CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Johor Disaran Kerja Di Johor Bukannya Di Singapura

30-8-2013 06:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24011| Komen: 310


NUSAJAYA - Rakyat Johor digalakkan untuk bekerja di negeri sendiri memandangkan Johor semakin membangun dan mempunyai banyak peluang pekerjaan berbanding di negara jiran terutamanya Singapura.


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, R.Vidyanathan berkata, adalah lebih baik rakyat di negeri itu untuk memenuhi setiap peluang pekerjaan yang ditawarkan seperti dalam bidang gas dan minyak, hospitaliti serta kejuruteraan.


"Di Johor ini semakin berkembang, ada berbagai-bagai peluang pekerjaan yang ditawarkan, jadi bagus untuk bekerja di tempat sendiri antaranya termasuklah di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia dan Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Kota Tinggi, berbanding di tempat lain," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program Azam Kerja Night Career Fair 2013 di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad di sini hari ini.


Menurut Vidyanathan lagi, hasil pemerhatiannya, kecenderungan golongan muda yang gemar bekerja di negara seberang tambak itu semakin meningkat disebabkan nilai mata wang yang tinggi.


"Tidak dinafikan gaji di Singapura lebih tinggi, namun bagaimana pula kesannya kepada rakyat kita yang bekerja di sana? Pergi kerja pagi dan balik lewat malam hingga ada yang keluarganya terabai dan bercerai-berai manakala anak-anak pula terlibat dalam masalah sosial.


"Ada pula mereka yang diberhentikan kerja terpaksa menanggung banyak hutang daripada bank. Sebaliknya jika mereka bekerja di sini kebajikan mereka lebih terjamin kerana dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), manakala bila bersara ada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya ketika diminta mengulas mengenai kecenderungan rakyat khususnya penduduk negeri ini bekerja di Singapura.

17

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yipun_78 29-8-2013 05:20 PM
yahoooo boleh dok JB balik
Quote mikasa 29-8-2013 05:20 PM
kalau kerja di Johor dan dibayar gaji ikut Singapore...sapa tak nak
Quote R2D2 29-8-2013 05:23 PM
mikasa posted on 29-8-2013 05:20 PM
kalau kerja di Johor dan dibayar gaji ikut Singapore...sapa tak nak

cadangan bernas..!
Quote tebuanharimau 29-8-2013 05:43 PM
gaji x sama
Quote brownstone 29-8-2013 05:52 PM
Johor memang berkembang tapi nilai ringgit kerap melemah
Quote AdamBillionaire 29-8-2013 06:21 PM
kerja over sea lah best.. pe barang kerja local nnti balik hari raya boleh eksyen kerja oversea speaking orang putih u knowww...
Quote SukaMain 29-8-2013 06:53 PM
AdamBillionaire posted on 29-8-2013 06:21 PM
kerja over sea lah best.. pe barang kerja local nnti balik hari raya boleh eksyen kerja over ...

Betul juga.
Quote perang_candu 29-8-2013 06:56 PM
Kerja singapora macam jiran aku hidup dah tak serupa orang. balik kerja sampai rumah pukul 9 mlm, pukul 5 pagi dah pergi kerja balik..  memang la gaji beso.. tapi haih.. itu je kah dalam hidup yang penting..??
Quote AdamBillionaire 29-8-2013 09:04 PM
SukaMain posted on 29-8-2013 06:53 PM
Betul juga.

masa kecik2 oversea kita selalu bayangkan eropah, london, arab, skrng dh besar singapore pun oversea tau tu belum yang kerja sabah sarawak lg
Quote AdamBillionaire 29-8-2013 09:05 PM
perang_candu posted on 29-8-2013 06:56 PM
Kerja singapora macam jiran aku hidup dah tak serupa orang. balik kerja sampai rumah pukul 9 mlm, pu ...

gaji dia brape? ce risik? kalau lebih 30% daripada gaji malaysia mmg berbaloi lah... jiran aku cina jadi OKU sebab akciden masa nk pg kerja singapore, kete buta pg langgar dia. now duk wat bisnes pertanian.. OKU tp blh drive kete.. hebat2..
Quote BotakChinPeng 29-8-2013 09:08 PM
Tak kisah la kerja kat mana asalkan halal
Quote azrain98 29-8-2013 09:33 PM
asal halal...kalau nak gaji bnyk...belajar lah bersungguh yya
Quote peYno 29-8-2013 09:38 PM
BotakChinPeng posted on 29-8-2013 09:08 PM
Tak kisah la kerja kat mana asalkan halal

sanggup jadi balaci cina kafir laknat zionis??? hidup melayuuu

Quote peYno 29-8-2013 09:40 PM
depan melayu... Kami pejuang ketuanan melayu
kami anto cina spore agen zionis dan america



depan cina

tak kisah kerja dgn diorang asal halal...alahaiii terus dari hero melayu jadi lembik je

prrrtfhhh
Quote BotakChinPeng 29-8-2013 09:49 PM
peYno posted on 29-8-2013 09:38 PM
sanggup jadi balaci cina kafir laknat zionis??? hidup melayuuu

apake nyanyok kerja halal ko kata balaci
Quote peYno 29-8-2013 09:50 PM
BotakChinPeng posted on 29-8-2013 09:49 PM
apake nyanyok kerja halal ko kata balaci

demi ketuanan melayu... mmg pantang jadi balaci cina zionis walaupun halal... hidup ketuanan melayuuu...

Quote medangtamang 29-8-2013 09:54 PM
Penah gak apply keje kat Johor... dgn bangga HR tu kata RM1000 bole dpt ni... hahaha!! Terus cancel niat aku nak keje kat Johor... Takper laaa aku sanggup meredah tambak Johor tu... lg pun shift aku 2 hari keje 2 ari off... tak lerr teruk sgt... Gaji pun alhamdulillah... ^_^
Quote BotakChinPeng 29-8-2013 09:57 PM
peYno posted on 29-8-2013 09:40 PM
depan melayu... Kami pejuang ketuanan melayu
kami anto cina spore agen zionis dan america

majoriti pergi sana kerja dengan syarikat asing atau milik kerajaan la bodoh.

ada gak pegawai syarikat malaysia yang tinggal di sana upah cina datang cuci jamban .

lu orang miskin apa tau
Quote ResellerMaxis 29-8-2013 09:58 PM
AdamBillionaire posted on 29-8-2013 09:05 PM
gaji dia brape? ce risik? kalau lebih 30% daripada gaji malaysia mmg berbaloi lah... jiran a ...

beza rate gaji singapore n malaysia selepas di convert ke rm mahu 300% bukan 30%..

Lihat semua komen(310)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.094990 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top