CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

4 Jenis Penginapan Percuma Semasa Travel, Tak Perlu Bayar Sesen Pun

15-11-2017 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9663| Komen: 45|Original author: Oleh: Myra Rozi

Mengembara ke serata pelosok dunia memang dah jadi trend anak muda sekarang. Tiket kapal terbang pun dah murah, mahu apa lagi?

Rugi kalau tak rebut peluang ketika badan masih sihat untuk melihat keajaiban Tuhan di negara orang lain. Tapi biasalah, bajet juga perlu diambil kira.

Harga tempat penginapan, pengangkutan, makanan dan sebagainya. Jadi bagi meringankan beban, sebenarnya ada cara untuk mendapat penginapan percuma tanpa keluar duit satu sen pun semasa mengembara.

Tak percaya kan? Menurut laman web Kaki Sini, ini caranya:

Tumrum

Foto: kaki.sini.com.my

Tumpang rumah kawan dan saudara-mara di negara yang anda lawati. Cara ini paling bagus bukan sahaja ianya menjimatkan duit, tapi boleh mengeratkan silaturrahim.

Jangan pula ambil kesempatan, bawalah sedikit buah tangan dari Malaysia seperti bahan-bahan masakan dan boleh masak sama-sama. Ringankan tangan untuk membantu mereka mengemas rumah, mop lantai dan lain-lain.

Couchsurfing

Foto: kaki.sini.com.my
Sama konsep macam Tumrum tapi kali ini tumpang di rumah orang yang tidak dikenali. Caranya cuma berkenalan dengan mereka di laman web komuniti Couchsurfing.

Tuan rumah dipanggil Host, manakala pengembara dikenali sebagai Surfer. Berhati-hati jika menggunakan cara ini, selidik dulu latar belakang Host anda.

Warmshowers

Foto: Warmshowers.org
Ia merupakan komuniti bagi mereka yang mengembara secara berbasikal. Syarat utama anda kena bersedia untuk menjadi Host kepada pengembara berbasikal lain yang akan datang ke negara anda pada masa akan datang.

Cara ini paling syok sebab boleh tahu selok belok sesuatu tempat dengan lebih baik kerana anda dikelilingi kawan kembara yang merupakan penduduk tempatan.

Wwoofing

Foto: Wwoofing.org.uk
Kalau anda seorang yang sukakan bidang pertanian, ini cara terbaik. Anda akan tinggal bersama peladang organik yang akan menawarkan makanan dan penginapan percuma.

Syaratnya, bekerja dengan mereka sekitar 4-6 jam sehari. Tapi anda kena bayar yuran dahulu untuk menjadi ahli Wwoofing, dan harganya berbeza mengikut negara.

Jadi rasanya mana satu pilihan anda? -CARI
11

Bagus
10

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 15-11-2017 05:39 PM
tk koser la nk tumpang rumah org klu bercuti kecuali mmg rapat mcm adik beradik
Quote sherry70 15-11-2017 05:49 PM
kalau  umah  beradik blh la tumpang , kalau sedara or kawan baik tak payah p ( baik kerja ada xtra $ baru p ) sorry la not my kind of holiday.
Quote jane_hopper 15-11-2017 07:58 PM
Ada sstgah traveller suke guna airbnb kan? Tgal ngn host sekali, tp ntah la, jane x biasa tgal ngn org yg x kenal, tp yg untungnya murah especially kalo travel ramai2 & host pun byk bantu kalo ada nk mintak tolong apa2, selalu book agoda jer
Quote Jorja 15-11-2017 08:06 PM
Tumrum {:smile comelnya term
Quote nhazlin 15-11-2017 08:57 PM
Jorja replied at 15-11-2017 08:06 PM
Tumrum {:smile comelnya term

Kan! First time dengar term ni!
Quote Peterpan17 15-11-2017 09:03 PM
Klu takde duit jgnlah travel. Apa hal mcm pengemis merempat tumpang sana sini. Menyampah pula aku baca.
Quote uda 15-11-2017 09:50 PM
jane_hopper replied at 15-11-2017 07:58 PM
Ada sstgah traveller suke guna airbnb kan? Tgal ngn host sekali, tp ntah la, jane x biasa tgal ngn o ...

