CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Bermasalah Obesiti Rasa Tertekan Jadi Tumpuan Di Hospital

16-10-2017 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6871| Komen: 66

Kegemukan atau obesiti ialah satu penyakit kronik yang sedang menular dalam kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya.

Bersandarkan penemuan saintifik baharu, masalah obesiti ternyata merupakan satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap individu terbabit. 


sumber : Harian Metro

Faisal Md Ali, seorang pemuda berusia 29 tahun yang mempunyai berat badan mencecah 286 kilogram berdepan pelbagai masalah lain termasuk penglihatan, bengkak kaki selain kerap diserang sesak nafas.

Memetik laporan Harian Metro, Faisal yang kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, meluahkan rasa malu tapi redha dengan dirinya yang bersaiz badan besar sehingga menjadi tumpuan pelawat lain berikutan ditempatkan di wad kelas ketiga. 


“Hanya Allah saja yang tahu betapa saya malu setiap kali menjadi tontonan awam kerana keadaan fizikal saya.”

Tambahnya, dia dan keluarganya ada membuat permohonan dipindahkan di wad kelas dua seperti sebelum ini, tetapi gagal kerana kurang kelayakan.

Namun menurutnya dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana ia polisi HSNZ yang menempatkan pesakit mengikut syarat tertentu.

“Wad kelas dua pula difahamkan mempunyai caj tertentu yang menyebabkan saya dan keluarga tidak mampu membayarnya.

“Ibu juga tidak sihat, sakit lutut dan sebagainya, sebab itu saya tidak dijaga ahli keluarga dan hanya mengharapkan jururawat untuk menguruskan setiap hari,” katanya.

Menurutnya, dia juga akan menjalani satu pembedahan mengecilkan saluran usus dalam tempoh terdekat.

“Dengan pelbagai masalah yang dihadapi akibat obesiti, saya berasa bersemangat untuk cepat sihat, sekali gus tidak menyusahkan orang sekeliling,” katanya.- CARI
26

Bagus
19

Marah
26

Terkejut
23

Sedih
18

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 16-10-2017 12:06 PM
Bagus la ada kesedaran untuk tak nak susahkan orang sekeliling. Umur pun dah 29 tahun, mak pulak tak sihat.

Mohon jaga diri baik2 lepas operation.
Quote aHoi83 16-10-2017 12:07 PM
Last2 mengaku dia menyusahkan org lain. So org2 gemok tkyahla nk kuarkan statement korg yg konon tk usik duit org lain tak nyusahkan org laaa ujung2 terlantar hospital baru la tau. Utk abg ni masih bole lagi ni nk turun kan berat. Since masih muda. Tp agak cabaran agak getir gitu
Quote wanitajelita 16-10-2017 12:20 PM
aHoi83 replied at 16-10-2017 12:07 PM
Last2 mengaku dia menyusahkan org lain. So org2 gemok tkyahla nk kuarkan statement korg yg konon tk  ...

Tak baik mengata dia..
Mungkin tahap pendidikkan family dia tak mcm orang2 lain utk fikir baik dan buruk sblum ni
Quote insulin 16-10-2017 12:23 PM
Semoga brother ni dipanjangkan usia oleh Tuhan dan seterusnya dapat kuruskan badan dia.
Quote Artemesiaa 16-10-2017 12:26 PM
Semoga berjaya turunkan berat badan dengan jayanya
Quote mizkajura 16-10-2017 12:33 PM
Lps dah kurus sila kerja. Jgn susahkan org lain pulak{:smile{:smile{:smile
Quote unhas 16-10-2017 12:37 PM
Time melantak tak ingat dunia tak tertekan plak
Quote fifie_olin 16-10-2017 12:47 PM
tgk gak punca dia gemok tu..
x semua gemok sbb mkn byk..
ade gak sbb mkn ubat tertentu
byk gk tu smpi 200 lbh kg....
aku yg skg ni pon jenuh nk kasi slim
Quote prettyuglybabe 16-10-2017 12:58 PM
kalau la dia sedar lebih awal masa berat masih boleh dikawal..
semoga beliau betul bersungguh untuk sihat..
sama-sama la kita ye
Quote Jorja 16-10-2017 01:05 PM
Dia buat gastric bypass ke ni.. semoga dipermudahkan ya insyaAllah
Quote aHoi83 16-10-2017 01:41 PM
wanitajelita replied at 16-10-2017 12:20 PM
Tak baik mengata dia..
Mungkin tahap pendidikkan family dia tak mcm orang2 lain utk fikir baik da ...

Dia sendiri yg kata dia telah menyusahkan org. I olls hanya bg amaran utk mereka2 yg berbangga dgn kegemukan diri skrg ni perlu mengambil pengajaran dari kata2 adik ni.
Quote tobby 16-10-2017 01:45 PM
senang jer nak kurus. tahan la sikit nafsu makan. jgn ikut sgt nafsu melantak.
makan 3 kali sehari. sekali makan nasi segenggam, selebihnya sayur & dada ayam atau ikan.  minum air masak.  avoid air gula, cut terus air gula.
Quote tobby 16-10-2017 01:46 PM
cuba tengok pelarian rohingya, ada ke yg gemok?  so kawal sikit nafsu makan.
Quote MiameliaKA 16-10-2017 01:49 PM
mak dah cakap jgn makan banyak....ko degil...skang haaa dah menyusahkan mak dah..
Quote mommymonster82 16-10-2017 01:56 PM
Xde simpati ke?
Manusia zamn skrg..
Quote fatehana 16-10-2017 02:27 PM
moga semuanya dipermudahkan buat dia
nnt dah sihat kerja yea dik
Quote pittjie 16-10-2017 02:39 PM
tobby replied at 16-10-2017 01:45 PM
senang jer nak kurus. tahan la sikit nafsu makan. jgn ikut sgt nafsu melantak.
makan 3 kali sehari. ...

akak baru nak nak bancuh nescafe tuk minum petang dik. terus tak jadi. akak togok air kosong je.

p/s : akak tak obese ya. :p
Quote kikiharris 16-10-2017 02:59 PM
brother ni confirmed dah serik.
lepas ni dia punya semangat lagi tinggi dan lebih disiplin dari kita yang asyik esoklah diet,esoklah diet..sampai ke sudah nan hado!
good luck,never give up! semoga dapat capai hajat utk ke normal weight.
Quote debab76 16-10-2017 03:00 PM
semoga di permudahkan dik!

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.287561 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top