Masalah sebutan huruf R, S dan F memang nampak remeh. Namun, cuba bayangkan kalau pasangan anda berwajah cantik, sekali bercakap keluar sebutan R, S dan F sampai menyembur air liur. Tak ke haru? Tapi, kalau dah nama pun sayang, semua nampak cantik di mata, kan?
Jangan buat main perkara seperti ini sebab bukan si dia saja mengalami masalah sama. Ramai lagi di atas muka bumi ini yang senasib. Ahli keluarga sendiri pun mungkin menghadapi kesukaran ini. Kalau yang tak kuat semangat tu, pasti malu jika menjadi bahan ejekan orang sekeliling. Eh, streslah begini!
Umumnya, untuk membaca ayat al-Quran seperti sebutan R atau Rho dalam tajwid, jika disalah sebut akan memberi maksud yang berbeza. Memang ustaz dan ustazah akan tegur salah sebutan. Memang 'masalah' ini bukan perkara main-main. Kenapa susah nak sebut? Lidah pendek? Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan ‘frenulum linguae’, yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat. Misalnya, anda menyebut huruf 'R', tapi tidak jelas sehingga terdengar seperti huruf 'l' atau pengucapan huruf 's' yang menjadi 'th'. Perkara ini memang normal bagi kanak-kanak sebab ia bermula dengan sebutan pelat, tapi kalau dah dewasa boleh jadi tekanan. Menurut National Geographic Indonesia, ia adalah disebabkan koordinasi bibir dan lidah kurang matang. Kemampuan mengucapkan kata-kata secara sempurna sangat bergantung pada kematangan sistem saraf otak terutama bahagian sensor motorik otot-otot lidah. Umur 6 tahun dan kena latih? Sebutan R memerlukan lidah untuk bergetar. Udara diperlukan untuk menggetarkan hujung lidah dan pita suara dibunyikan. Menurut kajian berkaitan pendidikan awal kanak-kanak, biasanya mereka boleh menyebut huruf R, S dan F dengan jelas pada usia antara 6 hingga 8 tahun. Kalau tidak mahu anak anda pelat hingga dewasa, latih dari awal. Bagaimana nak betulkan? Bagi yang sudah dewasa, anda boleh jalani terapi pertuturan (speech theraphy) dengan syarat, memang tiada kelainan atau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan jadi seperti ini. Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut. Atau, anda boleh dapatkan nasihat pakar terapi pertuturan. Lagi elok, rajin-rajin buat senaman mulut dengan mencari ayat pembelit lidah (tongue-twister) seperti: - Rambut Ramlah Ram lurus (sebut berkali-kali) - Lori lalu lalang layu - Cuka kicap, cuka kicap, cuka kicap - Red lorry, yellow lorry Jangan jadikan masalah ini satu kekurangan dalam diri. Pelat itu bukan cacat, ya. - CARI |
75
Bagus |
22
Marah |
24
Terkejut |
33
Sedih |
23
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
penhitammm replied at 12-1-2018 02:37 PM
err....kiranya orang perancis tu lidah diorang satu kilang ke nok?? sebab semua pun se-pesen je sebu ...
botol_tritan replied at 12-1-2018 03:37 PM
I ada kawan sekolah dulu yg x boleh sebut 'r' langsung. time semayang asar (sebelum balik sekolah ag ...
noell replied at 13-1-2018 04:19 PM
mcmana ustazah tuh bole dengaq?kan solat asar tak baca kuat??ka ustazah tuh dok sebelah dia masa s ...
ADVERTISEMENT