CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kak, Dah Basi Tu, Kenapa Campur?' - Tukang Masak Kantin Sekolah Tak Nak Rugi

17-1-2018 01:00 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6488| Komen: 13|Original author: Oleh: Whitney


Bagi sesetengah ibu bapa yang sibuk bekerja, mereka mungkin tidak ada masa untuk menyediakan makanan di rumah apatah lagi menyediakan bekalan anak-anak ke sekolah. Solusinya, mereka hanya memberikan wang secukupnya untuk anak-anak membeli makanan di kantin sekolah.

Sejauh mana makanan yang dijual di kantin itu berkhasiat dan bersih penyediaannya? Kesian pula dengan anak-anak yang tidak di ambil berat tentang pemakanan sedangkan ia memberi kesan kepada kesihatan dan pembelajaran. 

Lagi-lagi apabila ada pihak kantin sekolah yang mengambil kesempatan ke atas murid-murid demi mengaut keuntungan dan langsung tidak mahu rugi.

Kisah benar disebalik penyediaan makanan di kantin sekolah didedahkan oleh As MamaHasnur di laman facebook miliknya. Ia berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah menjadi seorang tukang masak di kantin sekolah walau hanya 10 hari.



Ramai netizen yang marah dan sedih apabila mengetahui cerita sebenar di sebalik kantin sekolah tersebut. Ada yang baru sedar mengapa anaknya tidak ada selera ketika di sekolah.  


Netizen juga bersetuju yang harga makanan di kantin sekolah cekik darah atau sama dengan harga di luar sekolah sedangkan makanan tidak sedap.


Ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan wanita ini yang tidak terus melaporkan perkara ini kepada pihak sekolah. 

Bagaimanapun, ia sudah cukup baik kerana wanita ini berani tampil untuk memberi peringatan kepada ibu bapa supaya menyediakan bekalan unuk anak-anak ke sekolah agar mereka dapat makan makanan yang bersih dan berkhasiat. 


Tidak semua kantin sekolah yang macam ini. Anda janganlah pukul rata. Kesian pada pengusaha kantin lain yang jujur dan ikhlas berniaga. Tapi, kalau rasa nak selamat, rajin-rajinkanlah diri tu sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah. - CARI 

3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 17-1-2018 02:09 PM
Masakan ibu terbaik
Quote mieymiey 17-1-2018 03:28 PM
Kedai makan, restoran pun banyak jer yang buat macamni. Takder rasa tanggungjawab langsung.
Quote BebeQ 17-1-2018 04:08 PM
dia tak kena lagi macam kantin anak aku, 2 minggu kena tutup bila budak2 keracunan makanan dia hari pertama sekolah.
Quote Artemesiaa 17-1-2018 05:02 PM
Rasanya benda ni bukan berlaku kat kantin sekolah je.  Restaurant, kedai makan, gerai makan, peniaga pasar malam pun ramai je berbuat sedemikian.  Bab guna bahan kurang berquality pun dah makin ramai pengikutnya sejak bahan makanan mahal dan adanya gst ni.  Tapi tak dinafikan bukan semua peniaga sebegitu.  
Quote minguk 17-1-2018 05:45 PM
kesian kan... padahal kalau jual elok2 kantin tu, kaya akak tu.. budak2 mana boleh beli makanan kat luar selain kantin.. hmph! tu pun nak kena i fikirkan..
Quote kroit92 17-1-2018 07:30 PM
memang certain kantin sekolah buat macam ni

aku dulu pun gigih beli roti dalam plastik tu, waktu tu 50 sen je, daripada beli makanan masak kat dapur. lepas termakan lauk basi.

menyumpah aku, nak untung tapi menipu. harap kau lingkup dan jangan berniaga bagi orang makan kalau perangai masih sama
Quote rogayahtop 17-1-2018 11:27 PM
haih tak semua kantin sekolah mcm ni. tak puas hati dgn kantin sekolah anak kita buat laporan. jgn samakan kantin lain dgn kantin anak kita

akak teringat makcik2 kantin n dewan makan yg punyelah bai sampai sanggup tunggu kalau ada yg tak sampai makan lagi walaupun patutnya dah tutup dewan or dah siapkan keje lain.

baik2 nyer abang, akak n makcik kat kantin sekolah yg bagi budak2 berhutang diam2. mak datang baru bgtau anak ada berhutang.

tak untung mana pun kantin sekolah ni, kalau yang x ikhlas tu tak lama bertahan dik.

Quote MissVixen 17-1-2018 11:59 PM
Pengusaha kantin ni nak dapat tender kantin, kena rasuah sana sini. Ada runner yang kena bayo. Jadi nak balik modal sambil ambil untung, mereka jual benda basi dan paling murah. Sial manusia yang ambil untung atas angin ni. Sampah masyarakat. Inilah golongan yang jadi barah masyarakat. Anak2 mereka pon jadi sampah.
Quote RatuDunia94 18-1-2018 01:46 AM
Teringat new year 2016 iols keracunan makanan gara2 mkn kat satu kedai ni.. Iols muntah2 beri cair siap package demam sekali.. Sampai skrng banned terus kedai tu..
Quote nordiana87 18-1-2018 08:49 AM
Mee xbasuh? Kalo kat pasar malam, mee, ketiaw, mana ade basuh. Selamba badak depan2 org ramai, bukak plastik masuk kuali. Cust plak bapak pnjg beratur tggu nk beli.
Quote mizzmimi 18-1-2018 09:55 AM
Sekolah aku dulu satu bas kena hantar hospital, cirit birit muntah2 makan mee goreng basi kat kantin. Makcik kantin selamba cakap.. Ni masak pakai mi cina pasal tu cepat basi, kalau pakai mi melayu buat lambat basi.. Ye lah kau, pastu kalau pakai mi india cane plak? Pasal keracunan makanan pun nak racist ke? Bodoh!
Quote pearl.silver 18-1-2018 11:48 AM
Yes...masa sekolah dulu mi goreng xsedap nk mampus..pahit.pastu goreng kosong semata kicap n sawi je
Sampai besar i allergic nk mkn mi goreng kt kedai
Quote yangsemb 18-1-2018 11:53 AM
Masa iols studi di kolej dulu, kicap2 didewan makan disyaki telah dicampur kopi. Ntah ngapa laaa kicapnya pahit nawnaw...yuckss

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042063 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top