Terkejut dibuatnya bila melihatkan sekeping gambar yang menjadi tular ini. Menerusi gambar kolaj itu, seorang wanita, Kiyenia Booker, 40 didakwa merupakan ibu kepada dua lagi gadis dalam gambar berkenaan.
Ramai yang tidak dapat meneka, mana satu anak dan mana satu ibu. Malah, ada juga yang mendakwa wanita berkenaan menipu dan menyamar kononnya sebagai ibu kepada dua gadis itu sedangkan dia adalah kakaknya. Namun, sebenarnya ia merupakan satu kisah benar. Memetik Oddity Central, Booker dari Nova Scotia ini sememangnya ibu kepada K'Lienya, 18 dan juga Koleiya, 16. Dia berkongsi dua keping gambar (kolaj) ketika masih kecil dan juga situasi terkini mereka. Memang kedua orang gadis itu semakin dewasa namun menakjubkan ibunya kekal muda malah tak nampak sinci kedutan pun.
"Apa rahsia awet muda awak ya?" Awak nampak makin cantik dan muda dalam gambar yang baru tu.." tulis seorang netizen. Booker sebelum ini sudah mempunyai 60,000 orang pengikut di Instagram kerana mempunyai bakat dan teknik menggayakan rambut yang luar biasa. Namun, selepas menjadi tular gara-gara gambar kolaj itu, dia kini mempunyai hampir 100,000 pengikut secara mendadak! Selain dua orang anak perempuan ini, Booker juga mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia 4 tahun. Selepas dikritik kononnya menipu, Booker terus memuat naik beberapa keping lagi gambar dia bersama anak perempuannya itu sebagai bukti yang dia bercakap benar. Dia juga mengakui berasa agak terluka dengan komen negatif netizen yang menuduhnya menipu. - CARI |
19
Bagus |
11
Marah |
18
Terkejut |
17
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT