Filem arahan Pekin, KL Wangan telah tersebar di laman Facebook dan sudah pasti perkara ini amat mengecewakan dirinya. Melalui Instagram, dia hanya mampu berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sepatutnya. "Tidak mampu berkata apa... Biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan. Sabar, perjuangkan filem Malaysia, hentikan FB live," tulisnya. Pekin juga turut memuat naik gambar laporan polis yang telah dibuat. Merujuk laporan tersebut kejadian berlaku pada 3 Januari lepas. Filem tersebut telah ditayangkan secara Live melalui Facebook. Rata-rata pengikut turut melahirkan simpati dengan apa yang sudah berlaku. Ramai yang meminta agar pihak berkuasa segera menangani jenayah siber ini. "Kenapa masih lagi ada yang tak sedar walaupun ramai dah produser dan pengarah buat laporan tentang kes cetak rompak FB live ni. Tolonglah faham hasil kerja anak seni yang bersusah payah untuk hasilkan satu karya. Bukannya senang nak bersengkang mata pagi ke malam. Cuba bayangkan yang cari rezeki tu ahli keluarga anda sendiri untuk bagi anak-anak anda makan. Selagi perkara ni tak ambil tindakan keras selagi tu masih ada pekara sebegini. Keep strong bro," antara komen yang diterima. Filem yang berkisarkan dunia permotoran itu telah menelan belanja hampir RM5 juta dan masih ditayangkan sejak 21 Disember 2017. -CARI |
8
Bagus |
13
Marah |
22
Terkejut |
12
Sedih |
18
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepitsiput replied at 4-1-2018 05:52 PM
anyways..meols x faham bbnu yg fb live kt wayang... bukan dpt duit pun
Aduradura replied at 4-1-2018 06:04 PM
Dpt traffic la tokpit....skrg ni style org buat duit guna fblive....buat iklan dkt fblive....
yangsemb replied at 4-1-2018 06:23 PM
Jenayah siber yg xberkesudahan...sian Pekin
grouper replied at 4-1-2018 06:20 PM
Konsep tgk movie kat fb live ni ngan gmbor blur ni sebiji konsep asal berlaki
ADVERTISEMENT