CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Digilis Treler Kerana Elak Lubang

26-12-2017 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4403| Komen: 22

Lelaki maut digilis treler selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya ketika cuba mengelak lubang.



Memetik BH Online, kejadian berlaku di Kilometer 96 Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang, awal pagi tadi menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Samsudin Sibon, 49, dalam perjalanan dari Kampung Lukut ke Pekan Kahang.



"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa terjatuh dari motosikal ditungganginya selepas cuba mengelak jalan berlubang di lokasi kejadian.

"Pada masa sama datang sebuah treler dari arah Kuantan ke Kluang cuba mengelak ke kanan selepas ternampak mangsa lalu memberhentikan kenderaan berkenaan di bahu jalan bagi membuat pemeriksaan sebelum mendapati mangsa sudah digilis dan terseret treler yang dipandunya.

"Laluan berkenaan yang sempit menyebabkan mangsa tetap digilis walaupun treler berkenaan cuba mengelak mangsa yang terbaring di jalan," katanya.

Hasil siasatan mendapati permukaan jalan berlubang dan basah selepas hujan serta gelap kerana tiada lampu jalan.


Foto: BH Online

Kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI
18

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
20

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 26-12-2017 01:20 PM
Innalillah, salam takziah. Sedihnya baca. Dah la jalan berlubang, lampu jalan pun takde.
Quote mommymonster82 26-12-2017 01:23 PM
Kalau macam ni tak boleh ke saman ?
Quote noor2 26-12-2017 01:24 PM
Ni semua salah pembangkang tak becky jalan. ...harap pihak berwajib perbaiki jalan untuk rakyat marhein.....


Innalillah. ...
Quote MengkuduMasam 26-12-2017 01:31 PM
arini elok aa berturap tuh...

biasa laa mesia nih.. dah ade org mati baru nak tampal jalan

itu pun sub standard punya kontraktor yg buat keje... main campak je tar pastu compact kan...
Quote moonbug 26-12-2017 01:54 PM
Dah elak lubang, jatuh motor, diseret treler pulak. Takziah
Quote noraidil_06 26-12-2017 01:55 PM
Sila saman jkr
Quote dubuk 26-12-2017 02:02 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote wanzhm93 26-12-2017 02:13 PM
Jalan kahang memang babi. Pernah accidents kat situ dulu... Bila kembara mahkota baru la kalut nak repair. Tu pun sikit2 jek repair nya macam sengkek sangat aku tengok kerajaan negeri sana... Jalan kat Mersing pun sama buat bodoh jek tak ada pembaharuan masih di takuk lama...  
Quote Deidra 26-12-2017 02:14 PM
Dah dekat pru pun jln masih lobang sana sini tak turap baru??
Quote insulin 26-12-2017 02:15 PM
Takziah kepada keluarga mangsa.
Quote idakamaruddin 26-12-2017 02:15 PM
Takziah pd mangsa

ini la bila malaikat maut menjemput tak awal sesaat tak lambat sesaat

Quote Simunggu 26-12-2017 02:22 PM
kalau setakat lubang mcm ini....di jalan raya pusat bandaraya Kota Kinabalu melambak, bersepah...maintenance buat juga...tak smapai 3 bulan hancur balik...kayo pokci nak..
Quote aqissa 26-12-2017 02:25 PM
Tahziah buat keluarga mangsa....
Alfatihah
Quote batmana 26-12-2017 02:32 PM
tu yg brotherhood lando buat
rmai member dia mati psl jln blubang
jabatan berkaitan tido

Quote taji2906 26-12-2017 02:36 PM
Lando bab ni dia jadi hero.. tp hero yg betul jalannya.. tgk brapa ramai yg hilang nyawa sebab jln berlubang ni..
Quote Rainrein 26-12-2017 02:37 PM
Takziah pada keluarga mangsa.
Quote skinskin 27-12-2017 12:29 AM
innalillahiwainnailaihirojiun
Quote slavehunter 27-12-2017 12:33 AM
Takziah. Tapi kenapa article Tt ada emoji ni -
Quote shamsadis 27-12-2017 12:44 AM
tengok jalan tu macam dah diturap tapi berlubang, mesti lori2 banyak lalu situ

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065836 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top