CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Tempayan Berisi Tengkorak Manusia Ditemui Di Tronoh, Ipoh

25-10-2017 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5543| Komen: 28


sumber : FMT


Empat tempayan berisi empat tengkorak manusia ditemui di atas bukit di sebuah kawasan peninggalan lombong bijih timah berhampiran Kampung Baru Nalla dekat Tronoh di Ipoh semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Batu Gajah, Mohd Nasri Omar berkata kejadian sekitar pukul 1.30 petang itu disedari seorang kontraktor rintis Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melakukan kerja penyelenggaraan pencawang di lokasi berhampiran.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati empat tempayan berada dalam keadaan tersusun rapat dengan tiga daripadanya tertutup.” 

Tambah Mohd Nasri, tulang berkenaan akan dirujuk ke pakar patologi hari ini bagi mengenal pasti daripada pelbagai aspek termasuk usia tulang dan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.


"Puncak bukit itu dikelilingi ladang sawit yang tidak lagi diusahakan dan di sebelah kiri tiang elektrik terdapat lombong lama yang sudah tidak beroperasi kira-kira 17 tahun serta jirat Cina terletak kira-kira 10km dari lokasi kejadian."

Katanya, polis akan melakukan siasatan daripada pelbagai sudut berhubung perkara itu.- CARI
14

Bagus
27

Marah
28

Terkejut
55

Sedih
26

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (185 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 25-10-2017 10:20 AM
Baru tau ada kampung nama Nalla'
Quote shernazz 25-10-2017 10:28 AM
mesti nalla nalla orang sini..
btw..lama dah la tengkorak tu kan..tere pembunuh ni..gigih bawak tempayan jauh gitu
Quote insulin 25-10-2017 10:32 AM
Agaknya kepunyaan siapa la tu ye?
Quote bloodder 25-10-2017 10:34 AM
insulin replied at 25-10-2017 10:32 AM
Agaknya kepunyaan siapa la tu ye?

moyang kau
Quote lolita737 25-10-2017 10:35 AM
misteri sungguh ni..
Quote batmana 25-10-2017 10:43 AM
tempayan tu baru

aku rasa dibuat pemujaan ni.

amik mayat dari jirat gaknya
Quote idakamaruddin 25-10-2017 10:49 AM
upacara sembah ratu or upacara serah nyawa utk lombong tu kekal bg hasil mungkin

Quote CiliPadiSedap 25-10-2017 10:50 AM
dalam cari forum ramai dh hilang :
> rashiman ( ketua pemuda umno kawasan cari forum)
>peYno ( pengguna proton myvi)
>lava ( lgbt cari forum)
>GuaAnakMelaka (peminat buku siri bercakap dengan jin tamar jalis)

harap dpt dijumpai
Quote rospinki 25-10-2017 11:02 AM
CiliPadiSedap replied at 25-10-2017 10:50 AM
dalam cari forum ramai dh hilang :
> rashiman ( ketua pemuda umno kawasan cari forum)
>peYno ( pen ...

ada sekor lagi

adam apa tah nama dia
Quote arwenlotr 25-10-2017 11:03 AM
Mampukah csi merungkai misteri?
Quote CiliPadiSedap 25-10-2017 11:06 AM
rospinki replied at 25-10-2017 11:02 AM
ada sekor lagi

adam apa tah nama dia

sebenarnya yang hilang2 ni ada dalam group whatsapp. siapa masuk cari forum orang lama2 ada dalam group whatsapp tu mereka jimba kt sana.
Quote skinsandstars 25-10-2017 11:23 AM
CiliPadiSedap: dalam cari forum ramai dh hilang :> rashiman ( ketua pemuda umno kawasan cari forum)>peYno ( pengguna proton myvi)>lava ( lgbt cari forum)>Gua ...




Lucu lah awak ni.
Quote notyghosty 25-10-2017 12:02 PM
tringat pulak cerita, dulu2 kalau nak buat jambatan ke bangunan tinggi ke ada upacara tanam kepala utk bg bangunan or jambatan tu kukuh smpai bila2...
Quote shafik72 25-10-2017 12:11 PM
geng simen concrete ke?
Quote -electrifying- 25-10-2017 12:12 PM
CiliPadiSedap replied at 25-10-2017 10:50 AM
dalam cari forum ramai dh hilang :
> rashiman ( ketua pemuda umno kawasan cari forum)
>peYno ( pen ...

hahahaha
Quote Artemesiaa 25-10-2017 12:13 PM
Tak da budget so guna tempayan instead of keranda kot
Quote slavehunter 25-10-2017 12:17 PM
notyghosty replied at 25-10-2017 12:02 PM
tringat pulak cerita, dulu2 kalau nak buat jambatan ke bangunan tinggi ke ada upacara tanam kepala u ...

Itu memang betul. Aku dengar Genting highland tu dia sacrifice adik dia sendiri. Ada sesapa leh confirmkan adik dia memang lama dah takde?
Quote chinta89 25-10-2017 12:20 PM
harap2 terungkailah hasil ujian lps ni siapakah mayat2 tu
Quote SitiRopeah 25-10-2017 05:22 PM
rospinki replied at 25-10-2017 03:02 AM
ada sekor lagi

adam apa tah nama dia

Adam Bilionairen tu eh? hehehehe!

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.059695 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top