CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seni Bina Masjid Cina Di Melaka Memukau, Persis Istana Maharaja..

20-12-2017 12:21 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 6637| Komen: 5|Original author: Oleh: Faizal

Sekali melangkah, terasa seperti berada di laman istana Maharaja Cina. Salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan masyarakat di Melaka ialah terbinanya masjid Cina. 

Masjid yang dibina atas tapak seluas 2.8 hektar itu, menelan kos RM7.5 juta serta menjadi satu daripada tujuh masjid kerajaan negeri di Melaka.


Masjid ini mula beroperasi pada 29 Syaaban 1435 H bersamaan 27 Jun 2014 dan Solat Jumaat pertama telah diadakan pada 06 Ramadhan 1435H bersamaan 04 Julai 2014M. Dalam satu-satu masa, masjid ini mampu memuatkan jemaah kira-kira 2000 orang.

Keseluruhan konsep seni bina masjid ini diilhamkan daripada seni bina masyarakat China yang didapati daripada kajian masjid serta seni bina di sekitar Beijing, Shanghai dan Xian. 

Bagi anda yang ke sini jangan lupa untuk menjadikan Masjid Cina Melaka sebagai tempat untuk anda lawati.




Bagi yang pertama kali melangkahkan kaki ke dalam masjid ini, sudah pasti membuatkan mata terpukau. Apa tidaknya, masjid yang dibina atas usaha Persatuan Cina Muslim Melaka (PERTIM), bersama-sama dengan dana daripada masyarakat setempat, sangat menggamit pemandangan yang indah.

Ciri-ciri bangunan masyarakat cina terbina dengan indah. Warna asas merah putih dan juga bentuk bangunan yang seakan-akan tokong menguatkan lagi ciri-ciri seni bina cina yang ada pada masjid ini. 

Disebabkan kecantikan masjid ini jugalah, maka tempat ini pun menjadi tempat yang best untuk bergambar. Tak hairanlah, di sini juga adakalanya menjadi tempat shooting untuk album perkahwinan.


Untuk pengatahuan semua, lokasi masjid Cina ini berada di daerah Krubong Melaka. Masjid ini dibina berdekatan dengan Stadium Hang Jebat Melaka. Lokasi ini mungkin memudahkan para peminat bola sepak yang datang ingin menonton perlawanan secara langsung di stadium ini.

Kalau nak lebih mudah anda cari sahaja di google map atau waze dengan carian "Masjid Cina Melaka". Nak lagi mudah, nah koordinat masjid ini (2.2959235,102.1952413,13). Copy paste koordinate ni. Sampai la nanti.

Jadi, jika anda becuti ke negeri Melaka, jangan lupa singgah ke masjid ini. Dekat je. Kira-kira 30 minit je dari Bandar Hilir.

Selamat bercuti! - CARI 
10

Bagus
1

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cari-Faizal 20-12-2017 01:48 PM
Jangan lupa singgah kalau ke melaka
Quote nisako 20-12-2017 02:11 PM
wah cantik juga................
Quote shailyvelera 21-12-2017 02:31 PM
menarik....
Quote nightwinkle 21-12-2017 05:19 PM
pegi masjid ni bulan lepas...mmg cantik masjid ni
Quote notsospecial007 29-12-2017 03:49 PM
menarik ni.. boleh masuk list cuti2 melaka

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.083911 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top