CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Sedapnya! Tapi Ramai Kata Kedai Mamak Tak Bersih...

20-11-2017 11:58 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 9968| Komen: 22

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Mamak teh ais satu roti banjir satu itu adalah antara menu yang memang selalu kita akan order apabila singgah ke kedai mamak. Tidak kiralah pagi ke malam ke memang mamak menjadi tumpuan rakyat Malaysia.


Tapi sebenarnya tujuan kebanyakan orang datang makan dekat mamak ini bukan hanya untuk hilangkan lapar sahaja. Tapi sebenarnya konsep mamak itu sendiri yang lebih kepada memberi ruang untuk orang kita berkumpul dan menghabiskan masa.

Cuba tengok kadang-kadang orang datang mamak ini bukan hendak makan sangat hanya order teh tarik satu jer tapi duduk situ berjam-jam. Kadang-kadang tu hanya untuk melayari internet atau paling best nak bersama kawan-kawan kaki bola tengok perlawanan bola kegemaran masing-masing.

Sebab itu adalah punca utama restoran mamak di Malaysia walaupun ia berada di mana sekali pun mampu maju sehingga nama pun mereka letak maju sebab memang kedai mereka maju. Konsep lebih kepada perjumpaan tidak formal antara kawan-kawan itu yang diterapkan di kedai mamak ni.



Nak kata sedap sangat makanan kat kedai mamak tu tidak juga kalau makan contoh Nasi Lemak langsung tidak rasa Nasi Lemak. Sambal masam sangat dan nasi langsung tidak letak santan tapi cas harga boleh tahan mahal. Cuma kalau makan macam kari atau dhal serta roti mereka ok lah boleh alas perut. Tapi tetap orang suka datang makan kat kedai mamak entah kenapa?

Itu yang bestnyalah bila berada kat kedai mamak ni tapi ada juga kedai mamak ini yang sahaja ambil lewa tentang isu kebersihan. Baru-baru ini tular kedai mamak yang popular kar Putrajaya Presint 9 kena arah tutup sebab isu kebersihan.

Juga kita tengok dalam akhbar bila tulis tentang isu kedai makan diarah berhenti operasi oleh majlis perbandaran mesti melibatkan kedai mamak. Betul ke kedai mamak ni memang macam ni kotor dan tidak menjaga kebersihan.

Nak jadikan cerita satu hari tu saya pergi sebuah kedai mamak ni di area rumah. Sebab kawan ajak minum-minum sambil sembang-sembang hal dunia blog ini. Order satu air teh tarik dan roti kosong banjir. Lepas makan tiba-tiba perut rasa sakit nak ke tandas.
Masa melalui kawasan tandas tu sendiri pun dah nampak ada perkara yang mereka tidak jaga kat situ. Bahan makan diletakkan di kawasan yang tidak sepatutnya dan bersepah-sepah. Kemudian barang untuk membasuh pinggan mangkuk pun mereka campur sekali dengan bahan mentah. 


Kalau betul-betul kita masuk kadang-kadang risau juga tentang kebersihan kedai makan mamak ni. Saya tak tuduh semua kedai mamak macam tu tapi apabila terlalu banyak isu kedai mamak yang diarah tutup kerana masalah kebersihan jadi risau pula.

Tu baru bab kebersihan belum masuk lagi tentang pekerja mereka yang ada datang daripada India dan bukan beragama Islam. Betul ada satu kedai mamak ni Maha masuk nak order minuman pun mereka langsung tidak faham. Siap kena panggil kawan translate apa yang kami nak order tu. Bila tanya dia kata kawan baru datang dari negara India.

Jadi kat situ ada juga ketidaktelusan dalam isu pengambilan pekerja asing di restoran mamak ini. Tambah-tambah restoran yang letak ayat suci Al Quran tapi pekerja ada yang bertato dan juga bukan beragama Islam. Takut bila pergi tapi nak buat macam mana resotran mamak selalu menjadi pilihan.

Mungkin pihak yang berwajib kena selalu pantau restoran mamak ini mereka tak kebal juga pada undang-undang. Kalau ada yang salah ambil tindakan. Kita sebagai pengguna juga kena sentiasa melaporkan kepada pihak berwajib tentang apa sahaja perkara yang tidak betul di restoran mamak ni.


Jangan asyik nak tularkan kat sosial media nanti yang popular mereka juga yang makin ramai orang datang kat restoran mamak juga. Apa pun yang penting pilihan ditangan kita kalau rasa kita tak boleh makan dekat restoran mamak banyak lagi restoran lain yang lebih baik dan makan pun sedap-sedap betulkan.

