CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Pasti Meriah! Sambutan Deepavali Di Berjaya Times Square KL

12-10-2017 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3705| Komen: 7

Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, merupakan salah satu perayaan yang disambut dengan meriah di Berjaya Times Square Kuala Lumpur (BTSKL). 

Tahun ini, BTSKL menampilkan kolam bertema “The Hues of Diwali” dan seni mural yang disediakan oleh sekumpulan anak muda dari Institut Seni Lukis Malaysia (MIA). 

Kolam, yang terletak di tingkat bawah BTSKL, menampilkan elemen burung merak yang merupakan binatang suci dalam Agama Hindu. 

Kolam tersebut yang berukuran 400 kaki, dihasilkan oleh 40 pelajar MIA dengan bantuan 35 anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Mary dan Bodhi Homecare Centre. 

Selain kolam, pengunjung juga berpeluang menghayati seni mural secara langsung yang dihasilkan oleh pelajar MIA. Seni mural ini adalah gabungan seni tradisional dan moden yang menggambarkan perayaan Deeepavali  yang berwarna-warni.


Kolam tersebut telah dirasmikan oleh Cik Koh Huey Min, Pengarah Eksekutif Berjaya Times Square dan Dr Lok Lay Hong, Ketua Pegawai  Eksekutif MIA. Mereka disertai oleh 35 anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Mary dan Bodhi Homecare Centre.

“Tahun ini, BTSKL bukan saja menyambut perayaan Deepavali tetapi juga menyambut kepelbagaian dan kreativiti yang dihasilkan oleh bakat-bakat muda dari MIA. 

"Pelajar-pelajar ini yang berlainan etnik dan latar belakang yang berbeza telah menunjukkan semangat sejati ‘1Malaysia’ dengan bekerjasama untuk menyempurnakan Kolam dan seni mural dan kami berasa bangga untuk berkongsi hasil kerja mereka dengan pengunjung-pengunjung  kami,” kata Cik Koh Huey Min.

Pengunjung BTSKL juga berpeluang menyaksikan tarian tradisional kaum India pada 6, 14 dan 15 Oktober 2017. Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM100 di BTSKL, berpeluang mendapatkan lukisan inai secara percuma pada 14 dan 15 Oktober 2017. Tertakluk kepada terma dan syarat. 




BTSKL mengucapkan ‘Selamat Hari Deepavali’ kepada semua penganut Agama Hindu dan para pengunjung. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.berjayatimessquarekl.com atau ikuti BerjayaTimesSquareKL di Facebook dan Instagram. 
13

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 12-10-2017 12:07 PM
selamat hari deepavali {:hooray
Quote Artemesiaa 12-10-2017 12:24 PM
Banyak soping mall dah pasaing kolam cam ni.  Tapi uncle yang confuse antara kolam ni dan kolam swimming pool kat MixFM memang lawak win sekali untuk Deepavali tahun ni.
Quote krustykrab 12-10-2017 12:29 PM
Artemesiaa replied at 12-10-2017 12:24 PM
Banyak soping mall dah pasaing kolam cam ni.  Tapi uncle yang confuse antara kolam ni dan kolam swim ...

aku pun confuse gak memula
Quote Artemesiaa 12-10-2017 12:33 PM

Gigih heols explain nak kena submit plan kat dbkl segala
Quote Si_diam 12-10-2017 12:34 PM
baguih le ye sambut hari deepavali
Quote devilito2 17-10-2017 07:37 AM
yey.... cuti...
Quote misscendol 27-10-2017 10:11 AM
Meriah sungguh............

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.055360 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top