CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fara Fauzana Tak Malu Akui 5 Tahun Tinggal 'Subuh'

16-10-2017 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19576| Komen: 119|Original author: Oleh: Maly Rosli

"Saya tak malu nak mengaku, pada lima tahun pertama itu Subuh memang tak pernah buat."

Bekas penyampai radio, Fara Fauzana berkata sedemikian ketika menceritakan pengalamannya hampir 10 tahun bekerja dengan stesen radio HOT FM.




Menerusi perkongsiannya itu Fara akui ramai yang berkata dirinya beruntung.

"Untungnya kerja pagi sebab Subuh mesti tak tinggal," ceritanya.

Bagaimanapun, kerana terikat dengan jadual kerja yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi menyebabkan dia culas dalam menunaikan suruhan-NYA yang satu itu sepanjang lima tahun pertama.




"6 pagi dah mula kerja dan waktu itu jugalah masuk waktu Subuh," katanya yang mengeluarkan pelbagai alasan liat mendirikan solat Subuh sepanjang lima tahun pertama bergelar penyampai radio.

Namun, kesedaran itu timbul sedikit demi sedikit apabila melihat rakan-rakan lain begitu mudah melakukan suruhan wajib Tuhan itu. Dari situ, Fara sedar tak susah untuk melakukannya dan secara perlahan-lahan, dia mula belajar untuk berubah.

"Pada awalnya memang agak sukar, tapi bila dah lama-lama belajar dan mula memahami apa itu 'Islam', benda itu sangat mudah," ujarnya.

Selain Subuh, Fara juga akui dia sering 'melajakkan' waktu Maghribnya.


Foto: IG Fara Fauzana

Yalah, kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam, dan perlu bersiap-siap seawal jam 5 petang.

"Jujur, pada awalnya saya tak pandai nak urus masa dan sering akan 'qada' sahaja.

"Tapi bila saya lihat benda itu mudah dan tahu macam mana nak mengawalnya, saya belajar untuk jadi yang baik," jelasnya yang sedikit demi sedikit juga berubah bermula dengan berselendang sebelum berhijab sepenuhnya.

Terharu dengar pengakuan Fara Fauzana ini. Berani dia mengaku tak pernah solat Subuh selama 5 tahun! Apapun, semoga Fara terus istiqamah menuju ke jalan Islam. - CARI


Loading FB Post...
Video: FB The Rohani

25

Bagus
29

Marah
16

Terkejut
18

Sedih
30

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (137 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sixret 16-10-2017 01:36 PM
Alhamdulillah. Yang penting berubah dan mancari ilmu selagi ada nyawa. tak kisah walaupun di hujung usia. Allah terima taubat hamba2nya.  
Quote prettyuglybabe 16-10-2017 02:12 PM
zaman ni memang kena cerita aib sendiri ye untuk bagi org kagum?
Quote mizruncing 16-10-2017 02:14 PM
xpe x semua manusia perfect. yg pntg sentiasa berubah jd yg terbaik
Quote balakkampung 16-10-2017 02:16 PM
alhamdulillah...semua orang pernah buat silap..tapi kesedaran tu yg penting...
Quote devilito2 16-10-2017 02:17 PM
semoga ke arah yang lebih baik... amin
Quote hotmak 16-10-2017 02:18 PM
prettyuglybabe replied at 16-10-2017 02:12 PM
zaman ni memang kena cerita aib sendiri ye untuk bagi org kagum?

baru nak tanya benda sama

mmg kena bukak aib sendiri ke? motif, supaya ada lelaki yg sudi memimpin ke pun
Quote moonbug 16-10-2017 02:41 PM
Semoga kita semua sentiasa diberi hidayah utk jadi lebih baik tiap2 hari
Quote abbyhoney 16-10-2017 02:42 PM
sepatutnya tak perlu buka aib sendiri ...sebab selama ni Allah dah tutup aib dia tak solat subuh tu dari org lain. Dia pulak pergi buka aib tu. Entah la... 5 tahun tu lama.... wajib diganti solat itu.
Quote emelia1509 16-10-2017 02:42 PM
Ramai je tengok ummah jamak waktu skang ni..
Takde isu dah kot nak lajak2 bagai..
Quote ciwi1166 16-10-2017 02:51 PM
Edited by ciwi1166 at 16-10-2017 02:53 PM

time jadi DJ waktu subuh tu pasang je la iklan or lagu 10 minit pergi sembahyang... kihkihkih
time lain boleh plak pasang iklan panjang berjela.
Quote simatakucing 16-10-2017 02:56 PM
Pelan pelan kayuhla,yg penting beterusan,insyaAllah
Quote harrypoter 16-10-2017 02:58 PM
sekurang kurangnya diabuat juga..

"Jujur, pada awalnya saya tak pandai nak urus masa dan sering akan 'qada' sahaja.
Quote mieymiey 16-10-2017 03:06 PM
Alhamdulillah, semoga istiqamah. Tapi rasanya tak perlu buka aib sendiri, Tuhan dah tutup elok-elok aib tu. Tapi yer la mungkin niat dia nak jadikan sebagai peringatan pada orang lain kan. Semoga yang baik-baik untuk kita semua.
Quote sharlenetexas 16-10-2017 03:14 PM
Ni baru betul belajar dan memahami Islam banding dgn sorang lagi I'm still learning.
Quote koliba 16-10-2017 03:14 PM
solat adalah tiang agama

jangan tinggal walau 1 solat fardhu...subuh mesti bangun...


[youtube]E9wyWhes4K0[/youtube]

2 jenis ular untuk orang tak solat ( dlm kubur & neraka) bisa ular neraka ular khas dalam kubur khas untuk orang tak solat.


[youtube]WNVmCU61jmw[/youtube]


Quote manjalara_01 16-10-2017 03:43 PM
sixret replied at 16-10-2017 01:36 PM
Alhamdulillah. Yang penting berubah dan mancari ilmu selagi ada nyawa. tak kisah walaupun di hujung  ...

yes i agree with u

Quote manjalara_01 16-10-2017 03:49 PM
Edited by manjalara_01 at 16-10-2017 03:55 PM
prettyuglybabe replied at 16-10-2017 02:12 PM
zaman ni memang kena cerita aib sendiri ye untuk bagi org kagum?


u can choose to look at it..from the good side or bad side..of the situation...

i rs mungkin celebs ni nak kongsi pengalaman or kelemahan memasing for a good cause la..mcm Rosyam Nor pernah kata die x pandai mengaji..
jadi mungkin ramai kat luar sana...yg x pandai mengaji walaupun dah dewasa pun akan tergerak hati nak blajar mengaji..semula...
Quote Nadzfizz 16-10-2017 03:58 PM
Alhamdulillah
Quote diss69 16-10-2017 04:00 PM
semoga fafau terus istiqomah pada jalan yg benar..

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.202257 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top