Tuah memuat naik video menyanyi secara live di Facebook, seorang lelaki kurang upaya (OKU) terus menjadi popular kerana berjaya menarik perhatian netizen di media sosial!
Kata mereka suaranya lunak. Kalau tak tengok, memang boleh tersalah sangka dengan suara penyanyi Aiman Tino! Menurut tuan punya badan, Zulfahmie Hashim 24 tahun yang bekerja sebagai operator kanan sebuah kilang elektronik, dia tidak menyangka videonya menyanyikan lagu Permata Cinta, dendangan asal Aiman Tino itu tular di Facebook. "Niat asalnya hanyalah suka-suka saja. Saya buat live di FB saya dan simpan untuk buat kenangan, tetapi tak sangka kawan dalam FB kongsi video ini sehingga tular. Memang di luar dugaan saya."
Setakat ini video tersebut sudah mendapat ratusan ribu views dan share oleh pengguna laman sosial. Sedap sangat ke suaranya? Tonton sendiri: Bahkan, ramai yang berpendapat suaranya lagi sedap dari penyanyi asal Aiman Tino. Ada juga yang menggesa syarikat rakaman mengambilnya sebagai artis kerana keunikan suara yang dimiliki. Antara komen: Walaupun begitu, sesetengah netizen berpendapat yang lelaki ini tak mampu pergi jauh kerana rata-rata industri hiburan di Malaysia hanya memandang rupa paras. Tapi kalau Caliph Buskers boleh berjaya sampai membuka mata ramai pihak dalam industri muzik di Malaysia, sudah tentu Zulfahmie juga mampu kan? -CARI
|
5
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
13
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT