Orang Malaysia kalau bab makanan memang kreatif, ada sahaja gimik yang dilakukan untuk menarik pelanggan datang ke kedai. Macam di Koo Boo Cafe yang terletak di Pulau Pinang ini, memang meriah betul dalam satu pinggan sebab ada macam-macam benua!
Nasi 7 Benua adalah keistimewaan di sini kerana hidangan ini menawarkan tujuh jenis nasi yang bersaiz kecil. Ada nasi putih, nasi tomato, nasi kacang tanah, nasi pandan, nasi lemuni (herba wangi), nasi minyak mentah dan nasi hujan panas yang disusun cantik di atas pinggan. Siap boleh pilih lauk yang pelbagai mengikut citarasa masing-masing untuk dimakan bersama nasi-nasi tadi.
Paling menjadi kegemaran ramai adalah lauk gulai ikan, ayam goreng, sambal ketang, daging, ulam-ulaman, sambal belacan dan telur masih. Fuh, merecik! Sebut tentang harga pula, ianya berbeza-beza mengikut pemilihan lauk anda. Apa yang pasti memang berbaloi habis. Lokasi Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe Taman Tunas Muda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kafe ini dibuka setiap hari kecuali Ahad, dari 11 pagi hingga 11 malam. Jom, tak sabar nak rasa kemeriahan rasa dalam satu pinggan Nasi 7 Benua. -CARI
|
20
Bagus |
5
Marah |
13
Terkejut |
28
Sedih |
28
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nisako replied at 12-10-2017 03:44 AM
wah sedap Nampak..............
EncikRhoma replied at 12-10-2017 04:16 PM
dua ketul pun nampak macam banyak. Mampus nak habiskan 7 ketul
ADVERTISEMENT