CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pramugari Digantung Tugas Kerana 'Kantoi' Makan Makanan Penumpang

12-12-2017 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8988| Komen: 62

Seorang pramugari digantung tugas selepas dirakam makan makanan penumpang, lapor Mirror.



Kejadian berlaku ketika penerbangan Urumqi Air dalam perjalanan ke utara-tengah China. Difahamkan, rakaman video berkenaan diambil 45 minit sebelum mereka mendarat di bandar Yinchuan.

Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan kelihatan seolah-olah tidak peduli apabila menyedari dirinya dirakam rakan setugas.



Video berdurasi 29 saat itu memaparkan pramugari terbabit makan sekurang-kurangnya satu daripada kotak makanan yang disusun di ruang katering pesawat.


Pengguna media sosial Weibo menuntut penjelasan berhubung tindakan pramugari berkenaan selain mempertikaikan peraturan keselamatan makanan dalam penerbangan terbabit.

Urumqi Air dalam kenyataannya menerusi laman sosial mendakwa, makanan dalam penerbangan itu adalah baki makanan yang tidak diambil penumpang.

Bagaimanapun, pihaknya telah menggantung perkhidmatan wanita terbabit dari mana-mana penerbangan kerana salah laku melanggar peraturan syarikat dengan 'merasa makanan' apabila dia sepatutnya melupuskan sisa makanan berkenaan.


Foto: Mirror

Urumqi Air memohon maaf atas kejadian dan melakukan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu. - CARI
4

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 12-12-2017 12:13 PM
Lapar sgt ke? Tak pasal2 kena suspend perkhidmatan
Quote kenarikelabu 12-12-2017 12:14 PM
Pramugari baru start kerja ke apa ni?
Quote susukambingbest 12-12-2017 12:18 PM
sian plk pramugari tu. mknan yg nak dilupuskn je kot. diam2 je dah la. dendam agknya
Quote she 12-12-2017 12:19 PM
Mmg perkara biasa pun kan tetambah tuk long haul
Quote Artemesiaa 12-12-2017 12:22 PM
Lapar sangat ke sampai buat cam tu.  Walaupun ianya sekadar makanan lebihan tak pasal2 kena gantung kerja.
Quote dutch_lady 12-12-2017 12:36 PM
mesti lapar pramugari tu...
tak baik kawan dia rekod and sebarkan...
Quote CiliPadiSedap 12-12-2017 12:40 PM
jaga imej syarikat  tu je. kalau akak, akak gantung yang tukang rakam sekali sebab masa bekerja sibuk merakam.
Quote lee~ann 12-12-2017 12:42 PM
lebihan makanan dari dilupuskan baiklah dia makan. tapi kalau dah melanggar peraturan, senyap2 aje sudah la. yg kawannya gi rakam pun satu hal
Quote cikgukafa 12-12-2017 12:44 PM
susukambingbest replied at 12-12-2017 12:18 PM
sian plk pramugari tu. mknan yg nak dilupuskn je kot. diam2 je dah la. dendam agknya

manusia memang suka bazir makanan. benda elok boleh makan lagi, pi buang tong sampah.

membazir tu pekerjaan setan.


Quote ultra78 12-12-2017 12:47 PM
Puncanya adalah akibat tabiat suka rakam gambar dan video dan upload ke media sosial.
Quote sulan01 12-12-2017 12:50 PM
bukan masaalah besar pun kalau makan makanan yg memang berlebih & akan dibuang/dilupuskan. kat memana pun lepas abis majlis memasing pun tapau sikit sorang daripada dibuang ke tong sampah... yg bermasaalah sebenarnya orang yg ambik gambar & viralkan benda tu.... pastu cam biasalah orang akan komen memacam yg negetif.... orang perangai camtu yg patut dinyahkan sbb bukan saja memalukan kawan2 sekerja dia tetapi juga menyusahkan organisasi/syarikat/majikan dia dengan hal yg remeh2 & tak sepatutnya berlaku.....
Quote fifie_olin 12-12-2017 12:57 PM
dh kebulur sgt la tu
drp dibuang baik mkn ...ye dak
Quote anaktoyol 12-12-2017 01:09 PM
Still ingat naik firefly.to kk..masa cater mknan ada srg passanger cakap nasi lemak x berapa sedap sbb sambal terlalu masam...pastu pramugari ckp dgn tone tinggi..."nak buat macamana...bukn sy yg masak nasik lemak tu!!!"...lawa pramugari tu...putih tinggi...siti fatimah namanya....mungkin penat kot...
Quote helicornia 12-12-2017 01:12 PM
lahh kesiannye..food yg berlebih je pun..apa punya kawan la
Quote Catpaw 12-12-2017 01:16 PM
Makanan yang dah nak lupuskan pun dengki lagi orang makan. Biar je lah daripada bazir buang apelah

Kot yang nak lupus tu boleh jual buat benda lain kot tu yang tak bagi usik tu
Quote susukambingbest 12-12-2017 01:18 PM
cikgukafa replied at 12-12-2017 12:44 PM
manusia memang suka bazir makanan. benda elok boleh makan lagi, pi buang tong sampah.

membazir  ...

yg ni kira menCURIK ke tak? cc:laba
Quote Jorja 12-12-2017 01:19 PM
Tengok dari sisi tepi..cik pramugari ni sangat cute ya
Quote nisako 12-12-2017 01:20 PM
la sian lapo kut......
Quote umbut 12-12-2017 01:20 PM
Banyaknya makanan terbuang.. mesti x sedap

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.152393 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top