Apa pun jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu boleh lemparkan segala pandangan anda dan idea tentang isu yang boleh Maha kupaskan dimasa akan datang. Sekadar perkongsian dan mungkin ada perkara yang boleh diambil tindakan olah pengusaha kedai makan, kita sebagai pengguna dan juga pihak yang berwajib. Selamat menjamu selera semua.
14

Bagus
23

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
19

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 20-11-2017 12:02 PM
kotor tu bkn sebab mamak, its individual punya attitude..kedai melayu pn baper byk dpt notis tutup mcm lemang tersohor kt bentong tu
Quote salmon-suki 20-11-2017 12:37 PM
Tmpt sy byk sgt kdai mamak..tp cme satu je kedai mamak y sy bley pegi..tu pn pegi kalau dah lapar sgt..lau x,mmg xpegi laa sbb lauk kari je tiap2 hari..sayur satu jenis aje,kdg2 xde sayur..dh ler pernh jmpe bulu dlm nasik..muntah trus..geli dowh..
Quote nisako 20-11-2017 01:13 PM
x minat kedai mamak ni.............
Quote nejina 20-11-2017 01:36 PM
huhu semalam aku pi makan roti nan cheese konon lepas terbace viral tu yg berangan pi kedai mamak tu. dah le aku particular sket bab kebersihan ni, boleh pulak ternampak sorg pekerja dia ni kaut air dp tong ice yg serius aku rase agak kotor n lepas tu dia xpi cucu tangan selambe je pegang makanan customer pulak. choii mmg xlah aku nak pi kedai tu lg {:cryrun
Quote nejina 20-11-2017 01:36 PM
huhu semalam aku pi makan roti nan cheese konon lepas terbace viral tu yg berangan pi kedai mamak tu. dah le aku particular sket bab kebersihan ni, boleh pulak ternampak sorg pekerja dia ni kaut air dp tong ice yg serius aku rase agak kotor n lepas tu dia xpi cucu tangan selambe je pegang makanan customer pulak. choii mmg xlah aku nak pi kedai tu lg {:cryrun
Quote kivio 20-11-2017 03:32 PM
Panjang2 citer berjela2.
Cakap jela kedai mamak kotor.

Nak beralas2 mende
Quote @pplegreen 20-11-2017 03:32 PM
kedai mamak susah nk cari yg betul bersih. gelas pon cuci main rendam2 jew x la nk pakai span cuci
Quote palmolive 20-11-2017 03:57 PM
kedai mamak ni bukan pasal dia sedap..
tp pasal dia boleh lepak lama2..
pahtu ko mintak la apa2 ngan mamak..semua ok..semua ada..
Quote deltoid 20-11-2017 04:04 PM
Kedai mamak area aku semua bersih saja
Quote Artemesiaa 20-11-2017 04:26 PM
Ramai yang pilih sebab service cepat dan mamak tak marah kalau dia orang nak lepak lama2 janji ada order.  Bab kebersihan ikut tuan punya kedai tu sebenarnya.  Ada yang bersih dan tak dinafikan ada je yang kotor.  Tak kira kedai mamak atau kedai melayu sama je.
Quote rogayahtop 20-11-2017 04:43 PM
Pilihla mamak yg bersih. Banyak je mamak dah berkonsep open kitchen boleh nampak depan belakang. Lately akak rasa lunch kat mamak jauh lg murah dari alternative lain.

Paling senang nak tgk restoran yg betul2 bersih check je tandas dulu. kalau tiles berkarat, toilet bowl berkulat, maksudnya mmg tak ada schedule cuci tandas. tak mustahil dapur pun tak pernah bercuci.

toilet seat tu rm10 je kat mr diy. kalau sebulan sekali tukar pun baru rm120 setahun.
Quote LostStar 21-11-2017 06:10 PM
kedai mamak, ade satu kedai ni aku suke p.. kiri kanan depan blakang semua dia pasang cctv.. kirenya tak boleh nak buat onar atau kotorkan dapo la.. da la tempat masak dia pon kat depan.. mmg xde la benda yg tertutup kecuali toilet.. toilet pon kne musing ke luar dari kedai ni.. suke kedai ni.. owner dia xtaw la sapa.. yang penting pekerja dia kalau bab sembang hal artis tamil..kemainnn depa.. haha
Quote samasam90 21-11-2017 09:20 PM
kivio replied at 20-11-2017 07:32 AM
Panjang2 citer berjela2.
Cakap jela kedai mamak kotor.


takkanlah tt nak berassalamualaikum dan selamat sejahtera semua. kedai mamak kotor.

foto by google

Quote emelia1509 21-11-2017 11:18 PM
sesekali sedap jugak pekena kari ikan tenggiri n sayur mamak..
kedai lain pun banyak je yang kotor tapi mamak memang yang selalu disebut kot..
Quote kivio 22-11-2017 08:56 AM
samasam90 replied at 21-11-2017 09:20 PM
takkanlah tt nak berassalamualaikum dan selamat sejahtera semua. kedai mamak kotor.

foto by go ...

Boleh jugak
Quote ahcun90 24-11-2017 05:31 PM
tak semestinye.......
Quote namr 24-11-2017 07:07 PM
Suka pegi mamak sbb boleh lepak lama2..
Quote ReeArahaz 27-11-2017 11:23 AM
aku xtau nak cakap ape...tapi aku dah 2 kali terkene makan roti canai kat kedai org melayu .
1st aku makan roti canai aku jumpa bulu kaki!
2nd aku makan roti canai kuah dhal basi!
selama aku makan roti canai kedai mamak xde lagi insiden macam aku kena kat keadi melayu
Quote AmyOpy 29-11-2017 12:36 PM
kotor atau xpun pun tetap kedai mamak penuh gak

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.075056 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top