|
Pada 5 Disember hari ini genaplah dua tahun Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar mangkat dan kebanyakan rakyat Malaysia turut mengenang anakanda Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris ini.
Shila Amzah juga tidak ketinggalan meluahkan rasa sedihnya di Insta Story dengan memuat naik ayat-ayat yang mendedahkan mereka berdua seperti pernah bercinta sebelum ini.
"Dia seorang sangat baik hati, kami tidak pernah bergaduh, namun jodoh bukan milik kami, saya tidak boleh bayangkan jika dia pergi selamanya ketika kami bersama (berkahwin). Mungkin saya tidak dapat meneruskan kehidupan" katanya dalam ayat yang dimuat naik dalam Bahasa Inggeris. Dia juga turut mendedahkan perbualan Whatsapp yang menunjukkan Tunku Jalil ada mengungkap perkataan "I still love you". Sejauh mana kebenaran kisah percintaan mereka yang dulu sehingga pernah untuk merancang berkahwin? Apapun kami juga turut ingin mengucapkan takziah kepada kerabat Diraja Johor dan bersama kita sedekahkan Al-Fatihah. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.029652 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.