CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Berangan Nak Kahwin Kalau Anda Belum Lakukan 6 Perkara Ini...

26-1-2018 02:42 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 6835| Komen: 10|Original author: Oleh: Amiey

Setiap insan semestinya mempunyai naluri ingin berpasangan ataupun berkahwin. Tidak salah untuk berkahwin malah digalakkan untuk percepatkan perkahwinan apabila tiba masanya.

Gambar Hiasan

Tapi, apa yang tidak seronoknya apabila ada yang menganggap kahwin ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan tanpa memikirkan tanggungjawab yang bakal digalas dan tidak benar-benar mempersiapkan diri sebelum mengakhiri zaman bujang. 

Jangan Berangan Nak Kahwin Kalau Anda Belum Lakukan 6 Perkara Ini...


Menerusi Pesona Pengantin, kami kongsikan beberapa persediaan awal yang perlu dilakukakan oleh si bujang di luar sana sebelum berkahwin. 

Persediaan ini merupakan perkongsian daripada blog IIUM Confession dan sangat menarik untuk dijadikan sebagai panduan bersama:

1) Latih Diri Bangun Awal

Bagi yg selalu bangun lambat tu, dah tiba masanya korang training diri korang untuk bangun awal. Lepas solat subuh, jangan tidur. Teruskan jadi orang yg produktif. Yg tak bangun solat tu, masa ni la nak berubah. Buat kaum lelaki, kalau korang tak solat, macam mana nak pimpin keluarga? 

Ni aku tengok sepupu aku masa balik raya ni, subuh entah ke mana. Pukul 8 9 pagi baru nak celik mata. Nak tegur susah, masing-masing dah besar. Lelaki perempuan sama je. Nanti bila sembang pasal kahwin, mula la nak tergedik gedik.

2) Mulakan Dengan Membuat Kerja-Kerja Rumah
Rajin-rajinkan la buat kerja rumah. Lelaki pun tak terkecuali. Kau tak payah nak sembang perempuan je yg kena buat kerja rumah, kau pun kena. Zaman mak bapak atuk nenek kita ni lain, dulu memang lelaki je yg cari rezeki, perempuan duduk rumah jaga anak. Ini apa hanat nya zaman sekarang ni kalau perempuan dah la kena kerja, balik rumah kena masak cuci pinggan mangkuk basuh baju jaga anak semua? Orang laki nak goyang telur je? Come on, at least tau yg basic. Korang tolong basuh baju ke, cuci pinggan ke, gosok baju sendiri. Dah tau diri tu miskin sampai bini pun kena kerja, tolong sedar diri ye.

Yg perempuan pun jangan nak seronok lebih aku dok bash laki je. Perempuan macam mana pun kena masak. Takkan nak melantak mamak 24 jam? Ini potong sayur pun kekok, siang ikan pun tak reti, dah nak sembang pasal kahwin. Tak payah susah-susah pun, tau masak nasi dengan dua tiga lauk pun dah cukup. Lama-lama korang terer la masak.

3) Berhenti Merokok 
Terutama yg lelaki ni, tolong la berhenti merokok. Yg perempuan, masa ni la korang nak suruh bakal imam korang berhenti. Kalau sebelum kahwin pun dia tak berhenti, alamatnya lepas kahwin nanti berasap je la rumah korang. 
Merokok dah la haram, membahayakan kesihatan, buang duit, apa lagi korang tunggu? Nak tunggu kena sakit jantung baru nak berhenti? Kalau jenis yg ada common sense,yg tak merokok dekat tempat awam tu, boleh diterima lagi.
Ni yg merokok berdekatan budak kecik ibu mengandung, memang patut kena lempang sampai mampus je. Apa? Orang merokok ada hak? Kepala tengkorak korang. Orang tak merokok tak ada hak pulak?

4) Jaga Batas Pergaulan & Aurat
Dah tau batas pergaulan dan aurat. Bila balik raya, jaga la aurat tu. Aurat dengan sepupu korang dah sama macam aurat dengan orang awam. Yg laki, tak payah la pakai short pendek bebenor. 
Yg perempuan, pakai la tudung. Jangan nak buat ayat acah-acah islamik hipster “ala nanti I dah kahwin, I pakai la tudung”. Orang macam ni patut kena tanam je. Aurat ni satu, pergaulan ni satu. Dengan sepupu tak payah la nak tepuk bertampar bagai. Aku sempuk kau sekali baru tau.
Bila korang dah kahwin, dah kena tau siapa yg boleh korang salam dan siapa yg tak boleh. Jangan main salam je semua makcik pakcik tu.

