Siapa tak pernah makan Sotong Kangkung? Ada juga yang memanggilnya rojak sotong atau rojak sotong kangkung. Kalau nak makan di luar, agak mahal juga harga sepinggan yang dijual. Jadi, apa kata kita buat sendiri Rojak Sotong Kangkung ni. Jangan risau, tak susah mana pun sebenarnya. Jom, semak resipinya! Bahan-bahannya: 2 cekak kangkung, siang, cuci bersih dan toskan 2 ekor sotong kembang, saiz sederhana Bijan secukupnya, disangai hingga wangi Kacang tanah tumbuk secukupnya (atau kisar sederhana halus) Beberapa titik minyak bijan Bahan sos: 2 camca besar cili kisar 1 camca besar sos hoisin 2 camca besar sos plum 4-5 camca besar petis 1 camca besar kicap pekat 2 camca besar kicap manis Gula secukupnya 1 cawan air (Boleh tambah sedikit belacan jik amahu) Cara membuat sos: 1. Tumis cili kisar hingga harum. 2. Masukkan sos hoisin dan sos plum, kacau rata. 3. Tambah petis, kicap pekat dan kicap manis, kemudian kacau dan tuang air. Kacau hingga sebati dan renihkan hingga sos pekat. Sesuaikan rasa. Biar sejuk. Cara membuat Sotong Kangkung: 1. Bersihkan sotong dan potong kiub pada saiz sederhana. 2. Celur ke dalam air mendidih bergaram selama 1-2 minit, angkat dan toskan. 3. Celur kangkung dalam air mendidih bergaram yang di tambah sedikit minyak makan selama 30 saat. Kemudian, angkat, toskan dan rendam dalam air berisi air batu. Bila kangkung sejuk, toskan hingga kering. Cara menghidangnya: Susun kangkung dan sotong dalam bekas bersesuaian. Tuang sos ke atas sotong tadi dan ratakan. Kemudian, tabur bijan dan kacang tanah, letak sedikit minyak bijan jika mahu. Hidangkan segera dan siap dinikmati! Amacam? Senang saja kan nak buat Sotong Kangkung ni. Selamat mencuba ya! - CARI Kredit resipi: Blog Mat Gebu
|
7
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 21-11-2017 04:29 PM
semua masakan sebenarnya nampak senang bila tgk cara2 nk masak n penyediaan bahan2..
tp nk sedia ...
syue86 replied at 22-11-2017 08:45 AM
setuju gak dgn your point
tjadi gak kt ai
dh la sorang
syue86 replied at 22-11-2017 08:45 AM
setuju gak dgn your point
tjadi gak kt ai
dh la sorang
chinta89 replied at 21-11-2017 04:29 PM
semua masakan sebenarnya nampak senang bila tgk cara2 nk masak n penyediaan bahan2..
tp nk sedia ...
kimchipedas replied at 21-11-2017 06:11 PM
Oh my peberet tp beli je nyah senang..
ADVERTISEMENT