Pernah tak membayangkan jantung kita berada di luar tubuh dan nampak bagaimana jantung itu berdenyut-denyut? Eh, mana mungkin jantung di luar tubuh, kan? Namun, kuasa tuhan. Seorang bayi pramatang mengejutkan doktor apabila lahir dalam keadaan jantungnya berada di luar tubuh. Sungguh aneh! Memetik Mirror.com, Vanellope Hope dijangka lahir pada perayaan krismas dan doktor menjangkakan dia tidak dapat hidup lama di sebabkan keadaannya itu (ectopia cordis) jarang berlaku.
Keadaannya itu diketahui selepas ibunya menjalani imbasan yang menunjukkan organ jantung serta sebahagian perutnya berada di luar tubuh. Vanellope diagnosis menderita ectopia corsis ketika masih dalam kandungan ibunya yang berusia 9 minggu. Sungguh menyedihkan! Hanya 10 peratus bayi seperti ini dijangka dapat meneruskan hidup dan perkara sebegini sangat jarang berlaku di Britain. Malah, pakar kardiologi di Hospital Glenfield, Frances Bu'Lock berkata, dia pernah melihat seorang bayi dengan jantungnya di luar tubuh sekitar 20 tahun lalu. "Bagaimanapun, kehamilan itu berakhir dengan keguguran," katanya. Seramai 50 pasukan perubatan terdiri daripada doktor, bidan dan jururawat terbabit ketika usaha menyelamat serta menstabilkan bayi itu dilakukan. Selepas dilahirkan, bayi tersebut terus dimasukkan ke dalam plastik yang telah disteril bagi mengelak jangkitan kuman. Semoga bayi comel itu dapat sihat sempurna dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain suatu hari nanti. - CARI |
6
Bagus |
9
Marah |
17
Terkejut |
3
Sedih |
2
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
xtahumenahu replied at 15-12-2017 10:05 PM
Semoga baby tu dapat bertahan...
chazey replied at 18-12-2017 02:13 PM
Amiiiinnnnn.
Syukur la lahir di negara maju. At least deyol punya kepakaran dan fasiliti tip to ...
ADVERTISEMENT