Lagu baru Zizi Kirana yang berjudul Boleh Jalan didakwa dihasilkan untuk menyindir individu yang sering mengecamnya sebelum ini.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah seperti yang difikirkan dan penyanyi itu sendiri menafikannya. "Ramai yang fikir lagu tersebut adalah sindiran kepada mereka yang pernah kecam saya kerana isu berpakaian seksi sebelum ini. "Kalau nak tahu, lagu tersebut turut menyentuh mengenai banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita terutamanya keyboard warrior yang ada sahaja tak kena di mata mereka. "Tapi tak apalah, kalau haters kata saya perli mereka terpulanglah, siapa yang makan cili, dia rasa pedas," katanya kepada mStar Online.
Walaupun menerima pelbagai kritikan, lagu ciptaan DJ Fuzz dan liriknya pula oleh Waris ini masih mendapat sambutan baik dari ramai peminat. "Walaupun ada yang panas hati dengar lagu tersebut, namun masih ada yang suka. Saya sendiri tidak menyangka penerimaan pendengar dan jumlah tontonan juga meningkat begitu pantas. "Kalau ada yang nak kecam juga, kecamlah! Saya sudah lali dengan kritikan dan cacian," tambahnya. Zizi, 32 berharap agar sesiapa yang mahu menegurnya selepas ini tidak menggunakan kata-kata makian dan cacian. "Sebab itu dalam lirik lagu tersebut saya ada menyebut istilah 'Ustazah Internet', yang bermaksud hanya dia sahaja yang betul dan berhak menegur tanpa memikirkan perasaan orang lain. Sedangkan dalam dunia realiti, seorang ilmuan agama tidak akan menegur orang sehingga mengaibkan." Apa pun, semoga Zizi Kirana terus berjaya dalam apa juga yang dilakukan. -CARI |
9
Bagus |
10
Marah |
15
Terkejut |
12
Sedih |
7
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
apikwaeh replied at 13-10-2017 12:19 PM
budak AF sama tahun dengan hafiz, ecah gigi veneer dan aril kalau tak silap lah..AF berapa tah..
pe ...
coconico replied at 13-10-2017 01:02 PM
Zizi AF? I google dpt gambar kat bawah ni. Lain nya rupa sekarang
ADVERTISEMENT