Peningkatan kes memandu dan menunggang tanpa lesen sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat semakin menjadi-jadi. Pada tahun lepas, menurut Ketua Pengarahnya Datuk Nadzri Siron, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesan sebanyak 1.2 juta rakyat di negara ini yang layak tetapi tidak mempunyai lesen tersebut ketika memandu di jalanraya. Memetik laporan South China Morning Post, tular di media sosial satu rakaman yang bertempat di Canberra, Australia mengenai seorang wanita yang ditahan polis. Mengejutkan, ketika diarah membawa lesen apabila ke mahkamah, wanita tersebut memaklumkan beliau sudah memandu selama 23 tahun tanpa lesen.
Difahamkan, ketika kejadian wanita berkenaan sedang memandu kereta mendiang suaminya yang baharu meninggal dunia baru-baru ini. Anggota polis tersebut yang terkejut hanya mampu ketawa dengan pengakuan wanita itu. "Anda seorang konstabel yang baik," kata wanita berkenaan sambil ketawa. "Saya pun tak tahu nak cakap macam mana," balas anggota polis tersebut. Rakaman yang tular di laman Facebook sudah ditonton lebih 150,000 pelayar.- CARI Loading FB Post... |
16
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
22
Sedih |
18
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT