CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Akui Lelaki Takut Mendekatinya, Peminat Ini Beri 7 Sebab Mengapa

15-12-2017 11:51 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 51073| Komen: 1109|Original author: Oleh: Suzy


Artis dan usahawan popular Neelofa tidak lari daripada peminat memperkatakan tentang dirinya. Gerak-gerinya menjadi perhatian setiap generasi, lelaki dan wanita. Sejak memenangi Dewi Remaja lagi nama Neelofa terus meniti di bibir peminat. 

Kejayaan demi kejayaan diraihnya sama ada dalam industri hiburan mahupun bidang keusahawanan sehingga dilantik menjadi duta kosmetik jenama antarabangsa dan jawatan penting di syarikat pengangkutan udara. 

Neelofa akui lelaki takut mendekatinya semasa diwawancara oleh wartawan Berita Harian

Biarpun cemerlang dalam bidang ini, namun apabila berbicara mengenai soal cinta, Neelofa agak ketinggalan berbanding rakan- rakan seangkatan Dewi Remajanya. Izara Aishah, Anzalna Nasir, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin antaranya telah selamat berumah tangga dan mempunyai cahaya mata. 

Mengakui lelaki takut mendekatinya, Neelofa menasihatkan lelaki di luar sana seharusnya yakin kepada diri sendiri untuk mendekati mana-mana wanita. 

“Saya pun tak faham sebenarnya kenapa nak takut? Sometimes saya rasa, of course Lofa pun ada perasaan sama dengan orang-orang tertentu. Tapi as long you kena yakin dengan diri sendiri dan juga tahu menjadi diri sendiri. Saya rasa ianya bagus untuk mendekati sesiapa sahaja”

Bagaimanapun peminat lelaki yang turut mengikuti perkembangan Neelofa mempunyai pendapatnya tersendiri mengapa Neelofa belum menemui jodohnya sehingga kini. Komen yang diberi di blog gosip, Beautifulnara itu mendapat undian tertinggi dan rata-rata bersetuju dengan pendapat peminat tersebut.


Peminat lelaki senaraikan 7 sebab Neelofa ditakuti lelaki.

Aku sebagai lelaki boleh tulis sebabnya mewakili lelaki:
1. Make up Neelofa terlalu tebal. Lelaki suka yang sederhana, sedap mata memandang untuk dijadikan isteri.
2. Dari awal sudah nampak keluarga campur tangan. Tidak sihat untuk pasangan yang baru dalam proses berumah tangga.
3. Neelofa kena ubah/baiki gaya percakapan dan tingkah laku terutamanya bahagian ketawa yang terlampau dan perlu menjaga adab tatasusila.
4. Sombong.
5. Tidak sesuai untuk dibawa balik ke kampung. Mungkin jodoh Neelofa sesuai dengan orang bandar. 
6. Sejak awal berhijrah menjadi muslimah sejati tetapi kemudian seakan-akan sukar untuk dibentuk dan degil. 
7. Neelofa cantik tetapi tidak sesuai untuk dijadikan isteri. 

Peminat terbabit merumuskan dalam komennya, “kalau mahu kahwin jangan terlalu memilih kerana awak pun banyak kelemahan. Terbang jangan terlalu tinggi kerana sebuah perkahwinan menyempurnakan pasangan bukan sebaliknya”.

Kisah 'epik' Neelofa dan Fattah tidak sampai ke syurga kerana Fattah kini sedang bahagia dengan Fazura.
Cinta Hans Issac dan Neelofa kecundang setelah 2 tahun menyulam kasih.
Nampaknya peminat lelaki ini amat mengambil berat mengenai jodoh Neelofa yang belum sampai sehingga berusaha menyiapkan senarai tersebut. Bagaimanpun, ia adalah pendapat peribadinya. 

Sebab kenapa Neelofa belum menemui jodoh? Hanya Dia yang tahu. Jodoh telah ditentukan sebelum kita dilahirkan di muka bumi ini lagi. Jadi bersabarlah Neelofa ye, jodoh pasti bertemu. - CARI 
3

Bagus
4

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 15-12-2017 11:55 AM
Gigihnya netizen nk senaraikan benda bodow ni..
Quote Burong_Hantuk 15-12-2017 11:59 AM
oh baru lah sya faham
Quote bukan_ustazah 15-12-2017 12:01 PM
boleh tak masuk dekat benang sedia ada!!! tak payah bukak benang lain rasanya ... I sorang je ke letih gossip fattah fazura lofa ni???? enough is enough!
Quote friedfishsoup 15-12-2017 12:07 PM
bukan_ustazah replied at 15-12-2017 12:01 PM
boleh tak masuk dekat benang sedia ada!!! tak payah bukak benang lain rasanya ... I sorang je ke let ...

Me. Banyak sgt thread pasal 3 org nie. Just merge je
Quote trebadoure7 15-12-2017 12:09 PM
Hellooo...peminat lelaki yg menulis tu sapa???? Entah2 si fatah himself
Quote sofiazara 15-12-2017 12:12 PM
sheol kan seiras wajah nabil, bibir terjuih.

kawin jela situ. AAK
Quote Aduradura 15-12-2017 12:15 PM
Point no.2 tu dah mmg betul.......bila family selalu campur tangan, lebih sudu dari kuah, dengan ayat2 makian seme keluar, dah boleh tunjuk tanda2 awal bakalan teruk & aib semua akan keluar kalau bergaduh....another contoh, family joyrepah......tak boleh nk buat ape dah, sbb family lopah ni mmg cenggini dari dulu...heh ~
Quote Aduradura 15-12-2017 12:18 PM
Edited by Aduradura at 15-12-2017 12:28 PM

Tak tau lelaki camner yg sesuai dgn sheolls ni....

