CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Kemboja Haramkan Tayangan Kingsman, 'Terasa' Ke?

16-10-2017 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8117| Komen: 27|Original author: Oleh: Maly Rosli

Siapa dah tonton filem Kingsman: The Golden Circle? Amacam, best tak? Mungkin bagi peminat filem aksi berkisarkan kisah ejen perisikan, filem ini memuaskan dan memenuhi cita rasa anda. 




Malangnya, Kemboja mengharamkan tayangan filem sekuel aksi komedi itu berikutan satu babak yang menggambarkan sebuah candi tersohor negara berkenaan sebagai sarang penjenayah.

Filem blockbuster Hollywood itu mengisahkan sebuah organisasi perisikan British yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam mengesan penyeludup dadah terkenal yang bersembunyi di sebuah kuil di Kemboja.

Memetik The Guardian, Pengarah Kementerian Kebudayaan, Jabatan Perfileman Kemboja, Bok Borak menyifatkan filem terbabit 'tak boleh diterima' dan mengharamkan tayangannya kerana menggunakan nama Kemboja sebagai tempat persembunyian penjenayah.


"Perkara itu membimbangkan kami kerana ia menggunakan salah satu daripada kuil kami dan menggambarkannya sebagai lokasi penghasilan dadah serta membunuh manusia dengan kejam. 

"Jadi kami memutuskan untuk melarang filem ini daripada ditayangkan di negara kami," katanya.

Tambahnya, walaupun sesi penggambaran tidak dijalankan di Kemboja, candi yang menjadi tempat persembunyian raja dadah itu digambarkan mirip Ta Prohm, sebuah tapak di kawasan Angkor Wat.


Foto: IMDb

"Candi kami merupakan sebuah tapak warisan dunia yang perlu dilindungi, bukan dijadikan tempat untuk hal sedemikian," tegas Bok Borak yang akan menghantar surat kepada pihak produksi bagi menyatakan kekesalan daripada pihaknya.

Ini bukan kali pertama Kemboja mengharamkan mana-mana bentuk hiburan yang dianggap membahayakan nilai tradisi negara itu. - CARI
16

Bagus
20

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
3

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unoryah 16-10-2017 01:04 PM
tak sensitif langsung pihak produksi ni tau

btw best ke movie ni?
Quote fofuler 16-10-2017 01:08 PM
unoryah: tak sensitif langsung pihak produksi ni taubtw best ke movie ni?
Agak lah, kalau kat ibu pertiwi kita dah lama kena bambu kalau diorg buat camni. Movie ni boleh tahan best btw
Quote nisako 16-10-2017 01:30 PM
best ke cerita ni... ade org ckp x best..........
Quote kamil8891 16-10-2017 01:49 PM
best jugak
komedi
Quote Artemesiaa 16-10-2017 02:51 PM
Marah pasal ala2 candi ke marah sebab jadi tempat buat dadah
Quote manjalara_01 16-10-2017 04:39 PM
elok la band..jgn ingat they allz hollywood bleh buat sesuke hati...
Quote -electrifying- 16-10-2017 04:58 PM
hati tisu sgt
Quote miemiecha 16-10-2017 05:14 PM
hahahaha,.. ke mmg betui ni ade org wat dadah kat situuuu..
stress ngat aihhh
Quote pukulrata 16-10-2017 05:44 PM
ala kecoh la Bok Borak, xleh ajak borak la
benda leh bincg
Quote PandaSaka 16-10-2017 07:29 PM
Haa mati2 iols ingat Poppy punya hideout tu dekat one of the candi dekat cambodia. Rupanya bukan dekat candi yang betul hihi...

Kingsman memang best, lagi2 ada bam colin firth pojaan hatiku
Quote Elle_mujigae 16-10-2017 08:15 PM
yes..kita tengok movie ni pun sebab ada nama Colin Firth..hensem!.
Quote Zaien 16-10-2017 08:57 PM
Best muvie ni...
Quote Orix 16-10-2017 09:53 PM
Uikk semua minat Colin? Iols je ke rembesss dekat Taron Eagorton tu ? Dah la badboy look, suara sedapppp ya hampunnnn melting... I ad tgok video DJ interview heols suruh heols nyanyi pstu DJ perempuan tu melting speechless bila dgar Taron tu nyanyi
Quote becir 16-10-2017 10:46 PM
Kingsman second Ni watak yg best si Elton John tu kot..lol
Quote chinta89 17-10-2017 04:50 PM
hati tisu?
Quote sinalegna 18-10-2017 09:01 PM
Baru je nengok cite ni. Tp x perasan pon part 'candi' tu sbb x obvious sgt lg pon hideout dia dh modified dgn set diner la salon la theater la

But agak bold jgk la cara diorang modify character president tu supaya x bg similar sgt dgn Trump walaupon clearly about him & his political acts
Quote Ferr_Remy 20-10-2017 12:33 AM
Cerita ni mmg the best ever la. Taron Egerton so hot chuols.. Kalau la dapat heols, aummmmm.
Quote Ferr_Remy 20-10-2017 12:34 AM
Orix replied at 16-10-2017 09:53 PM
Uikk semua minat Colin? Iols je ke rembesss dekat Taron Eagorton tu ? Dah la badboy look, suara seda ...

Heols more like nerd look la. Celah bedah mana heols nampak cam bad boy hahaha
Quote Orix 20-10-2017 12:36 AM
Ferr_Remy replied at 20-10-2017 12:34 AM
Heols more like nerd look la. Celah bedah mana heols nampak cam bad boy hahaha

Yes I admit dia agak nerd... tp there is something inside him yg buat heols nmpak badboy... sama mcm James Reid tokpit @sepitsiput yg nmpak innesen tp badboy ya hamatt

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.049921 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top