Airbnb: boleh pilih samada nak tinggal dengan host atau sewa the whole place.
I selalu guna airbnb and sewa the whole apartment.
Quote jane_hopper 15-11-2017 10:26 PM
uda replied at 15-11-2017 09:50 PM
Airbnb: boleh pilih samada nak tinggal dengan host atau sewa the whole place.
I selalu guna airbn ...

Mksudnya kene pilih host yg mmg ada provide rental whole apartment la yer? Sbb kalo host tu mmg itu jer rumah die meaning kene dok sekali la kan?
Quote saladin780 16-11-2017 09:23 AM
Peterpan17 replied at 15-11-2017 09:03 PM
Klu takde duit jgnlah travel. Apa hal mcm pengemis merempat tumpang sana sini. Menyampah pula aku ba ...

kan..busuk ah ko takde duit nak travel gak

couchsurfing tu dulu ok..tp sekarang ni aku kt tenet baca banyak citer x best gituh..ramai backpackers busuk ni amik kesempatan nak travel ala2 cheapskate..paling scary kena rogol ngan host pun ada
Quote uda 16-11-2017 09:40 AM
jane_hopper replied at 15-11-2017 10:26 PM
Mksudnya kene pilih host yg mmg ada provide rental whole apartment la yer? Sbb kalo host tu mmg it ...

Kat webpage tu boleh pilh and tandakan (tick) utk whole apt/house
Quote samasam90 16-11-2017 10:31 AM
tapi meleis yg menumpang sgt peramah.. peramah yg sampai makanan pun kita yg sediakan, kita yg cuci piring pinggan mangkok..
Quote Artemesiaa 16-11-2017 10:36 AM
Tak minat nak bercuti cara ni tak suka menyusahkan orang lain dan kurang privaci.  Lebih baik bagi cukup tabung dulu sebelum nak kemana2.  
Quote Peterpan17 16-11-2017 11:09 AM
saladin780 replied at 16-11-2017 09:23 AM
kan..busuk ah ko takde duit nak travel gak

couchsurfing tu dulu ok..tp sekarang ni aku kt ...

kan. dok hostel pun aku rasa lg bagus dr merempat kat rumah org.
Quote syue86 16-11-2017 12:24 PM
pernah la stay umah kwn sbb mak die n die giler2 ajak
sudahnya myesal..klu ku tau better duk dorm je..aman2
Quote pinkpunk 16-11-2017 01:34 PM
x kose nak menempel umah org.. baik duk hostel..
Quote nisako 16-11-2017 04:20 PM
kalo x de duit x yah travel. nape nak menumpang pulak cm pengemis je
Quote matabesar 16-11-2017 05:09 PM
Peterpan17 replied at 15-11-2017 09:03 PM
Klu takde duit jgnlah travel. Apa hal mcm pengemis merempat tumpang sana sini. Menyampah pula aku ba ...

betul tu. kalau nk travel sgt amik dorm yg sekali share 10 org pun tkpe dr tumpang. buat kena cerca aje di blkg kita
Quote Peterpan17 16-11-2017 10:26 PM
matabesar replied at 16-11-2017 05:09 PM
betul tu. kalau nk travel sgt amik dorm yg sekali share 10 org pun tkpe dr tumpang. bua ...

Kan, aku mmg meluat dgn geng2 saya berjaya travel ke Europe dgn budget RM5 selama 2 minggu. Ptui!! dah ko travel mcm pengemis, merempat. Takde duit dok diam2 dlm rumahlah.
Quote ninja boy 17-11-2017 04:39 AM
duk hostel aja senang tak meyusahkan org
kalau tumpang rumah biasa rakan2 rapat  yg masih bujang je sambil ajak sembang mengeteh

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.069500 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top