Azwan Ali Mahu Tunaikan Umrah Kali Ke-7 Rabu, 28 Ogos 2013
Azwan Ali memang seorang pengacara yang kontroversi. Kadang kala ada juga kenyataannya yang agak pedas keluar. Tapi dalam tidak disangka Azwan sudah enam kali menunaikan umrah yang terakhir kali baru-baru ni.
Dan sekali lagi, berhasrat nak tunaikan umrah tahun hadapan untuk kali ke-7. Kalau dilihatkan Azwan kini semakin berubah kepada kebaikan, dan penampilannya juga dah semakin baik. Ini petikan dari Azwan melalui portal GUA.
“Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah buat kali yang keenam di Tanah Suci Mekah. InsyaAllah, jika diizinkan oleh Tuhan, saya mahu ke Mekah untuk menunaikan umrah sekali lagi buat kali ke tujuh tahun hadapan. Sebenarnya, saya pernah berjanji di hadapan Kaabah untuk menunaikan Umrah sebanyak tujuh kali. Oleh itu, insyaAllah jika Allah makbulkan hasrat hati saya, saya akan mengerjakan umrah sekali lagi pada tahun hadapan dan selepas itu saya bersedia untuk menunaikan ibadah fardhu Haji pula,
“Alhamdulillah, setelah enam kali menjejakkan kaki ke sana, saya rasakan Umrah kali ini memberi pengalaman yang cukup indah buat saya. Perkhidmatan yang disediakan oleh Utas Travel yang berpangkalan di Melaka ini memberikan pengalaman yang terbaik dan servis yang sangat fantastik. Saya dapat rasakan keindahan dalam menjalani ibadah itu sendiri dan pengalaman kali keenam yang saya lalui ini sungguh mengasyikkan,
“Sejujurnya, ketika saya menunaikan Umrah sebelum ini, hati saya masih lagi terbuku. Terbuku itu saya tafsirkan jika saya ada perselisihan faham dengan mana-mana orang sebelum ini, saya masih lagi ada rasa yang berbaki dalam hati saya. Namun kali ini seakan ada satu nikmat apabila saya dapat lepaskan semua rasa yang terbuku dalam hati ketika saya mengerjakan Umrah buat kali yang ke enam,”
“Saya tidak menafikan, jika dahulu selepas pulang dari mengerjakan Umrah, saya tetap bercakap buruk mengenai beberapa orang individu. Sekarang saya tidak mahu lagi berkata sedemikian rupa. Kalau dahulu saya ada berkata yang buruk, saya hanya ingin memohon maaf kepada individu-individu terbabit. Jika mereka enggan memaafkan saya, saya tiada komen lanjut tentang perkara itu,” ujar Azwan .
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|