CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Lawan Arus Maut Dirempuh MPV

22-1-2018 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6383| Komen: 44

Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam nahas di KM269.8 Lebuh Raya Utara - Selatan arah Selatan, Ipoh, malam semalam (Ahad).


Sinar Online melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 malam selepas Muhammad Irfan Amirul Hasazhar, 17, menunggang motosikal melawan arus.


Foto: Sinar Online

Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha R25 dari arah Kuala Kangsar, dipercayai terlepas susur keluar ke Ipoh, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby.

"Mangsa bertindak menunggang melawan arus lebuh raya sebelum terlanggar pembahagi jalan menyebabkan mangsa bersama motosikalnya tercampak ke jalan utama.


"MPV Toyota Vellfire dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa hingga tercampak ke bahu jalan," katanya.

Tambahnya, pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana kecederaan parah di bahagian badan.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan di kepala dan dada akibat kemalangan jalan raya.

"Pemandu kereta berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan namun siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. - CARI
17

Bagus
16

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 22-1-2018 12:37 PM
dh kenapa pandu lawan arus?
Quote jazaa100 22-1-2018 12:42 PM
chinta89 replied at 22-1-2018 12:37 PM
dh kenapa pandu lawan arus?

Terlajak nak keluar toll.....

nak pusing balik, amik masa lama & jalan jauh....
Iyalah, kat hiway klu terlajak, memang masak lah nak cari exit kat depan....

Quote pejol 22-1-2018 12:49 PM
17tahun...bawak R25...perrhhhhh
Quote Clan204 22-1-2018 01:17 PM
Bukan ipoh ada 2 exit ke? Ke koi silap?
Quote prettyuglybabe 22-1-2018 01:23 PM
dah salah terus je la ke next exit..
jauh pun jauh la dari ko menyusahkan orang lain..
tak pasal-pasal dah tergendala urusan pasal ko terlepas exit..
Quote paz 22-1-2018 01:27 PM
Jangan lah cuba nasib, kan dah melayang nyawa.
Quote azimodin 22-1-2018 01:54 PM
Bukan takat motor yang sesuka hati reverse/bawak bertentang bila terlepas exit. Kereta pon sama. rasanya hampir tiapp2 bulan aku ternampak kes2 camni. Bila eksiden nak salahkan kenderaan lain. aku pon pernah gak terlepas exit tapi jalan terus ke exit seterusnya. bukan susah sangat pon
Quote aleesyasofia 22-1-2018 02:15 PM
Clan204: Bukan ipoh ada 2 exit ke? Ke koi silap?


kalau xsilap mmg ade dua tol ipoh (u) dan ipoh (s).. tp satu utk byr toll satu lg utk touch card utk exit tol strusnya.. rsenya gitu la.. kalo slh mhon maaf..

kalo trlps exit ipoh tue ptutnya blh jer exit smpg pulai.. mmg la jauh.. drp bhayakn nyawa..
Quote kucingitam 22-1-2018 02:30 PM
bagusla...sendiri cari pasal..

dekat ipoh ni dah banyak kali aku hampir terlanggar  org jenis bodoh gini, terlepas susur keluar, reverse. jalan je lah ke depan tu..ada satu lagi exit.

di kl, pun hampir kena..cara yang sama, terlepas exit, reverse. nasib tak terbabas kereta nak elak punya pasal.
Quote pearl.silver 22-1-2018 02:35 PM
Trauma nye jadi driver vellfire
Kne jual terus kereta tu...dah langgar mati org {:laugh
Quote sukacactus 22-1-2018 02:36 PM
Itu la...dah buat silap sekali (terlepas exit), kenapa nak tambah silap yg ke 2.
Kan dah hilang nyawa
Quote fifie_olin 22-1-2018 02:39 PM
peribahasa biar lmbt asal slmt..masih relevan di zmn ni
Quote minguk 22-1-2018 02:46 PM
takziah.......
Quote Modngengade 22-1-2018 03:30 PM
adakah ini dianggap cash sister?
Quote Burong_Hantuk 22-1-2018 03:31 PM
al fatihah dan salam takziah
Quote MH3707 22-1-2018 04:09 PM
sendiri cari penyakit...nah amikau
Quote krustykrab 22-1-2018 04:10 PM
eloklah beliau pergi dulu, drpd beliau selamat, kemudian rasa syok asik buat lps tu menyebabkan kematian org lain pulak..


entahla ko tenang tak kat sana dik sbb dah sah2 salah ko tu
Quote zulka 22-1-2018 05:00 PM
moto ayah dia ke?
Quote exclusive_vvip 22-1-2018 05:19 PM
memula rasa nak cashkan..tapi baca dia terlepas exit, kesian la plak,x jadi nak cashkan...kot la, duit n minyak dia x cukup utk sampai ke next exit...maklumla budak..ntah ke ada 5hinggit je dlm poket...tu yg dia nekad lawan arus tu...i speku la...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.101354 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top