CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dalam Islam Riba Adalah Haram, Namun Betul Ke Riba Adalah Satu Pilihan?

15-12-2017 11:35 AM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 3350| Komen: 4|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Topik muamalat Islam sebenarnya adalah topik yang sangat meluas jika mahu dikupas. Ianya tidak cukup hanya bercakap sedikit-sedikit berkaitan setiap komponen muamalat itu sendiri. Tapi asasnya kita sebagai muslim atau muslimah yang mencari keredaan Allah dalam kehidupan, muamalat berasaskan Al-Quran dan hadis menjadi panduan kita. Antara komponen dalam muamalat Islam yang selalu dibincangkan adalah Riba. Dalam artikel ini akan dibincangkan, betul ke Riba adalah pilihan?

Sumber: cctcredit.com

Bagi menggambarkan apakah itu riba yang perlu kita jauhi, contoh di bawah adalah seronok diberi kerana situasi ini selalu dilalui oleh anak muda kita dalam urusan kehidupan. Antara nombor 1, 2, 3 dan 4, manakah transaksi riba boleh berlaku?

Sebagai seorang graduan yang baru bekerja, anda mahu membeli sebuah kereta sebagai wadah pengangkutan dari rumah ke tempat kerja. Jaraknya agak jauh dan anda mahu menggunakan kereta. Harga kereta tersebut adalah RM 60, 000. Ada beberapa institusi kewangan dan syarikat kenderaan yang menawarkan pembiayaan dan pinjaman seperti di bawah:

1 . Harga kereta tersebut adalah RM 60,000 sekiranya anda mahu membeli secara tunai.

2. Pihak syarikat memberikan ansuran pembayaran selama 5 tahun sekiranya anda tidak cukup wang dengan jumlah pembelian adalah RM 70,000.

3. Kadar faedah sebanyak 4% dalam tempoh 5 tahun dikenakan kepada anda sekiranya anda mahu membuat pinjaman 100% dari jumlah harga kereta diimpikan.

4. Kami panjangkan tempoh hutang dengan tambahan 8% faedah pinjaman sekiranya anda tidak dapat melangsaikan ansuran bulanan mengikut masa yang ditetapkan.

Di sini harus diingat bahawa bank adalah institusi kewangan dan entiti perniagaan. Mereka sememangnya perlukan keuntungan dan kerana untunglah mereka berniaga. Siapa pula yang berniaga mahu rugi bukan?

Jadi mana satu transaksi yang tidak mempunyai unsur riba?

Sumber: ilmidistro.jstore.co

Pilihan 3 dan 4 adalah yang mengandungi riba yang jelas berbanding 1 dan 2. Pilihan 1 tiada langsung riba kerana transaksi berlaku kerana jualan dilakukan secara tunai. Akad jelas dan setelah wang dibayar, kita boleh terus dapat kereta tersebut. Mudah bukan? Masalahnya sekarang siapa berani membawa RM 60,000 dalam dompet? Kalau ada pun, ianya di bank bukan di tangan. Selalunya kita tidak ada pun RM 60,000 untuk ini, jadi pilihan kedua menjadi perhatian seterusnya.

Apakah yang membezakan status halal antara pilihan 2 dengan 3 dan 4? Secara mudahnya, ada 4.

1. Perbezaan dari segi kontrak.

Kontrak jual beli digunakan dalam transaksi nombor 2. Pada pilihan nombor 3 dan 4 pula, kontrak riba. Anggap kita membeli kereta dengan bank tadi pada harga RM 70,000 dan bank pula membeli kereta pada harga RM 60,000 pada penjual kereta. Terma mudahnya pihak bank menjual semula (resell) kepada kita.

Allah berfirman;

" Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."

(Surah Al-Baqarah: 275)

2. Jelas harga jualannya.

Rujuk semula point pertama iaitu transaksi ini adalah kontrak jual beli yang mana harganya kita tahu. Jelas dan terang menunjukkan RM 70,000 adalah harga yang kita beli dari pihak bank. Jika dibandingkan pilihan 2 dan 3, yang mana nilai faedah akan dikenakan selagi hutang pokok tidak dilunaskan.

Contoh lain adalah apabila kita membeli rumah, kadar faedah yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) adalah berbeza-beza setiap tahun mengikut kekukuhan ekonomi kita. Dekat sini kita sudah ada 'uncertainties' atau ketidakpastian dalam jumlah pinjaman.

3. Ada riba jahiliah

Riba jahiliah adalah riba penangguhan yang mana riba ini dikenakan sekiranya pembayaran tidak mengikut jadual yang ditetapkan. Apabila bank yang menawarkan pembiayaan kewangan islam telah menetapkan harga jualan, harga itu adalah tetap dan tidak berubah selagi kontrak tidak terbatal.

Walaupun hasilnya lumayan, tetapi ia tetap riba' dan bagi perbankan islam, denda lewat bayar pula ditetapkan oleh BNM bukan suka-suka hati pihak bank nak jadi ceti kutip duit kita. Hasil riba' memang banyak tetapi ia tetap akan habis seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud, Nabi Muhammad bersabda;

"Walaupun hasil dari riba itu banyak, tetapi akhirnya ia akan mengecil (habis)."

(Ibn Majah dan Ahmad)

4. Reda dan keberkatan Allah

Firman Allah;

"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa."

(Surah Al-Baqarah: 275)

Ini lah yang harus kita cari dalam kehidupan kita kerana sesungguhnya riba adalah haram hukumnya dan patut kita elakkan.

Sumber: masyarakattanpariba.com

Kesimpulan

Walaupun banyak perdebatan antara sistem perbankan Islam yang kini mendapat sambutan, namun ianya adalah usaha segelintir umat Islam yang peka terhadap ekonomi yang pernuh barakah seharusnya kita nikmati. Ianya adalah pilihan kepada sistem perbankan konvensional sekarang. Pilihan adalah perkataan terbaik boleh digambarkan kerana di situ tiada istilah "terpaksa".

Dah faham sekarang?

Agak-agak hutang PTPTN kita pula bagaimana? -CARI

18

Bagus
19

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kamil8891 16-12-2017 06:33 AM
tapi kalau mende tu di persetujuan kedua2 belah pihak tidak jadi riba da la kan?
bukan ke mcm tu ke

Quote batmana 16-12-2017 11:48 AM
persetujuan tu tetap la riba

klu gitu
minum arak, makan harta anak yatim, pn asal ada persetujuan tarak apala

sebab riba ni la kejam pada masyarakat
tgkla perangai bank2 kt customer dia, untung juta/billion, tapi menekan org bawah

psl tu zmn nabi ada perang pada golongan riba, takde pn perang pada org minum arak, perang pada org zina bagai atau perang kt org mencuri.
Quote ninjago 21-12-2017 02:49 PM
even dalam perbankan Islam pun, dikira riba jugak? walaupun dia hanya menggunakan konsep jual beli? means bank jual dengan harga yg lebih mahal kepada kita dikira tu keuntungan bank, bukan interest.
Quote ninjago 21-12-2017 04:47 PM
Alais replied at 21-12-2017 02:26 PM
Tugas bank ialah beri pinjam. Bukan beli & jual. Jadi perbankan Islam adalah riba.

baru je came across zaharuddin.net.. ustaz zaharuddin ada kupaskan pasal perbankan Islam secara terperinci.. berbeza pulak pendapat dia

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.137876 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top