CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Diketuk' Bomoh Hingga RM900K

14-12-2017 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2470| Komen: 11

Kerana terlalu percayakan 'bomoh', ahli perniagaan diperdaya hingga kerugian RM900,000.

Harian Metro melaporkan, lelaki berusia 60 tahun itu kononnya menjalani rawatan memulihkan pukau di Padawan, sejak penghujung November lalu.



Foto: Perawat Islam Dot Com

Pada awalnya, mangsa dihampiri dua lelaki, mendakwa dia dipukau beberapa individu termasuk isterinya. Bimbang dan ketakutan, mangsa bersedia menurut segala permintaan lelaki terbabit yang mendakwa dia mampu merawatnya.

Menurut mangsa, bomoh itu mendakwa kononnya dia akan berdepan pelbagai musibah sekiranya tidak dirawat segera. Tanpa disedari, mangsa sebenarnya sudah dipukau suspek yang meminta bayaran tunai secara berperingkat hingga mencecah RM900,000.


Walaupun sudah berhabis ratusan ribu ringgit hasil penjualan aset seperti kenderaan, tanah dan rumah, tiada sebarang perubahan dirasakan mangsa hingga akhirnya dia sedar dirinya sudah tertipu dan membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

"Mangsa yakin dia hanya digunakan untuk mendapatkan wang mudah dengan pelbagai alasan sehingga sanggup mengancam nyawanya dan isteri jika permintaan suspek tidak diendahkan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah.

Berdasarkan maklumat, suspek sudah dikenal pasti dan polis dalam usaha menahan mereka dalam masa terdekat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu," katanya. - CARI
6

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 14-12-2017 10:25 AM
bimbonya kau dekk...cashhh lah kn
Quote ablishan 14-12-2017 10:27 AM
Padan muka. Percaya sangat isteri dia buat dia. Cash la
Quote MainemHu 14-12-2017 10:35 AM
#padanmuka percaya tahyul mahyul no kesian for you
Quote mieymiey 14-12-2017 10:58 AM
Percaya sangat kata bomoh tu yang dia dipukau. Last-last diri sendiri yang dipukau si bomoh. Bertabah la atuk.
Quote Megikari 14-12-2017 11:00 AM
Tak tau la nak kesian ke nak padankan muka {:question
Quote Megikari 14-12-2017 11:00 AM
Tak tau la nak kesian ke nak padankan muka {:question
Quote Megikari 14-12-2017 11:00 AM
Tak tau la nak kesian ke nak padankan muka {:question
Quote aurorae 14-12-2017 11:01 AM
ablishan replied at 14-12-2017 10:27 AM
Padan muka. Percaya sangat isteri dia buat dia. Cash la

baca betul2, bomoh tu dakwa dia dipukau oleh beberapa individu termasuk isterinya. Duhh
Quote mamacute1 14-12-2017 11:07 AM
dengan bini ko kedekut sgt kan..cashla ko..
Quote ablishan 14-12-2017 11:17 AM
Edited by ablishan at 14-12-2017 11:19 AM
aurorae replied at 14-12-2017 11:01 AM
baca betul2, bomoh tu dakwa dia dipukau oleh beberapa individu termasuk isterinya. Duhh

Ya la. Yg dia blh percaya ckp bomoh tu isteri dia buat dia. Cash la kan.

Cuba kalau suamiku percaya cakap bomoh aku pukau/mandrem dia sedangkan nak jumpa bomoh pun aku tak koser... serius kecewa bila suami tak percayakan kita sebaliknya percayakan bomoh. Padan muka duit, harta segala hilang ke tangan orang yang kau lbh percaya dr isteri.

Tak kisahla pukau ke tak pukau

Quote aurorae 14-12-2017 11:34 AM
ablishan replied at 14-12-2017 11:17 AM
Ya la. Yg dia blh percaya ckp bomoh tu isteri dia buat dia. Cash la kan.

oh ok sohry kena baca dengan nada yang betul  ....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050421 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top