CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nampak Tempurung Kepala, Budak Hilang Telinga Diseret Van Ikan

20-12-2017 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3473| Komen: 17

"Bahagian telinganya hanya tinggal cuping bawah sahaja."

Seorang ibu bersyukur apabila anaknya berusia lima tahun selamat walaupun hilang telinga kanan selepas dirempuh dan diseret van muatan ikan, petang kelmarin.


Memetik Sinar Online, kejadian berlaku ketika Mohd Darwisy Mohd Zulkifli sedang bermain basikal bersama rakan-rakan di hadapan rumahnya di Kesedar Paloh 3, Gua Musang.

Difahamkan, ketika kejadian jam 3.30 petang itu, ibu mangsa, Che Norkasmawati Che Nawi, 38, berada di kedai bagi menghantar kuih untuk jualan.

"Saya tinggalkan anak-anak di rumah bersama abangnya dan beberapa orang anak jiran. Pada jam 4 petang, saya pulang dan diberitahu anak saya sudah di hantar ke Klinik Kesihatan Bandar Chiku.

"Jiran saya menyaksikan insiden itu memberitahu, anak saya sedang melintas jalan untuk ke seberang lalu van muatan ikan tidak sempat memperlahankan kenderaan kerana menuruni jalan berbukit.


"Anak saya diseret bersama basikalnya dan mengalami kecederaan parah di bahagian telinga kanan dan kepala sehingga menampakkan bahagian tempurung," katanya.


Foto: Sinar Online

Darwisy kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ). Malangnya, doktor memaklumkan telinganya tidak dapat diselamatkan kerana hancur.

"Kulit kepalanya pula terkoyak sehingga menampakkan bahagian tempurung kepala. Mengikut perbincangan doktor, anak saya akan dibawa ke bilik pembedahan untuk menampal semula kulit kepala itu.

"Manakala bahagian telinganya hanya tinggal cuping bawah sahaja. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana anak saya selamat," ujarnya. - CARI
46

Bagus
18

Marah
27

Terkejut
26

Sedih
26

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (179 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 20-12-2017 10:21 AM
arghhhhh x dpt bayangkan...


Quote ~boolean 20-12-2017 10:25 AM
Bestnya jadi ibu anak ramai...
Malas jaga campak saja tanggungjawab pada anak sulung...
Quote Deidra 20-12-2017 10:35 AM
Duhhhhh bertabahlah dek
Quote prettyuglybabe 20-12-2017 10:43 AM
tengah panas biar anak main kat luar?
Quote moonbug 20-12-2017 11:40 AM
Alhamdulillah panjang umur dah nampak tempurung kepala tp hidup lagi
Quote Thuglife 20-12-2017 11:45 AM
~boolean replied at 20-12-2017 10:25 AM
Bestnya jadi ibu anak ramai...
Malas jaga campak saja tanggungjawab pada anak sulung...

mak nya bkn malas jg.. mak nya hantar kuih kat kedai.. so di mana kemalasan maknya? x semua mak2 anak byk nie mls.
Quote haryatie 20-12-2017 11:57 AM
ngeriii nyaaa..
da hilang telinga sebelah
budak2 besar tu mmg bahaya la main basikal kat jalan
Quote kokocrunch 20-12-2017 12:00 PM
kesiannya...nasib baik selamat
Quote mieymiey 20-12-2017 01:02 PM
Ngerinya. Kesian adik ni, tak dapat bayangkan kesakitan masa dia kena seret
Quote insulin 20-12-2017 01:07 PM
prettyuglybabe replied at 20-12-2017 10:43 AM
tengah panas biar anak main kat luar?

Saya rasa mak dia dah ingatkan supaya jangan bermain di luar rumah pada waktu tengah hari. Tapi sifat budak2 especially lelaki ni ada yang jenis degil. Bebel banyak kali, kat luar tu tengah panas k atau hujan ke, tetap mereka pergi keluar bermain.

Quote ninja boy 20-12-2017 01:57 PM
Mana2 tempat mmg biasa jumpa budak2 main di tengah jalan raya di kawasan perumahan
Quote ~boolean 20-12-2017 02:03 PM
Thuglife replied at 20-12-2017 11:45 AM
mak nya bkn malas jg.. mak nya hantar kuih kat kedai.. so di mana kemalasan maknya? x semua mak2 a ...

Budak lima tahun dibiar tanpa pengawasan orang dewasa, bagi aku itu malas.

Serah tanggungjawab pada abang untuk jaga adik...walaupun tak diberitahu umur abang, tapi kalau masih main2 depan rumah dengan kawan, rasanya abangnya tu pun bukannya besar sangat..

Jangan sampai anak jadi mat rempit/basikal....kemudian mati dilanggar kereta macam kes di johor dulu tu...waktu tu baru nak menyesal
Quote Jorja 20-12-2017 03:04 PM
bsyukur anak masih hidup walaupun.... bagus sangat ibu budak ni. Positif n itu yg spatutnya
Quote Burong_Hantuk 20-12-2017 03:14 PM
sukor selamat anak kechil tuh.
Quote Burong_Hantuk 20-12-2017 03:15 PM
ada pencopet pun rambut botak sampai nampak tempurung kepala
Quote fox. 20-12-2017 03:21 PM
baca tajuk pun dah ngeri
Quote meya 21-12-2017 04:02 PM
Benda kalau nak jadi...depan mata mak dia pun boleh berlaku.  

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.068541 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top