CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaku Di Sisi Anjing Kerana Najis

29-12-2017 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6274| Komen: 57

Lelaki warga emas yang menghidap penyakit jantung dan darah tinggi maut selepas terbabit pergelutan kecil dengan jirannya di Taman Pekan Baru, Parit Buntar, awal pagi semalam, lapor BH Online.



Foto: Harian Metro

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan pihaknya menerima laporan penemuan mayat mangsa, Shee Hun Kong, 68, yang terbaring di sisi anjingnya pada jam 1.33 pagi.

Berdasarkan laporan dan siasatan awal, ketika kejadian mangsa bertengkar dengan lelaki berusia 52 tahun itu pada jam 12.30 tengah malam selepas lelaki berkenaan berang apabila mendapati anjing mangsa membuang najis di hadapan rumahnya.


"Susulan pertengkaran itu, suspek menampar dan mencurahkan air paip kepada mangsa dan anjingnya.

"Mangsa kemudian dikatakan rebah dan terbaring di hadapan rumah berkenaan dan dibiarkan di lokasi kejadian sebelum ditemui seorang penduduk," katanya.


Foto: BH Online

Susulan itu, lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kegagalan saluran darah jantung.

"Selain itu terdapat luka kecil di kepala dan lutut kiri mangsa dipercayai akibat terjatuh.

"Suspek kini direman empat hari bermula hari ini dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis turut mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan," katanya. - CARI
13

Bagus
23

Marah
10

Terkejut
15

Sedih
4

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 29-12-2017 12:32 AM
Kesian pulak tengok anjing tu

Kucing ke, anjing ke, kalau berak kt depan rumah org, mmg org marah. Tak tau lah mendiang ni jenis mmg bawa plastik spare utk kutip taik anjing dia atau tak.

Quote chazey 29-12-2017 12:34 AM
Simpati dengan suspek.
Quote fuyupoktek 29-12-2017 12:35 AM
Sian anjing dah xde tuan
Quote ashcroft86 29-12-2017 12:36 AM
Mesti anjing tu kemurungan pasni. Haihhh. Mmg naseb x baik la suspek, g gaduh ngn orang sakit. Entah2 lekat membunuh tanpa niat...
Quote Jorja 29-12-2017 12:39 AM
Anjing yg setia
Quote FOTHER-MUCKER 29-12-2017 01:48 AM

Sebab itu orang cakap anjing adalah man’s best friend.
Quote emelia1509 29-12-2017 03:22 AM
Kesian tegok anjing tu..

Tapi x pasal je nasib jiran tu kan, jirus air je pun bole mati pulak..Dah jadi kes polis..
Quote lasagnaklcc 29-12-2017 04:40 AM
Kesian anjing tu... terpinga2 dia tuan mati sbb dia...
Quote highcastle 29-12-2017 08:53 AM
Baru je semalam kat depan rumah aku ntah anjing saper berak merata2 sampai bau dia masuk dalam rumah. Satu najis xpe lah, ni sampai 3 tempat Hangin memang hangin lah, tak pasal2 aku terpaksa kutip najis tu, yg keras ok lah, tapi yg lembik nak tak nak terpaksa sembur ngan air dari kejauhan. Masuk ni dah dua kali berlaku..  Dengar kes camni mcm serba salah nak tegur kalau aku terserempak. Harap berita ni sampai kat tuan anjing yg berak depan rumah aku la.. Buat pengajaran......
Quote prettyuglybabe 29-12-2017 10:09 AM
sedih tengok anjing tu.. kesian dia..
but tak dinafikan mereka yang bela anjing kat sini selalu biar taik anjing mereka macam tu je..
kalau stray dogs tu kita faham la..
ni anjing yang dibawak berjalan lepas berak terus jalan je..
tak kira la depan rumah orang ke apa..
Quote ad_hoc79 29-12-2017 10:26 AM
lagi kesian tengok anjing tu...
alamak...mana sifat manusia aku?? lebih kesian anjing dari tuannya
Quote krustykrab 29-12-2017 10:34 AM
prettyuglybabe replied at 29-12-2017 10:09 AM
sedih tengok anjing tu.. kesian dia..
but tak dinafikan mereka yang bela anjing kat sini selalu bia ...

Dulu adasorg kaur ni slalu bawak anjing dia jln2 waktu ptg...pastu selamba je dibiar mengangkang kat tayar kete, pokok, pasu org ....sakit jiwa ke tuannya
Quote mieymiey 29-12-2017 10:47 AM
Silap besar dia pegi tampar dan jirus air kat pesakit jantung dan darah tinggi.
Quote paz 29-12-2017 10:50 AM
Ala kesian nyer tengok anjing ni.
Quote arasham 29-12-2017 10:51 AM
krustykrab replied at 29-12-2017 10:34 AM
Dulu adasorg kaur ni slalu bawak anjing dia jln2 waktu ptg...pastu selamba je dibiar mengangkang k ...

Bodoh sgt tuan2 anjinh Dan kucing yg sedemikian Kan? Kat rumah akak ni ramai juga yg bodoh gitu.
Quote meisapoya 29-12-2017 11:03 AM
Ape la nasib anjing tu nanti {:cryrun
Quote moonbug 29-12-2017 11:18 AM
Alaa kesian anjing tu. Tunggu tuan dia tak bangun2. Man's bestfriend
Quote saladin780 29-12-2017 11:22 AM
siannya anjing tu..nmpak tekejut n sedih je
Quote cewekbopot 29-12-2017 11:30 AM
apa status suspek? kira pembunuh ke?

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.081568 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top