CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Keajaiban Krismas, Bayi 'Lahir' Dalam Perut Ibu Berjaya Diselamatkan

29-12-2017 12:31 PM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 3798| Komen: 11|Original author: Oleh: Norlili

Ibu mana tak sedih jika diberitahu bayinya mungkin tak dapat diselamatkan. Pada 27 November ketika kandungannya mencecah usia 31 minggu, Masina Frost mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan perutnya berasa sangat sakit.


Menurut Mail Online, sebaik tiba di hospital St. Thomas, dia diperiksa Dr Andrew Shennan yang menyedari bayinya tidak mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Sejurus menyedari nyawa ibu dan anak dalam bahaya, Shennan segera melakukan pembedahan ke atas Masina.



Pembedahan 30 saat di ambang Krismas itu sangat mendebarkan! Terlambat sedikit saja, nyawa anak dan ibu boleh melayang.   

"Saya tak sempat berfikir panjang memikirkan keadaan anak dan ibu, dan hanya mengikut naluri sendiri. Ini adalah pembedahan ceaserean terpantas pernah saya lakukan," kata Shennan.



Kelahiran bayi comel diberi nama Sphina ini tidak seperti bayi normal lain kerana seluruh badannya tidak berada di dalam kantung, sebaliknya di luar kantung iaitu dalam perut ibunya. 



Kelahiran Sephina melalui ceaserean mengambil masa selama 30 saat apabila rahim ibunya, Masina pecah dan menolak bayi keluar dari rahim. Keadaaan ini menyebabkan bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.



Kasihan, nampaknya itu bukan kali pertama Masina mengalami keadaan sedemikian. Pada Februari 2012, doktor berjaya menyelamatkan anak sulung perempuannya, Amelia. 


Theo

Bagaimanapun, anak keduanya, Theo, tidak bernasib baik kerana dia mengalami kerosakan pada otak akibat kekurangan oksigen dan meninggal dunia ketika berusia sembilan bulan.


Foto: Mail Online

Kini, selepas sebulan pembedahan ajaib itu Masina dan bayinya berada dalam keadaan sihat dan gembira di samping keluarga tercinta. - CARI
2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
6

Sedih

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote barfi 29-12-2017 12:51 PM
Masha Allah...
Quote Suchi 29-12-2017 01:18 PM
Setiap kali pregnant ada masalah drpd ank yg sulung ye? Tp xtau masalah cemana yg 1st dan 2nd tu..
Kalo tgk gambar tu yg last ni rahim tu mcm pecah la kan biasanya mmg susah nak selamat malah sampai rahim kena buang sekali pun ada.
Rahim pecah sbb apa ye selalu doktor ckp  kt iols kalo sblm tu czer risiko tuk rahim pecah bila pregnant rapat2 nak plak bila try nak bersalin normal sbb takut rahim yg berparut tu tak kuat nak tanggung kontraksi yg kuat.
Quote Deidra 29-12-2017 01:33 PM
Haaaaa.....{:childlike
Quote Risaurisaurisau 29-12-2017 02:11 PM
Dah ada history risky pregnancy, mesti physicisn dia dah take noted awal2, tu terus buat ceaser asap..
Quote slavehunter 29-12-2017 02:21 PM
Dah2 pasni jangan beranak lagi. Pakai surrogate jer.
Quote MayaDelaRosa 29-12-2017 10:46 PM
Takutnya..seriau bila bygkan rahim pecah..... aduhhhhh{:cryrun
Quote chazey 29-12-2017 11:44 PM
Astaga scarynya sephina nih!
Quote chazey 29-12-2017 11:45 PM
Suchi replied at 29-12-2017 01:18 PM
Setiap kali pregnant ada masalah drpd ank yg sulung ye? Tp xtau masalah cemana yg 1st dan 2nd tu..
...

Sebab tu now if ibu ngandung anak rapat2 pastu first baby delivered through c sect memang doktor2 tamau ambik risiko dah be it gomen ka private ka. Deyol terus suruh c sect jah untuk second delivery.
Quote chazey 29-12-2017 11:47 PM
Eh, Sephina nama baby rupanya. Ingatkan nama medical condition tuh.
Quote qistiena 30-12-2017 02:11 PM
scarynyerrrr
Quote yangsemb 31-12-2017 10:45 PM
Thank god everythg turns out ok

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.216556 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top