CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Minyak Naik Berterusan Mencabar Kesabaran Rakyat...

16-11-2017 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3759| Komen: 22

Ramai yang merungut malah melempiaskan rasa marah kerana kenaikan harga minyak berterusan dalam beberapa minggu ini dianggap mencabar kesabaran rakyat.

Sudahlah rakyat sedia susah dan perit dengan pelbagai cukai termasuklah GST serta kenaikan harga barang keperluan lain. 

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kenaikan itu juga memperlihatkan sikap kerajaan yang tidak mempedulikan rungutan rakyat bawahan.

Sinar Harian melaporkan, Pemuda Pakatan harapan (Harapan), NGO dan gerakan anak muda mengambil keputusan untuk berkampung di Parlimen pada jam 12.01 pagi, 21 November ini. 

Foto Sinar Harian
"Kita menyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama-sama dalam protes ini bagi memastikan harga bahan api turun dan stabil," katanya.


Semalam, harga baru minyak yang diumumkan oleh KPDNKK memperlihatkan kenaikan kesemua jenis petrol dan diesel. 

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noell 16-11-2017 02:13 PM
sapa budak neh??peserta ceria pop star ka?
Quote moonbug 16-11-2017 02:16 PM
Bila pilihanraya niiiii
Quote cocorex 16-11-2017 02:21 PM
kenapa xbuat weekend?..confirm jem nnt
Quote trakea 16-11-2017 02:22 PM
Macai sekor tu tertekan harga minyak naik lagi mau perasan konon orang lain semua pun macai sengkek macam dia jugak
Quote nisako 16-11-2017 04:18 PM
tension tul asyik naik je............gaji x naik2
Quote scorpionkiki 16-11-2017 04:41 PM
terimakasih najib kerana berusaha menjadikan harga minyak lebih murah dari.minggu seterusnya
Quote dinopower2 16-11-2017 04:52 PM
noell replied at 16-11-2017 02:13 PM
sapa budak neh??peserta ceria pop star ka?

sis @dodolgemokgila
Quote pearl.silver 16-11-2017 04:57 PM
Mencabar sgt teritama untuk org baru mula bisnes xde income sgt lg..
Quote Lagubestbest 16-11-2017 04:58 PM
Cukai kereta 300% tu kami minta 50% masuk jadi subsidi minyak.
Quote dodolgemokgila 17-11-2017 07:42 AM
dinopower2 replied at 16-11-2017 04:52 PM
sis @dodolgemokgila

Nokharom
Quote Bedah.Cun 17-11-2017 08:36 AM
AI bersyukur sangat, yang. Kenaikan neh sebenarnya tak cukup lagi, harus ditambah lagi supaya kita lebih berdaya saing dengan Amerika
Quote SWORKS27 17-11-2017 08:39 AM
bukan sotong rafizi ke cadang harga minyak minggu2 ni>?
Quote kasibiman 17-11-2017 08:49 AM
noell replied at 16-11-2017 02:13 PM
sapa budak neh??peserta ceria pop star ka?

Hahahahaha... Winnnn
Quote NAT_11 17-11-2017 09:10 AM
SWORKS27 replied at 17-11-2017 08:39 AM
bukan sotong rafizi ke cadang harga minyak minggu2 ni>?

APASAL ikut cakap RAFIZI.................????
Dah tahu dia sotong, kau masih ikut cakap dia.
SAPA YANG BODOH, SEBENARNYA............................
Quote ~anya~ 17-11-2017 09:13 AM
Naik lagi... babi betollah..
Quote katowjo 17-11-2017 09:14 AM
rakyat malaysia ade 1.6 juta je..bila kami marah?..kami redho je...asalkan boleh bonus..kami paham kerana "nothing is free" kan..
Quote SWORKS27 17-11-2017 09:18 AM
NAT_11 replied at 17-11-2017 01:10 AM
APASAL ikut cakap RAFIZI.................????
Dah tahu dia sotong, kau masih ikut cakap dia.
SAP ...

suka hati aku la nk naikkan harga minyak..minyak tu aku yg kawal...
Quote NAT_11 17-11-2017 09:26 AM
SWORKS27 replied at 17-11-2017 09:18 AM
suka hati aku la nk naikkan harga minyak..minyak tu aku yg kawal...

EKONOMI pulak NAJIB yang kontrol. Suka hati dialah nak cakap EKONOMI
MALAYSIA ON THE RIGHT TRACK sedangkan sebenarnya.......JATUH MERUNDUM,
KATA BANK DUNIA SEMALAM.

Dalam laporan tersebut Bank Dunia dikatakan menyifatkan ekonomi Malaysia: “Risiko utama yang dihadapi untuk berkembang datangnya daripada dasar ekonomi, pembangunan geopolitik dan harga komoditi yang tidak menentu”.

Sementara kebanyakan ekonomi Asian meningkat, Malaysia mengundur ke belakang, dan ia disebabkan Malaysia gagal mengadaptasi keadaan ekonomi domestik dan global.

Laporan itu juga menurut The Coverage, turut menyatakan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada dua ekonomi Asian yang hutang isi rumahnya “melebihi 70% KDNK”. Ramai pakar ekonomi menyimpulkan bahawa gelembung hutang Malaysia tidak lama lagi akan pecah.

Pegawai Bank Dunia dalam urusan ekonomi Malaysia, Farid Hadad-Zervos baru-baru ini memberi amaran: “Soalan asas dalam hal ini ialah, apakah sebenarnya makna KDNK dalam kehiduapan rakyat Malaysia?”.

Dalam lawatannya yang gagal ke AS, Najib dilaporkan berkata pertumbuhan 5.2% ekonomi Malaysia “membuatkan ekonomi yang mendahului iri hati”. Respons segera dalam hal ini ialah: “Pertumbuhan ekonomi Iraq 11%, Bangladesh 7% dan pertumbuhan ekonomi Ethiopia 7.6% pada tahun lepas – apakah ekonomi yang mendahului juga turut iri hati?”

Hakikatnya Malaysia berada di belakang jiran-jiran Asiannya.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kadar pengangguran anak muda di Malaysia meningkat mendadak kepada 12% dan terus meningkat. Kajian Bank Negara mendapati tiga daripada empat orang rakyat Malaysia mendapati sukar untuk mendapatkan RM1,000 dalam keadaan kecemasan.

Dalam ucapan-ucapan beliau, kata laporan itu selanjutnya, Perdana Menteri Najib Razak telah memalsukan data-data ekonomi, memetik bahagian tertentu sahaja daripada laporan yang dibuat, dan berusaha mencantikkan wajah ekonomi Malaysia kerana dalam politik Malaysia, beliau berada dalam keadaan tidak stabil.

Quote SWORKS27 17-11-2017 09:42 AM
NAT_11 replied at 17-11-2017 01:26 AM
EKONOMI pulak NAJIB yang kontrol. Suka hati dialah nak cakap EKONOMI
MALAYSIA ON THE RIGHT TRACK  ...

ahhh..najib sama rafizin dua2 samaaa jaaaa

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.413620 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top