CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Laki Aku Makan Ikan Duyung Ke?" - Wanita Terkejut Dua Pinggan Nasi Dicas RM100!

24-10-2017 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16185| Komen: 100|Original author: Oleh: Adib Za

Isu berkaitan makanan dicas mahal bukan satu perkara baru lagi. Namun, bila terkena batang hidung sendiri memang boleh meroyan dibuatnya.

Terkejut beruk! Dua pinggan nasi campur dicas RM100, siapa yang tak berasa hairan dan juga naik angin. 


Seorang netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan juga tidak faham mengapa nasi campur yang diambil sebanyak dua pinggan untuk dua orang boleh dicas sedemikian rupa. 


"Weh memang gini ke (harga makanan) kedai ni? Ke laki aku makan ikan duyung?"

Itulah yang dibangkitkan oleh netizen bernama Feyqa Maria ini menerusi laman Twitter.

Dia turut memuat naik gambar makanan dan juga resit yang 'luar biasa' itu.



Berdasarkan resit tersebut, harga nasi putih sahaja RM8 sepinggan, makanan udang sambal dicas RM36 dan juga RM46. 

Wanita ini berkata suaminya yang bertugas di luar kawasan, baru pertama kali pergi ke Pahang. Mereka mengambil keputusan makan di tepi jalan sahaja dan faham jika harga udang dicaj lebih mahal.

Namun, bukannya terus diletakkan harga hampir RM50 sepinggan itu. 


Pun begitu ada netizen lain memberi penjelasan harga udang galah sememangnya mahal. 

"Udang galah tu sis. Sekarang harga RM60 sekilo. So no wonder lahh kalau harge udang cengitu."


Apa pula pendapat anda? Berpatutankah harga dua pinggan nasi campur tersebut? - CARI 
7

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 24-10-2017 11:09 AM
udang mungkin mahal

tp motif nasi 8rggt ngn 4rggt

kejadah apa nyeee

air apa smpai 6 rggt?
Quote manehnya 24-10-2017 11:11 AM
lain kali sebelum makan tnya dulu,

aku p cuti kuching, anak teriak nk makan udang galoh tp besar lg la, display baik punya

dengar harga, mengucap mak, x payah le nak, mkn je udang laut tuh sedap jugak
Quote harrypoter 24-10-2017 11:14 AM
mcmana dia kira nasi putih tu? yg atas RM4...yg bawah RM8...ada 3 pinggan nasi ka?
udang tu kecik je pun
Quote prettyuglybabe 24-10-2017 11:28 AM
soalan yang nak tanya dulu, berapa orang makan ni?
kalau 5 6 orang punya bil, ok la tu harganya..
plus sorang amik 2 ekor udang..
tapi kalau hanya 2 orang punya bil, memang cekik darah la..
Quote CardiGans85 24-10-2017 11:28 AM
Udang galah ni klu yg besar mmg mahal..cuma kt kedai mhl semacam..biasa jumpa rm25 seekor utk besar mcm ni.

Len kali, jgn mkn udang/tya dl.
Quote bizplan 24-10-2017 11:30 AM
Kalo tgk pada apa yg dimakan tu logik la. Harga sekor udang galah kalo area pahang tak kira la rompin ke temerloh ke 25-50 seekor. Udang tu bukan udang laut yg rm25 sekilo. Nasi rm8 tu siap ada sayur n sotong. Logik jugak tu.

Moralnya datang tempat orang nak makan tanya dulu harga bukan bila dah nak bayar mahal pastu viral.
Quote appleGold 24-10-2017 11:33 AM
mahainya nasik putih
Quote L_Z 24-10-2017 11:34 AM
Emang harga udang..sotong mahal...
lain kali tanya dulu..baru cekau...bodoh..tu pon nak kena ajar....
..ko tu memalukan diri sendiri ja sikit sikit nak viral..
nak murah...ko beli masak sendiri ja bwk bekal sblm travel...choii
Quote bizplan 24-10-2017 11:35 AM
CardiGans85: Udang galah ni klu yg besar mmg mahal..cuma kt kedai mhl semacam..biasa jumpa rm25 seekor utk besar mcm ni.Len kali, jgn mkn udang/tya dl.


Kali beli kat pasar yg mentah pun yg size kecik dah rm45 sekilo. Yg saize besar rm80-100 sekilo. Tu yg mentah kan. Belum harga masak lagi.
Quote bizplan 24-10-2017 11:35 AM
L_Z: Emang harga udang..sotong mahal... lain kali tanya dulu..baru cekau...bodoh..tu pon nak kena ajar......ko tu memalukan diri sendiri ja sikit sikit nak ...


Masak sendiri oun mahal gak kalo udang galah ni..
Quote irwansuhadi 24-10-2017 11:37 AM
bangla jual udang galah lagi murah. sepinggan (ada 8-10 ekor) baru RM20.00. Tak pun RM25.00. Macam mana tu?
Quote allhaillll 24-10-2017 11:39 AM
udang memang mahal. dulu sekor pun rm15. tu pun ai tanya dulu. sebab betul ngidam, ambik je la.
Quote bizplan 24-10-2017 11:44 AM
irwansuhadi replied at 24-10-2017 11:37 AM
bangla jual udang galah lagi murah. sepinggan (ada 8-10 ekor) baru RM20.00. Tak pun RM25.00. Macam m ...

Kat mana tu boh? Kalo dekat bleh gi cari... lama dah x makan udang galah ni
Quote debab76 24-10-2017 11:53 AM
beras basmathi faiza ke sis smpi nak cas smpi 8 hinggit sepinggan?
Quote Skuau 24-10-2017 11:53 AM
satu kesalahan andai pekedai tidak meletakkn tanda harga....
Quote devilito2 24-10-2017 11:53 AM
udang mahal tu xde la isu sgt, tp yg pelik nasi tu kenapa lain2 harga mahal plak tu
Quote cekelatkopi 24-10-2017 11:55 AM
Nasi yg rm4 tu nasi+sayur kacang+kuah
Nasi yg rm8 tu nasi+sotong+sayur kacang+kuah.
Lobster tu mmg price mcm tu pun.  Air pulak rm6 adakah 2 gelas jus buah yg rm3 per gelas?

Price mcm kena je kak
Quote Catpaw 24-10-2017 12:03 PM
Udang galah memang mahai
Quote Catpaw 24-10-2017 12:04 PM
Dah jadi lauk dia up harga kemahennnn. Tapi  udang yg bukan galah pun mahal

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.073966 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top