Hari ini, dunia menyaksikan persaingan hebat antara syarikat pengeluar telefon pintar dari seluruh dunia. Terkini, sebuah syarikat pengeluar menentang arus pasaran telefon pintar yang lebih memberi fokus kepada telefon pintar skrin besar. Mereka menghasilkan telefon bimbit sebesar ibu jari manusia dan lebih ringan berbanding duit syiling logam.
Menurut Mail Online, telefon bimbit keluaran syarikat dari United Kindom iaitu Zanco, model T1 merupakan telefon bimbit terkecil di dunia yang pernah dicipta.
Walaupun ia hanya sebesar 1.9 x 0.8 x 0.5 inci, ia mampu membuat panggilan, menghantar dan menerima mesej. Bagaimanapun, peranti seberat 13 gram dengan paparan 64 x 32 pixel ini tidak memiliki fungsi lain selain tiga fungsi tersebut. Memandangkan saiznya yang kecil, Zanco T1 hanya beroperasi pada rangkaian 2G dan tidak boleh melayari laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter. Menurut jurucakap syarikat itu, pengguna tidak boleh melayari Internet dengan Zanco T1. Menerusi kempen Kickstarter, peranti mini itu dibida bermula 35 British Pound (RM192) hingga 72,000 British Pound (RM394,211). Zanco T1 dijangka berada di pasaran pada May 2018. - CARI |
CiliPadiSedap: ni berguna kalau nak final exam.
samasam90 replied at 28-12-2017 08:44 PM
bagus pakai telefon tekan2 tu.. battery tahan lama.. ne letak dalam poket, tak perasan ne terjatuh.. ...
spiderman80 replied at 28-12-2017 06:35 AM
Ciptaan yang tidak berguna.
spiderman80 replied at 28-12-2017 10:35 PM
Ciptaan yang tidak berguna.
ADVERTISEMENT