5) Hentikan Skandal Sana Sini
Gambar Hiasan

Berhenti jadi playboy/playgirl. Yg ni aku tak faham. Ada yg post acah-acah diabetes gitu, semoga raya tahun depan tak single lagi. Siap post gambar dengan bakal pasangan. Lepas tu pergi add jantan/minah entah dari mana. Apa kes? Kau ingat kau boleh kahwin 4? Kau cuba bagi tau bakal pasangan kau yg kau nak kahwin 4, mampus la kau tak kahwin.

6) Berhenti Jadi Attention Seeker

Terutama untuk perempuan. Ye la, muka cantik. Kulit flawless gitu, putih melepak pulak. Bila kau post selfie je, confirm jantan-jantan miang bajet ada chance ni like gambar kau. 
Fenomena ni aku perasan, orang bertudung litup pun sama. Dah la berpurdah, lepas tu mekap tebal dekat kening pulak. Apa tujuan kau nak berpurdah? Dah nak kahwin ni, tak payah la nak tunjuk selfie tu sangat. Simpan untuk bakal suami tu.

Tak larat nak tulis panjang-panjang dah ni, korang bukan baca pun. Pendek kata, kahwin ni bukan sekadar untuk puaskan nafsu je, tapi besar tanggungjawab nya. Semoga Allah permudahkan urusan korang. Maaf kalau terkasar bahasa.

Apa pendapat anda? Ada yang terasa ke? Bagi bujang-bujang di luar sana, belum terlambat lagi kalau nak perbaiki diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan. 

Ingat, berkahwin bukanlah sekadar untuk berseronok atau melakukan hubungan intim sahaja. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu diambil kira. 

Bukanlah niat untuk menakut-nakutkn, tetapi tidak salah untuk berubah untuk kebaikan bersama, bukan? -CARI

10

Bagus
26

Marah
11

Terkejut
20

Sedih
15

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 26-1-2018 02:53 PM
takpalah kalau belum buat lagi lepas kawen nanti kita sama sama

1- bangun lambat
2- duduk dalam sampah kalau rumah bersepah

kita sama sama ye

jangan pulak suami demand isteri bangun awal sedangkan dia bangun pun jam 5 petang
Quote estrelle 26-1-2018 02:58 PM
Yang no 3 tu memang sangat2 setuju.Laki yg merokok dekat public tak tengok2 orang terutamanya baby tu sangat2 kesian sape yg jadi gf/bini dia.Benda mcm tu pun tak boleh pk.Nampak sangat lah selfishnye.
Quote Oroi8887 26-1-2018 03:16 PM
onexox97 replied at 26-1-2018 02:53 PM
takpalah kalau belum buat lagi lepas kawen nanti kita sama sama

1- bangun lambat

Hahaha kena adil la ek
Quote moonbug 26-1-2018 04:02 PM
Jgn semangat masa baru nak kawin dgn baru kawin je. Dah kawin lama pun kena maintain semua tu. Cabarannya mcm mana nak maintain. Masa tu baru tau marriage is a lot of work {:run
Quote syue86 26-1-2018 04:13 PM
bosan giler bila acik2 bawang kata yg number 3 tu xpe nnt dh kawen berubah la diorg blablabla.mampus ah aku nk caya
Quote Sazida 26-1-2018 04:21 PM
Yg nombor 3 tu iols dh nasehat. Tp katanya lps kawen. Skrg tgh cube slow down kan habit merokok tu. Tiap kali kelua,, kalau nk mkn kt kedai, dia isap kt lua.i tny kenapa,dia ckp ade ramai org dlm tu. Budak2 baby org tua xselesa nanti katanya. I smash ler balik ckp nyawa org kau concern plak,nyawa sendiri xnk plak concern.. {:smile

Dan dia jwp balik dengan senyum kambing dia.. berapi jerr tgk{:dot
Quote RatuDunia94 26-1-2018 04:23 PM
Patut dr kecik dh biasakan buat benda2 tu.. Kalobuat setakat nk kahwin end up after 3 blan balik ke perangai asal.. masa tu baru tau perangai  suami/isteri mcm hawau.. So hadap je la..
Quote senahitam 26-1-2018 04:48 PM
ada kawan aku buat lawak bodoh...cakap kat aku, ko blum tumbuh gigi bongsu so xleh kawen lagi. matilanak nak tunggu gigi bongsu tu. skang aku dah beranak satu pun x tumbuh2 gak gigi tu. kalo aku percaya ckp dia sampai la ni la aku membujang. hahahahaha.
Quote onexox97 26-1-2018 11:07 PM
Oroi8887 replied at 26-1-2018 03:16 PM
Hahaha kena adil la ek

ye lah
kena adil dari awal kawen kalau tidak sampai ke sudah la tak adil
Quote makciktijah 28-1-2018 05:57 PM
bab benti merokok tu penting gak utk aku. kalau boleh bakal suami kurangkan merokok smpai dpt benti. aku xde la expect dia terus benti, tp usahakan la utk kurangkan pelan2.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.104971 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top