Lelaki mcm hans isaac pun kecundang tengah jalan, rakyat marhaen cam fatah pun takmo kat lopa ni, kerabat kelantan & selangor pun dah reject sheolls....semua jenis lelaki dah cuba berdamping....heh ~

iolls doakan moga lopah bertemu la kebahagiaan yg sheolls cari....meh ~
Quote QueenCaramel 15-12-2017 12:24 PM
She degil sbb she kn ade dat attitude utk berjaya smpai thp skang ni..tp bile terbawak2 ke relationship..laki mane suke pompuan cenggini..x dpt kontrol..sh mmg kn dpt laki yg lebih tua or lebih berjaya than her..sbb she herself bleh respect dgn laki cenggitu..tp ni pendpt iols sajok..
Quote AkuMark 15-12-2017 12:32 PM
InsyaAllah nnt jumpa la jodoh...jodoh pasti ketemu
Quote sepitsiput 15-12-2017 12:33 PM
Aduradura replied at 15-12-2017 12:15 PM
Point no.2 tu dah mmg betul.......bila family selalu campur tangan, lebih sudu dari kuah, dengan aya ...

opkozlah kliarga lopak masuk campur...sheols kan lubuk emas familu skrg...meols x rasa familu sheols nak lopak bahagia sgt..lebih kpd nk pastikan lopak berada dlm genggaman keluarga jah.  and..lopak pun sejenis yg akan utamakan suku sakat dia..so selayaknyalah.

yg pasti lopak ni Snake
Quote bambimbom 15-12-2017 12:40 PM
QueenCaramel replied at 15-12-2017 12:24 PM
She degil sbb she kn ade dat attitude utk berjaya smpai thp skang ni..tp bile terbawak2 ke relations ...

Ada ke laki yg lebih tua or lebih berjaya dr lofa yg nk kat dia? sbb she herself pun byk cite negatif...
Quote aldilla_zahraa 15-12-2017 12:44 PM
I am no Lofa fan.

But the thing is, Lofa pun takmo kawin marhaen. Aim Lofa tu tinggi, tp sesuailah dengan kekayaan dan rupa paras dia. Lofa bukan level kampung cam Jering Izminda yang hadap nak sebat laki orang ke apa. Lofa knows her worth sebab tu lelaki2 yang dia chase before ni semua jerung2 belaka. Fattah Amin pun mujur artis hensem berduit je kalau tak pandang pun Lopa tak sudi.

Kesimpulannya, takyahlah suruh Nelopa berubah ke apa. Not our business. Bukan kita sara dia pun. Dia menikah ke tak itu biarlah dia sendiri yang decide dan pilih. Sampai masa dia kawen kita tepuk tangan. Kalau tetiba naik mahkamah pakai spek itam besar lepas tu kita doakanlah yang baik2.

#meolsfanfattzura
Quote MyNameIsIris 15-12-2017 12:49 PM
sepitsiput replied at 15-12-2017 12:33 PM
opkozlah kliarga lopak masuk campur...sheols kan lubuk emas familu skrg...meols x rasa familu sheo ...

kesiannya kalau macam ni
Quote mimi77 15-12-2017 12:50 PM
aldilla_zahraa replied at 15-12-2017 12:44 PM
I am no Lofa fan.

But the thing is, Lofa pun takmo kawin marhaen. Aim Lofa tu tinggi, tp sesuaila ...

its fine la kalau mmg dia dilihat x sesuai utk lelaki marhaen....i hope lofa fans pon NAMPAK ye...

move on la dr dok merempan x habes2 pasal fattah. just let fattah live in his life.

lofa ada mcm2 lagi dia boleh capai ok. fly high bak kata fans sheols.

dh byk pon kejayaan lofa. which is good..great...but jgn la biar cerita2 buruk psl lelaki mengaburi cerita kejayaan u ok lofa.


Quote wanitajelita 15-12-2017 12:50 PM
Lelaki tak perlukan wanita berjaya... sebab perempuan jgn amik alih peranan breadwinner tu.
Lelaki perlukan wanita yg cukup "pandai jaga diri sendiri sahaja"
Maknanya klu body dia rapi, penampilan high class, tak sibuk, boleh pergi Enjoy/travel sendiri bukan harapkan bila dah ada suami/bf... sebab belum tentu cinta mampu memenuhi impian hidup kita, jadi capai impian sendiri, itulah maknanya "know How to take care of herself"
Quote fara7351 15-12-2017 12:50 PM
semua on point. paling scary kan jah, chuols punya pendamping ladyherot tu paling scary.
silap2 kalau gaduh2 manja time bercinta,  abes dilaknat di'no balls' kan nye lelaki tu nnti..
Quote wanitajelita 15-12-2017 12:52 PM
fara7351 replied at 15-12-2017 12:50 PM
semua on point. paling scary kan jah, chuols punya pendamping ladyherot tu paling scary.
silap2 kal ...

On point sebab ini komen dari lelaki & macam dia tahu je peel family Neelofa, hehe
Quote QueenCaramel 15-12-2017 12:52 PM
bambimbom replied at 15-12-2017 12:40 PM
Ada ke laki yg lebih tua or lebih berjaya dr lofa yg nk kat dia? sbb she herself pun byk cite nega ...

Allah jdkn manusia itu berpasang2 yachhh..

Lihat semua komen(1109)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.545701 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top