CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Kalau Macam Ini, Mesti Hari-Hari Nak Makan”. Unik Penyediaan RMT Di Sekolah Ini

11-1-2018 12:15 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6212| Komen: 17|Original author: Oleh: Whitney


Untung murid-murid zaman sekarang kerana kualiti makanan yang disediakan oleh pihak sekolah melalui Rancangan Makanan Tambahan (RMT) semakin bagus. Jika dahulu, makanan yang disediakan di kantin sekolah asal siap sahaja dan rasanya juga tiada. 

Malah, makanan dan minuman yang disediakan di dalam pinggan dan gelas terdedah kepada lalat dan pencemaran.

Benarlah, tanggungjawab pihak sekolah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan bersih kepada murid-murid yang layak menerimaRMT adalah penting agar mereka dapat menumpukan perhatian ketika belajar. 

Pihak kantin yang menyediakan makanan pula perlu patuh dalam menyediakan makanan yang bermutu dan tidak mengambil kesempatan atas kekurangan murid-murid.

Penyediaan RMT yang kemas, bersih dan menarik di SK Bako, Sarawak telah di kongsi oleh seorang pemilik facebook dengan nama Cikgu Emmet Menulis. 


Dia tertarik kerana kaedah penyediaan sebegitu dapat menarik perhatian murid-murid dan teruja untuk menjamah makanan yang disediakan setiap hari. 


Ramai netizen yang memuji pengurusan pihak sekolah dan kantin yang berusaha menyediakan RMT yang terbaik untuk murid-murid. 

Ada juga netizen yang pernah kena bawa bekal sendiri dari rumah masa hendak ambil makanan RMT di sekolahnya. 


Komen seorang netizen ni agak lucu tetapi mungkin ada benarnya. Mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan RMT ini mungkin seorang yang sangat teliti dan pentingkan kesempurnaan. 

Jadi, sebab itulah ia kelihatan kemas, cantik dan tersusun. Malah, rupanya banyak juga sekolah lain yang dah guna kaedah penyediaan makanan sebegini.


Siapa masa zaman sekolah rendah dulu, kalau cikgu panggil makan RMT, berebut nak pergi makan makanan yang belum diusik sebab ada murid yang layak dapat RMT itu tak datang sekolah atau tidak mahu makan? - CARI 
31

Bagus
21

Marah
27

Terkejut
12

Sedih
19

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 11-1-2018 12:49 PM
apa syarat2 nak dapat RMT ni?
Quote Artemesiaa 11-1-2018 12:51 PM
Nampak bersih dan kemas bila mengunakan bekas bertutup sebegitu tak terdedah macam kalau guna pinggan biasa.  Kebersihan pun lebih terjaga
Quote tembikai 11-1-2018 01:20 PM
suka tgk mcm ni..kemas..bersih...InsyaAllah..sedap dan berkhasiat.
Quote kroit92 11-1-2018 01:48 PM
wuu bersih, nice, bagus

jangan jadi macam sekolah aku dulu,
kelkatu berenang gaya bebas dalam cawan-cawan sirap ais
5 tahun bawak bekal air sendiri, sampai sekarang jadi habit
Quote manehnya 11-1-2018 02:46 PM
seronoknya zaman skrg makanan RMT nmpk sedap

dulu2 dlm pinggan, nasik ngan sambal ja..
Quote kechikchomel 11-1-2018 03:03 PM
skolah ktorang dulu budak2 RMT kuar rehat dulu...skali ngan pengawas
#sajeTB
Quote Lagubestbest 11-1-2018 03:07 PM
RMT bukan air kotak ke? Mane air kotak?
Quote ninjago 11-1-2018 03:07 PM
tahniah kat mereka2 yg handle RMT kat sekolah tu.. semoga istiqomah. mesti budak2 pun semangat nak makan tak sabar tunggu waktu rehat. parents yg anak2 xdapat RMT pun mesti ter-challenged nak sediakan bekal makan kat anak elok2.. kesian kt anak teringin tgk bdk RMT makan
Quote AznieBunnie 11-1-2018 04:00 PM
masa darjah 4 dulu dapat RMT. masuk tapawe elok je. tak la sedap sangat, tapi OK la. makan tanpa ragu-ragu.

isnin mee goreng. selalu 'jual' kat kawan 20sen. sbb saya tak suka mee goreng. guna duit untuk beli makanan kat kantin.
hari rabu bubur kacang dengan roti 2 keping. ni dapat je, terus makan. tak simpan rehat.
then ada nasi goreng, nasi lemak dengan bihun goreng kalau tak salah.

sekolah teluk kumbar tepi laut ... hihihihi.
Quote L_Z 11-1-2018 04:04 PM
Tahniah guru besar sek tersebut.... Good idea
Quote ~boolean 11-1-2018 04:52 PM
Kalau dapat makcik kantin yang menang melalui open tender, memang selalunya makanan boleh diterima tekak.

Tapi kalau makcik kantin tu kroni orang2 tertentu, murid makan nasi berlaukkan lalat apa diorang peduli. Asalkan duit masuk...
Quote hyie 11-1-2018 07:10 PM
kechikchomel replied at 11-1-2018 03:03 PM
skolah ktorang dulu budak2 RMT kuar rehat dulu...skali ngan pengawas
#sajeTB

sekolah kitorang pon sama ala2 orang lain keluar kol 10, kita keluar 930, bleh skip kelas
Quote kechikchomel 11-1-2018 07:15 PM
hyie replied at 11-1-2018 07:10 PM
sekolah kitorang pon sama  ala2 orang lain keluar kol 10, kita keluar 930, bleh skip kelas :l ...

untong laaaa..pastu masuk klas sama macam org lain kannn...
Quote meya 12-1-2018 05:42 PM
~boolean replied at 11-1-2018 04:52 PM
Kalau dapat makcik kantin yang menang melalui open tender, memang selalunya makanan boleh diterima t ...

Sangatlah betul..ada tu sampai pihak sekolah pun tak berani nak usik hehe
Quote MyNameIsIris 12-1-2018 05:56 PM
cakap pasal makcik kantin
selalu terserempak dengan makcik kantin sekolah rendah i jual karipap ke, keropok ke kat luar giant merayu orang beli makanan dia
dulu dia boleh kata mewah lah juga
apesal ntah jatuh teruk
sepanjang i membeli dengan dia dulu, dia baik je
sedih pula tengok dia sekarang
Quote pearl.silver 30-1-2018 06:48 PM
Rajin pekerja kantin tu nk cuci bekas plastik banyak bucu ni..
I ingat dulu makanan rmt hari2 nasi lemak..
Tp i bukan penerima..kwn yg penerima rmt tu lg byk duit belanja dr i
Quote biskutsusu 16-2-2018 10:27 PM
syarat makanan rmt memang kena letak dalam bekas ke? Sekolah anak i pun macamtu. Tapi, kat sekolah anak lelaki, mana mana budak rmt yang berbelanja waktu rehat, cikgu marah. Sebab patutnya makan makanan rmt je.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.143796 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top