CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Isinya Lebih Manis Dari Kerang, Kepah. Jom Cuba Mentarang Bakar Di Sekinchan!

9-11-2017 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10564| Komen: 11|Original author: Oleh:Adib Za

Bagi penggemar makanan laut, antara menu yang tidak harus dilepaskan ialah siput mentarang. 

Seakan-akan kerang namun lebih panjang saiznya, mentarang sememangnya terkenal di Kuala Selangor hinggalah ke Sabak Bernam, Selangor.


Teringin merasainya sendiri, anda boleh singgah ke Faridah Mentarang Bakar yang terletak di kawasan Sungai Leman, Sekinchan. 

Tak sukar mencarinya, kerana jika anda menaip nama mentarang di Google, pasti nama restoran ini muncul di atas sekali.


Memetik Projek MMO, pemiliknya Faridah Abdul Rahman, 50 merupakan antara pelopor mentarang bakar di situ sejak 2010. 

“Pada mulanya saya seperti peniaga lain yang menjual mentarang dan pisang goreng di tepi jalan.


“Tidak ramai yang membeli mentarang ketika itu kerana mereka tidak tahu cara memasak dan memakannya. Kuih pisang pun kadang kala sehari dapat jual RM1 sahaja.

“Kebetulan pada satu hari seorang anggota polis datang menegur dan bertanya: “Makcik, kenapa tidak masak saja mentarang ini?

“[Katanya] ‘Di tempat saya di Melaka semua makanan laut dimasak bukan dijual dengan mentah-mentah. Buatlah apa saja, rebus atau bakar, asalkan masak, baru orang beli’.”


“Cadangan itu membuatkan saya terfikir dan apabila pertama kali dijual secara bakar, saya tidak sangka hari itu berderet kereta berhenti di tepi jalan untuk membeli di gerai saya," ceritanya. 

Apa yang menarik tentang mentarang ialah isinya lembut dan lebih manis berbanding dengan makanan laut lain. 

Selain dibakar, mentarang di restoran ini dimasak sup, lemak cili api, tumis cili api, kari, rebus, goreng tepung dan sebagainya. 


Dari segi harga pula, ia ditawarkan RM18 untuk 500 gram untuk bakar, manakala yang sudah dimasak berharga RM20 untuk berat yang sama. 

Teringin menikmati mentarang? Jomlah ke sini di Sekinchan. - CARI 



Foto Projek MMO
9

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
57

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bie_2005 10-11-2017 01:56 AM
Pernah makan ni..sedap la jugak..
Quote Jorja 10-11-2017 02:12 AM
Omg teringat kerang bakar cicah sos asam..only in malaya
Quote patchipink 10-11-2017 02:16 AM
memang sedap sgt, juicy lembut lemak manis isi nya.
Kalo lalu di area k.selangor mesti singgah beli then balik masak tumis cili je memang sodappp thorbaikkk!
nanti nak try bakar plak
Quote diss69 10-11-2017 09:51 AM
bie_2005: Pernah makan ni..sedap la jugak..

akk xprnh try..sebab kerang kerangan akk xbrapa suka sngt..tp ramai ckp sdp,nnti laa nk try..
Quote deathacker 10-11-2017 09:51 PM
Selalu nampak org jual mentarang ni klu nak ke Sg Besar,tp x terlior pun. Sbb aku cuma mkn
kerang je.selain dr tu x blh masuk.
Quote pinkypetal 10-11-2017 10:08 PM
Tak pernah makan.
Quote precious_chicas 11-11-2017 03:07 AM
kalau time wat bbq ada beli kerangan, ai suka letak dalam aluminum foil then campak garam, daun kunyit dan serai hiris halus2. bungkus elok2 aluminum foil tu then letak atas bara api. lepas 10mins dah boleh angkat makan...dia punya taste serai/daun kunyit tu mmg blended dgn kerangan.
Quote Ratutulip 28-11-2017 12:38 PM
mcmana nk bersihkn dia ya?... sbb pernah beli sekali dulu rendam 2jam... lepas tu buat rebus... ada mcm pasir2 lg...
Quote zasssssss 30-11-2017 03:23 PM
aritu p terjah gerai faridah tp tak kena pada tekak...
Quote SalenaGomez 17-1-2018 06:40 PM
precious_chicas: kalau time wat bbq ada beli kerangan, ai suka letak dalam aluminum foil then campak garam, daun kunyit dan serai hiris halus2. bungkus elok2 aluminum  ...

Wow nanti sg nak try
Quote msdummy.2018 22-1-2018 06:10 PM
xpernah try..kat KL xder ker???

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.041541 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top