CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Semua Manusia Bakal Mati, Tapi Caranya Berbeza-Beza! No.5 Tu Paling Ngeri, Berani Tengok?

5-1-2018 05:16 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 4169| Komen: 5|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Setiap orang pasti akan berdepan dengan kematian. Ajal maut di tangan Tuhan, apalah daya manusia untuk menghalangnya. Pelbagai cara kematian yang mengerikan kita pernah dengar sebelum ini kan?


Jom singkap sedikit, jenis kematian bagaimanakah yang paling ditakuti manusia dan kalau boleh nak elak jauh-jauh? 

Kanser

Foto: umlib.um.edu.my
Kanser adalah penyakit yang berpunca dari pelbagai faktor. Di penghujung nyawa, kanser boleh mendatangkan kesakitan yang dahsyat. Kebiasaannya doktor akan memberi ubat untuk menahan sakit itu namun azabnya  hanya orang yang menanggung sahaja yang tahu betapa dahsyat kesakitannya.


Terbakar

Sumber: thesun.co.uk

Seringkali kita dengar kes-kes kebakaran menyebabkan kemalangan jiwa. Namun peratusan kematian kerana api adalah sedikit. Ini kerana ramai antara mangsa yang berada dalam bangunan yang terbakar mati dahulu sebelum api menyambar mereka. Asap yang tebal terlebih dahulu melemaskan mangsa sebelum api ‘memanggang’ tubuh mereka. Api yang kecil juga boleh membunuh mangsa secara perlahan-lahan dengan kesakitan yang maha dahsyat sebelum jantung berhenti berdenyut.

Lemas

Foto: imgflip.com

Mengikut statistik, terdapat 360 000 jumlah kematian melibatkan lemas di seluruh dunia. Semua orang ada risiko untuk lemas kerana secara fitrahnya manusia tidak dapat bernafas dalam air. Risiko terbesar adalah pada kanak-kanak yang terdedah kepada air. Perlahan-lahan air akan masuk dalam rongga hidung dan terus kedalam paru-paru menyebabkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida tidak dapat dilakukan, seterusnya kita akan kelemasan. Kematian cara ini perlahan-lahan dan sangat mengerikan.

Radiasi

Sumber: dailymail.co.uk

Sekiranya anda berada berhampiran dengan bahan-bahan buangan beradiasi tinggi, anda akan rasa sakit dengan kadar yang cepat. Selesema yang teruk, mual, sakit kepala dan demam adalah tanda-tanda anda terkena keracunan radiasi. Keseluruhan sistem saraf anda akan mengalami gangguan dan anda boleh terkena sawan sebelum anda mati dalam tempoh 48 jam jika tidak dirawat.

Terpenyek

Sumber: asterisk.apod.com
Kedengarannya sangat lucu kerana kata lain yang boleh digambarkan adalah kematian berpunca dari jatuhan oleh objek keras dari atas yang menimpa kita. Jika tidak batu, kereta, gajah atau apa sahaja objek berat boleh menimpa kita secara tidak sengaja. Kematian dengan cara ini adalah cepat jika kepala kita hancur dahulu, kurang sakit dan tidak terseksa. Keseksaannya bergantung pada mana-mana bahagian anggota badan yang dihempap dahulu. Hasilnya? Mungkin perlahan dan agak menyakitkan.

Dimakan binatang buas

Foto: annam365.weebly.com
Kita tidak perlu risau sebenarnya berkenaan serangan binatang buas yang menjadikan manusia sebagai hidangan mereka, tapi dari masa ke semasa ianya tetap berlaku. Antara haiwan yang popular menjadikan manusia sebagai lauk adalah buaya, singa, beruang serigala dan harimau. Kami berpendapat ianya sangat menyakitkan tambah-tambah lagi bila membayangkan ada gigi yang keras sedang merobek daging dan tulang kita sebelum mati. Ouch!

Kapal terbang terhempas

Foto: kitamanusiakelana.blogspot.my
Terperangkap dalam sebuah kotak besi bersayap bersama hampir 200 orang yang berada pada ketinggian beribu kaki, boleh diibaratkan bagai terperangkap dalam keranda jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. Tak semua kemalangan kapal terbang itu mati, tapi ada banyak cara ianya boleh membunuh kita. Ini kerana apabila sebuah kapal terbang yang nak terhempas, ia akan menjunam dalam kelajuan yang sangat cepat, kaki dan tangan kita berkemungkinan akan terkoyak dan tercabut dari tempatnya dan organ-organ dalaman kita akan ‘mencair’ apabila menghentam tanah. Jika kapal terbang itu tercabut, anda boleh tercampak keluar kerana disedut akibat tekanan yang rendah dalam kapal terbang. Jika semua itu tidak berlaku, ada kemungkinan anda akan mati kerana kapal terbang itu meletup sebelum terhempas. Harapan terbaik adalah apabila kapal terbang itu terhempas dalam air dan kemudiannya kita mati akibat kesejukan.

Letupan 

Foto: amazingnara.com
Walaupun kemalangan jenis ini jarang berlaku namun sekiranya berlaku ia merupakan kematian yang segera. Pernah ada kes di mana dalam sebuah pelantar minyak yang meletup menyebabkan empat orang daripadanya berkecai dan mencederakan seorang berhampiran. Tak sempat nak mengucaplah kiranya dah mati. Hanya cebisan-cebisan mereka yang dapat dikumpul dan dikebumikan. 

Namun apa jua yang berlaku, manusia tetap akan mati. Persoalannya apa yang akan terjadi pada mereka yang ditinggalkan tadi? Pada mereka yang meninggalkan harta, alangkah beruntung waris. Jika mereka tiada harta, tapi ada perlindungan takaful atau insurans pun sudah sangat beruntung. Janganlah kita membazirkan nyawa yang ada dengan membunuh diri. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana, sudah sedia? -CARI
9

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 5-1-2018 09:47 PM
Kalau dah sedia, takdelah kita panggil kemalangan kan
Quote Jorja 6-1-2018 05:53 AM
Tak kisah lah macam mana cara pun yg penting semoga kita tak mati ketika sedang melakukan maksiat atau dalam keadaan aib. Na'uzubillah.
Quote mrizumi 6-1-2018 07:23 AM
Mmg ngeri n sakit sgt mati cara mcm tu..
Mtk dijauhkn dr malapetaka teruk2 ni..
Quote Kelabuasap 6-1-2018 03:27 PM
Mmg betul rupanya d penghujung nyawa kanser mndatangkn kesakitan yg amat sangat
sbb pernah ada pengalaman lihat saat akhir pesakit kanser mmg nmpk kesakitannya....sedih sgt..
Quote onexox97 6-1-2018 05:51 PM
gerun memikirkan mati sebab amal belum cukup

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.083257 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top