CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Denda Lelaki Ponteng Solat Jumaat: Tapi Bagaimana Ya?

22-1-2018 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6146| Komen: 8

Menurut laporan media, lelaki Islam yang ponteng solat Jumaat di Kuala Pilah Negeri Sembilan boleh didenda RM1000 atau penjara enam bulan. 

Hukuman itu kata pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Mohd Raizalani Mohd Rais, berdasarkan perundangan jenayah syariah Negeri Sembilan. 

Secara terperinci – seksyen 113 enakmen jenayah syariah Negeri Sembilan 1992. 
  
Maka denda atau hukuman penjara boleh dijatuhi ke atas lelaki Islam yang akil baligh, yang tidak solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa sebarang alasan munasabah atau sebab kesihatan. 

Sebelum ini kalau tak silap saya Terengganu ada juga mengumumkan tindakan serupa.

Bukan tujuan saya mengulas tindakan demikian atau mempertikaikannya.  Kita semua akur solat Jumaat wajib bagi lelaki Islam.
Tapi sekadar ingin bertanya. Bagaimana undang-undang itu akan dikuatkuasakan.



Adakah jemaah yang datang ke masjid untuk solat Jumaat perlu mendaftarkan diri untuk mengesahkan kehadiran  mereka? Bolehkah ini dilakukan? 

Jika boleh sekali pun, siapa pula si tukang catat nama? Soalan yang sama diaju oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Ketika media meminta  beliau memberi komen  mengenai peraturan itu Mohamad berkata “saya hendak tanya siapa yang akan ambil kedatangan itu, hendak catit berapa kali orang datang, berapa kali dia tak datang.”.

Anehnya beliau selaku pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan tidak tahu menahu mengenai peraturan Kuala Pilah itu.
Satu lagi persoalan – adakah setiap masjid di Kuala Pilah mempunyai alat perakam waktu untuk Jemaah “clock in”? 

Atau mempunyai senarai nama Jemaah dalam qariahnya? Lalu bila mereka datang ke masjid mereka perlu mencatit nama mereka yang sudah sedia tersenarai? 

Bagaimana pula jika jemaah pada hari Jumaat tertentu berada diluar Kuala Pilah  dan solat di masjid lain? Tentulah namanya tidak tercatit. Jadi adakah dia akan dituduh tidak hadir? Ponteng solat? 


Mohd Raizalani mengakui sasaran utama pihaknya ialah lelaki Islam yang lepak lepak di tempat awam dan pusat memberli belah ketika solat Jumaat didirikan di masjid. 

Lantas persoalanya pula ialah siapa yang akan meronda dan memantau kawasan lepak itu semua? 
Pegawai masjid? Pegawai penguatkuasa? Tapi bila pula mereka hendak solat Jumaat? Jika mereka terpaksa cari orang ponteng solat ketika solat Jumaat sudah bermula? 

Bukan tujuan mempersenda. Bukan juga menuduh peraturan itu tidak praktikal.
Ditegaskan sekali lagi cuma ingin tahu cara ia dilaksanakan.

Memang tujuan dan matlamatnya murni. Namun soal pelaksanaan elok difikirkan terlebih dahulu sebelum peraturan dikuatkuasakan . 
Apatah lagi ini soal agama.
   
26

Bagus
15

Marah
19

Terkejut
22

Sedih
20

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NBH 22-1-2018 01:49 PM
Hangat-hangat tahi ayam ja la. Ni pengalaman aku dari setahun dua lepas masa negeri kedah mula lulus peraturan denda ni. sebulan dua, masjid kt kg letak meja depan pastu suruh tulis nama sendiri kat borang kehadiran. sampai masa khutbah pun ada yg dok beratur nk tulis nama. 2-3 bulan lepastu dah takdak dah. kadang-kadang orang yg konon beragama ni tak berpijak dibumi nyata dan buat perkara yang tak masuk akal.
Quote RatuDunia94 23-1-2018 01:27 AM
Setakat solat jumaat je tp solat 5 waktu x buat x guna juga.. Itu pon buat sb. Takut kena denda.
Quote palmolive 24-1-2018 11:33 AM
tak praktikal sgt tulis nama kt buku tu...
Quote Artemesiaa 24-1-2018 03:40 PM
Bila nak buat satu2 peraturan tu elok difikirkan sama cara perlaksanaan yang paling berkesan barulah boleh berjaya.  
Quote BookerT 26-1-2018 01:06 PM
undang2 pondan yang mengaku Islam pun nak kena tunggu berkelakuan tidak senonoh baru boleh didakwa nyah nak tambah peruntukan baru ke nyah..tak silap mak undang2 ponteng solat jumaat ni dah ada dah kan dekat KL...mak tengok bersepah je mak2 hayam jantan berseluar pendek berantai besi belek mak hayam bertudung tak pergi solat jumaat...tu tak masuk bebudak kfc jalan raja laut lagi nyah...mak sokong je janji ada yang tertangkap masuk tv dan forum untuk mak ketawakan...
Quote BookerT 26-1-2018 01:07 PM
palmolive replied at 24-1-2018 11:33 AM
tak praktikal sgt tulis nama kt buku tu...

menjadi kerja siak masjid nak menyemak setiap nama nyah..sedangkan penggunaan punch card dekat kelas di ipt pun dah lama digajah putihkan nyah...
Quote BookerT 26-1-2018 01:08 PM
NBH replied at 22-1-2018 01:49 PM
Hangat-hangat tahi ayam ja la. Ni pengalaman aku dari setahun dua lepas masa negeri kedah mula lulus ...

kan nyah...itu lah nyah..kalau kita kata sekolah pondok tak menjamin akal yang bijak marah siap keluar dalil naqli..pening kepala mak dengan mereka ni nyah...
Quote palmolive 26-1-2018 03:15 PM
BookerT replied at 26-1-2018 01:07 PM
menjadi kerja siak masjid nak menyemak setiap nama nyah..sedangkan penggunaan punch card dekat kel ...

pihak masjid kena proaktif lg

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037777 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top