CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Jual Sandwich Di Persimpangan Lampu Isyarat Curi Perhatian

13-10-2017 03:32 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5271| Komen: 21

Kebelakangan ini, ramai graduan lepasan universiti berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu. 

Dalam keadaan sebegini, lazimnya ada segelintir graduan yang hanya tahu merungut dan menyalahkan semua pihak tanpa berusaha mendapatkan pekerjaan.

sumber : Facebook Shamsul Abas

Memetik laporan Vitdaily, tindakan seorang gadis yang menjual sandwich di lampu isyarat demi mencari sesuap nasi mencuri perhatian warga laman sosial. 

Rata-rata netizen memberi komen yang positif mengenai tindakan gadis tersebut yang berdikari untuk mencari wang sendiri dan ada yang menasihatinya supaya mengutamakan keselamatan.


Loading FB Post...

Menurut netizen yang dikenali sebagai Shamsul Abas, kegigihan gadis tersebut wajar diberi sokongan dan menjadi motivasi untuk orang di luar sana berusaha dengan cara yang betul untuk mencari rezeki.

“Hendak seribu daya. Belajar melalui Youtube juga boleh menjadikan anda kaya. Bagaimanapun, gadis ini memilih untuk berniaga yang kita biasa lihat dipelopori lelaki.”

Tambah Shamsul, gadis yang menjual sandwich telur, tuna dan sardin sentiasa dilihat pada waktu pagi ketika trafik sesak di persimpangan lampu isyarat Ukay Perdana dan Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2).

Idea menjual makanan di lampu isyarat memudahkan orang ramai yang sibuk kerana mereka dapat bersarapan sambil menuju ke tempat kerja. 

Semoga gadis ini berjaya pada suatu hari nanti.- CARI

sumber : Facebook Shamsul Abas
sumber : Facebook Shamsul Abas
sumber : Facebook Shamsul Abas

6

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
13

Sedih
22

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chauky314 13-10-2017 03:34 PM
dah macam kat bandung plak, jual tepi jalan
Quote RatuDunia94 13-10-2017 03:39 PM
Bahaya la. Buatnya ada kereta terbabas ke.. Tp tu la nk cr duit bukan senang kan..
Quote Deidra 13-10-2017 03:42 PM
Gigihnya adik ni mencari rezki
Quote tembikai 13-10-2017 04:21 PM
kuat semangat, cekal hati...bgus adik...berusaha cari rezeki...moga bertambah rezekinya setiap hari & pls hati2 dik....

lebih kurang konsepnya...dulu2 - jual kuih dari rumah ke rumah. Sekarang- dari kereta ke kereta...

Allah..bgus didikan ibu & ayahnya...
Quote freezyout 13-10-2017 04:26 PM
gigihnyaa
Quote cmf_premierleag 13-10-2017 04:46 PM
dah ada la tred kisah nih
motip wartawan cari lembap?
Quote Loh_83 13-10-2017 05:03 PM
sedapnya sandwich ... tapi x pernah jumpa lak yg jual mcm ni kat tempat aku ...

Yang banyak jual roti/sandwich ni cina ada la ... depan 99 selalunya ..sedap2 nampak .. hahha

kan bagus melayu jual pagi2 mcm ni .. leh la buat sarapan, replaced nasi lemak & roti canai ..
Quote dory.thefish 13-10-2017 05:37 PM
salute adik ni.berani n x malu jual cmtu tuk dpt rezeki halal.adik ni pcaya rezeki allah tu luas.nak dgn xnak usaha je.
Quote manjalara_01 13-10-2017 05:58 PM
Loh_83 replied at 13-10-2017 05:03 PM
sedapnya sandwich ... tapi x pernah jumpa lak yg jual mcm ni kat tempat aku ...

Yang banyak jual ...

sandwich lebih berkhasiat rasanye...cume mayo tu kena kurangkan
Quote merrissa 14-10-2017 11:13 AM
eleh kalo anak dara jual..gigih nak up dalam fb

cube acik2 yg jual......

tapi bagus adik ni...harap perniagaan dia maju jaya
Quote cheergirlz 14-10-2017 11:19 AM
usaha dan kerja bgus adik nie....tahu nak tambah pendapatan mcm mna...
Quote Elle_mujigae 14-10-2017 11:36 AM
Bagus gadis ni..pandai cari duit...


cakap pasal sandwich...hari tu kat fb ada yg share resepi buat sandwich telur sedap...so far yg kita pernah makan sandwich telur yg sedap kat Rotiboy KLCC...makan lama dulu tapi ingat la rasa 'sos' yg sedap kat sandwich tu...puas fikir apa benda la mereka letak kat telur hancur ni utk kasi sedap...rupanya letak susu pekat eh....
Quote moonbug 14-10-2017 02:24 PM
Semoga murah rezeki adik ni. Susah mcm mana pun, biarlah cari rezeki halal. Duit berkat, hati tenang
Quote Jorja 14-10-2017 03:13 PM
Kt Sabah banyak tempat skrang dah ada kutu pemalas minta sedekah dari kereta ke kereta pula now ni..bila kita diam tak kasi dia tunjuk baby comot yg diheret sana sini. Rasa macam nak tampar aja muka dia coz kesian kt baby tu tak kira panas, angin, hujan & sejuk malam diheret sana sini..
Quote skinskin 14-10-2017 07:34 PM
haku sokong ko buat dik.. janji halal.. kalo nk pikir bahaya.. kt tmpt kerja cm kilang pon ade bahaya.. teruskn usaha
Quote oppol 14-10-2017 08:10 PM
Ada lesen tak,ke tak perlu?..
Quote wunan88 14-10-2017 08:16 PM
dekat kawasan aku pon dah ada org jual sandwicch dekat traffic light..dari tahun lepas lg rasanya..lelaki lar budak tu
Quote damian_lee 14-10-2017 08:54 PM
Pernah beli kat sri gombak
Bukan xnak support lagi
Tapi ntahlah

Cari la tempat selamat sikit ...
Quote saladin780 14-10-2017 09:04 PM
sok2 penuh la jalan2 kat malaysia ni dgn org meniaga...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.066217 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top