CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pekerja Airasia Dirompak. Saksi Terlanggar Mangsa Sampai Mati

30-8-2013 06:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21190| Komen: 113


INILAH kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu dua lelaki dan terlanggar Shahrinawati Abu Bakar secara tidak sengaja di Ampang Jaya, Selangor semalam.

AMPANG JAYA, 30 Ogos – Seorang bakal pengantin menemui ajal secara tragis apabila dia dilanggar sebuah kenderaan dinaiki dua rakan secara tidak sengaja ketika mereka cuba membantu mangsa yang disamun dua lelaki bermotosikal pagi semalam.


Mangsa, Shahrinawati Abu Bakar, 30, yang merupakan kakitangan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia X menjadi mangsa samun ketika dia mahu pulang ke kediamannya di Kondominium City Garden Palm Villa, Taman Cempaka di sini semalam.


Mangsa yang cedera parah akibat rempuhan itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada pukul 3.15 pagi, kira-kira setengah jam selepas kejadian.



Sebelum kejadian, mangsa yang baru pulang dari tempat kerja di Sepang sedang berjalan menuju ke rumahnya selepas meletakkan kenderaan di luar pagar kondominium berkenaan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 29-8-2013 05:59 PM
geng mana yang buat ni?


ni mesti kes melawan...baru baca tadi ada menteri kata bagi je kalau perompak nak duit..
Quote ronin 29-8-2013 06:02 PM
ni mcm nak bagi mesej kpd polis..."we are down but not out".

hapuskan mereka segera....

Quote tupaiterbang 29-8-2013 06:04 PM
ampang kalau geng boyot belacan
Quote DeMax 29-8-2013 06:05 PM
Ni mesti keja geng 69..endless possibilities
Quote iskans 29-8-2013 06:18 PM
Celaka punya perompak, patut sangat Polis tembak mampus. Aku rasa  pun, PDRM terpaksa lembut balik pasal Wathyamurti Paria bising dan ada campurtangan (senyap) dari MIC ni.

Aku harap ada berita penjenayah mati ditembak polis beramai-amai selepas ni. Bukan kejam atau hati kering tapi bunuh balas bunuh...
Quote AdamBillionaire 29-8-2013 06:18 PM
namanye ops cantas tidak berjaya takutkan pembunuh air asia lepas ni kena buat ops hitman
Quote missyqaldina 29-8-2013 06:19 PM
ooo ni die cite kwn aku ckp td..1 tmpt kerja ngn die..
sian arwah..
Quote iskans 29-8-2013 06:21 PM
missyqaldina posted on 29-8-2013 06:19 PM
ooo ni die cite kwn aku ckp td..1 tmpt kerja ngn die..
sian arwah..

Takziah dan harap kawan awak bersabar dengan kehilangan sahabat tempat kerjanya.
Quote lady_sarah83 29-8-2013 06:24 PM
Off topic sket.. Td blk keje kat dengkil, tgk ada ramai org.. Polis jaga gak kat luar tu. N seluruh rumah tu ada tag kuning polis tu. Xtau ape cite sbnr.. Maybe kes bunuh la kot  
Quote iskans 29-8-2013 06:37 PM
lady_sarah83 posted on 29-8-2013 06:24 PM
Off topic sket.. Td blk keje kat dengkil, tgk ada ramai org.. Polis jaga gak kat luar tu. N seluruh  ...

Update please....
Quote missyqaldina 29-8-2013 06:38 PM
iskans posted on 29-8-2013 06:21 PM
Takziah dan harap kawan awak bersabar dengan kehilangan sahabat tempat kerjanya.

aah..and skrg die pon da tkut..die ckp da rmai kene rompak tp x kua brita..die pon brjaga2..
Quote iskans 29-8-2013 06:41 PM
missyqaldina posted on 29-8-2013 06:38 PM
aah..and skrg die pon da tkut..die ckp da rmai kene rompak tp x kua brita..die pon brjaga2..

Uish. Kena bersiap siaga dengan kemahiran pertahanan diri dan senjata atau balik berteman lelaki yang bersedia senjata.

Pilihan lain, pakai apa-apa yang bolh dibuat senjata. kayu hoki atau bat besbol.

Hati-hati. Saya sarankan, pulang beramai-ramai.
Quote musangcomel 29-8-2013 06:44 PM
takotnye nak kuar umah camni..
mintak dijauhkan la..
takziah utk keluarga arwah..
Quote brownstone 29-8-2013 06:44 PM
Kita lihat sapa yg kena cantas dulu... Orang awam atau penjenayah
Quote solstice 29-8-2013 06:47 PM
Bila zahid umum gangster ni maknanya yg abe isham cakap malaysia selamat tu x betul lah
Quote tteja 29-8-2013 06:48 PM
off topic kes dengkil ..

3 dibunuh  = kanak2, wanita n seorg warga tua .. terbaca di facebook sahabat di dengkil .. sekatan jalan raya di laluan masuk dan keluar ..

malaysiaku aman?
Quote iskans 29-8-2013 06:53 PM
tteja posted on 29-8-2013 06:48 PM
off topic kes dengkil ..

3 dibunuh  = kanak2, wanita n seorg warga tua .. terbaca di facebook sah ...

Cuba periksa the star dan nst. Paling cepat kemaskini berita jenayah....
Quote iskans 29-8-2013 07:00 PM
http://www.bharian.com.my/bharia ... l/Article/?mutakhir



DENGKIL: Tiga sekeluaga termasuk kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dengan kesan tikaman dan kelar di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

Maklumat lengkap identiti ketiga-tiga mangsa masih belum diketahui.
Quote md_nana 29-8-2013 07:07 PM
kes rompak lain. Kes bunuh lain. Hari2, mmg berita yg sama je. Ngeri.

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.412982 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top