CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ayam Kukus Versi Thailand, Memang Mengancam Nafsu Makan!

4-12-2017 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39389| Komen: 11|Original author: Oleh: Maly Rosli

Memang tak dapat dinafikan, masakan dari Thailand memang sedap dan menggamit selera. Malah, banyak olahan masakan kita hari ini diilhamkan dari masakan dari seberang ini dan menjadi kegilaan pencinta makanan. 


Kalau anda pernah mencuba resipi Ayam Kukus Halia sebelum ini, anda pasti akan sukakan Ayam Kukus Thailand ini!


Foto: Jo Isabelle Joannes

Cara menyediakan sangat mudah tetapi hasilnya memang hebat dan menggiurkan!


Bahan: 

Ayam sebelah
5-10 biji cili api (mengikut tahap kepedasan diinginkan)
Setangkai serai dihiris
Seinci halia, dihiris
3-5 biji bawang merah 
Lemon 
Sos ikan
Minyak zaitun (Boleh tambah minyak bijan kalau suka)
Air limau kasturi
Daun limau purut


Cara membuatnya: 
1. Tumbuk cili, serai, halia dan bawang
2. Gaul rata ayam dengan bahan tumbuk, sos ikan, minyak zaiton dan air limau kasturi secukupnya


3. Selitkan lemon dicelah ayam dan taburkan daun limau purut. 
4. Kukus selama 30 minit atau hingga masak. 

Foto: FB Viral D Viral


Siap dihidang! Sedap makan dengan nasi ketika panas ni. Aroma dia tak payah cerita, memang mengancam! - CARI


Loading FB Post...


Kredit resipi: Aimmafiaz via FB Viral D Viral
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rainrein 4-12-2017 03:05 PM
Looks good. Boleh try nih. My hubs love chicken.
Quote dubuk 4-12-2017 04:19 PM
hmmm sedap ni makan dengan pulut
Quote amon_79 4-12-2017 05:34 PM
minit2 akhir tu nmpk mcm ada bwang putih...tp xder plak mention dlm resepi  
Quote Ipo 4-12-2017 05:53 PM
Selalunya mesti ada bawang putih bila ada halia.
Saya lagi suka jika dipanggang/ bakar.
Pernah masak
Quote meisapoya 4-12-2017 07:07 PM
Sedap nyeee {:spot
Quote moonbug 4-12-2017 09:11 PM
Nampak sedap
Quote pearl.silver 4-12-2017 09:17 PM
Ohh delishes nyeee
Boleh buat ni
Quote greantea 5-12-2017 05:23 PM
nampak sedap. mmg suka ayam kukus
Quote yangsemb 5-12-2017 09:17 PM
Looks delish, must try
Quote ckenj 8-12-2017 02:29 PM
Nmpk sdap n sedap...hehe
Quote kimchipedas 9-12-2017 01:39 AM
Memang sedap dh buat tmbh sos tiram sesudu xmo tmbh pun xpa.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.056822 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top