar negara tawarkan harga jauh lbih murah. tapi bila masuk Malaysia, dah jadi lain pula," marah netizen. Dalam pada ramai netizen 'bising' soal harga makanan dijual menerusi perkhidmatan berkenaan, ada juga netizen yang tampil menafikan harga ditawarkan luar negara lebih murah daripada di Malaysia. "Negara mana yang mahal tu? Sebab berdasarkan pengalaman saya, food truck di Australia mahal je," komen netizen. Kepada anda yang pernah atau gemarkan makanan Food Truck ni, apa kata anda? Jom bincangkan! - CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 11-10-2017 05:42 AM
patutnya konsep food truck jual street food..
bukan fine dining food..
sebab tu kat overseas murah ...
palmolive replied at 11-10-2017 01:35 PM
tengok kt rancangan foodtruck kt channel hyppe sensasi...nasi dagang RM12 cmtu...
host dia si Razif ...
palmolive replied at 11-10-2017 01:35 PM
tengok kt rancangan foodtruck kt channel hyppe sensasi...nasi dagang RM12 cmtu...
host dia si Razif ...
bawalputih replied at 11-10-2017 02:32 PM
Kaannn...sume benda sedap bg dia
MissVixen replied at 11-10-2017 02:48 PM
Semua sedap, mantap, padu bila kena bayar. Jjcm, vitdaily dll semua dah tak jujur bagi reviews.
palmolive replied at 11-10-2017 03:06 PM
aku lg suka tgk rancangan Ho Chak...nampak gak jujur
ADVERTISEMENT