CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izara Aishah Pelik Suami Tidak Cemburu Bergandingan Dengan Pelakon Lelaki

22-12-2017 04:50 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 16860| Komen: 62|Original author: Oleh: Suzy

Baru-baru ini heboh kisah Aiman Hakim dan Syarifah Sakinah berpelukan dalam video di sebalik tabir drama lakonan mereka. Rata-rata netizen yang menontonnya mengatakan suami kepada Syarifah Sakinah dayus kerana memberi komen selamba kepada kandungan video tersebut. 

Syarifah Sakinah turut memberi penjelasan bahawa suaminya memahami tentang kerjayanya dan semua ini dilakukan atas dasar profesionalisma.

Izara Aishah dan Adib Khalid selamat diijab kabulkan 17 November lalu.

Pendapat sama turut dirasai oleh suami kepada pelakon Izara Aishah, Adib Khalid. Dipetik daripada mStar Online, apabila disoal tentang syarat dan batasan selepas berkahwin, Izara berkata, suaminya terlalu memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon. 


Katanya, Adib juga tidak pernah berasa cemburu terhadap lelaki yang menjadi pasangannya dalam drama atau filem.

"Dia tidak cemburu, kadang-kadang saya pelik juga tapi mungkin dia juga berada dalam industri dan memahami perkara itu," ujarnya.

Izara Aishah juga mengakui mula merasai tanggungjawab sebagai seorang wanita dewasa selepas berkahwin dengan Adib Khalid pada 17 November lalu. Pemilik nama Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini berkata, dia mula belajar melakukan tugas-tugas sebagai seorang isteri selepas berpindah tinggal bersama suaminya.


"Suasana berbeza selepas duduk dengan suami, saya baru rasa ada tanggungjawab dan seperti orang dewasa. Semuanya saya buat sendiri kerana kami tiada pembantu rumah. Namun tiada masalah dan Alhamdulillah, suami seorang yang sangat mudah dijaga," ujarnya pada majlis pelancaran program CTDK-ation yang diadakan pada Rabu lalu.

Dalam perkembangan kerjayanya, Izara bakal terlibat dalam drama 100 episod berjudul Jodoh-Jodoh Anisa tidak lama lagi. Drama tersebut turut dibintangi pelakon popular iaitu Aaron Aziz, Johan As'ari dan Hafreez Adam. - CARI

15

Bagus
10

Marah
5

Terkejut
26

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aduradura 22-12-2017 04:52 PM
Kenelaaa ade rase cemburu sikit, baru laaa seronok....gtewww

~makcik bawang 2~
Quote barfi 22-12-2017 04:56 PM
Aduradura: Kenelaaa ade rase cemburu sikit, baru laaa seronok....gtewww~makcik bawang 2~


Apa2 jelah kan. Janji bahagia..
Quote Nham22 22-12-2017 04:58 PM
Sekali cemburu terus naik tangan...eee seram
Quote yangsemb 22-12-2017 05:05 PM
Sporting habis hubbynya itew
Quote onexox97 22-12-2017 05:07 PM
saya rasa seronok dicemburui macam cinta mekar gitu tapi bila dia marah naik uber lelaki terus saya rasa baik xyah ada rasa cemburu
benda simple pun nk marah
Quote xtahumenahu 22-12-2017 05:15 PM
So that lakinya pon harap izara paham dan x jeles kalau dia ngan pompuan lain..gituhh
Quote HannahMontana 22-12-2017 05:20 PM
Edited by HannahMontana at 22-12-2017 05:21 PM

Dayus xde nya nak cemburu


Dia kutip ko pun bukan perempuan dalam rumah Allah


dia jumpa ko pun ditengah2 jantan-jantan yg sama spesis mcm dia

cinta pada dia hanya satu persinggahan

bukan perjanjian yg dia bakal menjulang ko sbg isteri utk selamanya...ohhh no no


Ko yg perasan sgt Izara ...ko xbelajar dari sejarah.
Quote miemiecha 22-12-2017 05:24 PM
kang dia cemburu ko plak sakit kepala..
Quote samsurfer 22-12-2017 05:40 PM
Mantop izara nih
Quote mandak20 22-12-2017 05:45 PM
Maybe sebelum kahwin pun dorang dah biasa, just acting... so no wonder la lepas kahwin dorang tak heran sgt kalau wife dorang kena peluk2 dlm drama..
Quote moonbug 22-12-2017 05:48 PM
Baguslah tak jeles
Quote wana89 22-12-2017 06:51 PM
Nak cemburu sikit2.. tanda sayang.. xnak cemburu buta, pening pulak nak melayan
Quote BookerT 22-12-2017 07:06 PM
yangsemb replied at 22-12-2017 05:05 PM
Sporting habis hubbynya itew

ye la..suaminya pun tah2 suka bergandingan dengan wanita lain..maklumlah banyak duit nyah...so mutual freedom la nyah...
Quote BookerT 22-12-2017 07:07 PM

sejarah tingkatan berapa ni nyah? mak tak hingat la pulak nyah...
Quote BookerT 22-12-2017 07:08 PM

mantap pun dapat ditonggeng suaminya mak hayam adib nyah...kau nyah gentel la apa yang ada nyah...
Quote yangsemb 22-12-2017 08:17 PM
BookerT replied at 22-12-2017 07:06 PM
ye la..suaminya pun tah2 suka bergandingan dengan wanita lain..maklumlah banyak duit nyah...so mut ...

Owhhhh....gitchew kesahnyerr
Quote archer13 22-12-2017 09:17 PM
nak cemburu apa. kau buat hal,dia petik jari e lebih 10 yg dtg
Quote kiambang 22-12-2017 09:22 PM
Lifestyle suami  jenis tak kisah peluk dan dipeluk sape sape ...
Quote SummerAutumn 22-12-2017 09:23 PM
archer13 replied at 22-12-2017 09:17 PM
nak cemburu apa. kau buat hal,dia petik jari e lebih 10 yg dtg

Lol agree

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.087577 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top