CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Sampai Bila Mahu Berlagak?

24-1-2018 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6049| Komen: 5

Sehari dua ini saya begitu terganggu dengan beberapa peristiwa yang memperlihatkan kesombongan seseorang.  Dia yang saya kenal sejak sekian lama rupa-rupanya tidak pernah berubah.  Ego dan lagaknya tidak kurang walau sedikit pun. Meskipun kedudukannya sekarang tidaklah sehebat dulu.


Benar, taraf dia dan saya bagaikan langit dan bumi. Saya hanyalah gagak di rimba sedangkan dia, merak kayangan. Saya tidak pernah cemburu dengan apa yang dia ada kerana pada saya itu sudah rezeki masing-masing. 

Bagaimanapun, kata-katanya yang memandang rendah golongan marhain khususnya yang bekerja sendiri ini membuatkan hati saya terusik. Dia bagaikan mencabar saya untuk membuktikan bahawa saya juga mampu berjaya (mungkin ukurannya kaya raya). 

Sedangkan bukan itu yang saya mahu. Saya memilih untuk tidak bekerja lagi kerana saya mahukan masa saya sendiri. Saya tidak mahu bekerja di bawah telunjuk orang lain. Saya inginkan kebebasan berkarya dan bekerja. Itu sahaja.

Tidak langsung terlintas di kepala saya untuk hidup kaya raya dan mempamerkan segala kekayaan dan kebahagiaan saya di laman sosial. Itu tidak perlu. Jadi, kepada dia atau sesiapa sahaja usahlah cuba membuat kesimpulan tentang hidup seseorang hanya berdasarkan statusnya di Facebook.


Kepada semua netizen, saya juga berharap agar kita dapat mengelak beberapa perkara di bawah ini supaya  kita tidak mudah bersangka buruk atau memandang rendah pada seseorang.

1. Status di Facebook hanya 0.1% daripada kehidupan seseorang. Usah mudah membuat kesimpulan sama ada orang itu bahagia atau derita. Tidak wajar untuk kita cuba menilai orang hanya berdasarkan status di laman sosialnya.

2. Hidup anda dan orang lain tidak sama. Usah cuba jadi guru atau berasakan anda saja yang betul atau anda sahaja yang hebat. Manakala orang lain semua silap atau cikai.

3. Biarpun dia hanya menjual besi buruk atau bahan terbuang, tidak semestinya dia hidup susah. Usah pertikaikan cara orang lain mencari rezeki. Waima dia hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Jangan cepat sangat menghina. Allahyarhamah Datuk Maznah dulu pun pernah menjadi pengawal keselamatan di awal bisnesnya bertapak. 

4. Usahlah lancang sangat menghina apa yang orang lain buat. Anda tidak berada di dalam kasutnya, jadi anda tidak tahu apa situasinya.


5. Jika anda pernah memberi dia sesuatu yang anda ingat ‘besar’ sangat, sebenarnya anda salah. Bukan anda yang memberi tetapi Allah yang memberi. Anda hanyalah asbab. Jadi, sama ada Allah mahu menarik balik atau tidak, itu bukan urusan anda lagi.

6. Setiap orang ada ‘up and down’ dalam hidupnya. Jadi, bila hendak mengata orang, fikirlah masa kita pula nanti. Simpanlah sikit kejian dan umpatan itu untuk diri sendiri kelak. 

Mungkin ada yang sukar memahami perkara yang tersirat di sebalik artikel ini tetapi saya yakin, hal seperti di atas adalah sebahagian daripada kehidupan kita seharian. Ada kala kita rasa muak bila memikirkan sikap orang yang Allah berikan kesenangan tetapi gemar memperlekeh orang lain.

Semoga kita berbahagia dengan cara kita sendiri. Usah fikirkan cakap orang. Paling penting, kita tahu apa yang kita mahu.  Jumpa lagi!

Liza Ali
Facebook: Liza Ali
www.123mamanet.com
29

Bagus
23

Marah
27

Terkejut
20

Sedih
22

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (158 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 24-1-2018 03:48 PM
Betul tu suka sangat menghakimi orang lain dan suka bersangka2 lebih banyak membawa keburukan dalam masyarakat
Quote Burong_Hantuk 24-1-2018 03:58 PM
Quote Iema5008 24-1-2018 07:41 PM
Orang sekarang walau alim dan bermain dgn kata2 serta ayat2 hadis segala kat wall fb dan sebagainya tetap aku tak pandang dan percaya sebab org mcm ni lah yang sgt sombong dan bongkak dia saja yg betul kononnya..

Jadi kat aku skrg. Konon nak banteras maksiat sebab aku enjoy life aku jenjalan hidup sendiri x dbalut dgn perkara joyah atau makcik2 bwang yg mbuatkn orsng alim kpg aku rasa tak senang. Satu kpg dia jaja bhawa anak dia kerja gomen pangkat tinggi tak tinggal solat. Wlaupun pangkat tinggi katanya adalah mustahil bgi anak dia vacay setahun dua tiga kali banding aku yg kerja cikai asek vacay dok kondo. Mesti dtaja katanya

Quote Lollipop111 25-1-2018 07:41 AM
Point no 5 tuh sy akn ingt... betul tuh kita hanya asbab, selebihnya bukan urusan kita lagi...
Quote palmolive 25-1-2018 01:21 PM
nak tengok salah sifat semulajadi manusia adalah masa atas jalan raya...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.037319 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top